“Kak Ain, napa adunan ni tidak melekat?”
Ketika itu aku sedang mencuba resepi Kuih Lidah yang diberikan oleh kakakku ini. Namun, kepelikan apabila sudah lebih setengah jam tanganku menguli tepung dan marjerin, namun masih tidak menampakkan hasil untuk adunan itu bergabung.
Kelibat kakakku dari ruang tengah rumah menghampiri.
“Astagfirullah’ al-azim, memanglah...Sebab kau tidak letak air, macam mana dia mahu melekat…”
AIR, Suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita. Kita telah sedia maklum, air merupakan elemen yang paling banyak dalam tubuh badan kita. Air jugalah yang paling banyak meliputi permukaan bumi yang menjadi tempat tinggal kita ini.
Sahabat, ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan sebenarnya. Maha Suci Allah daripada menciptakan sesuatu dengan sia-sia.
AIR walaupun sifatnya lembut, tapi ia elemen yang amat penting dalam pelbagai bidang. Air berperanan sebagai penyatu. Sebagai contoh, dalam pengadunan kuih dalam kisah di atas tadi. Begitu juga, dalam pembinaan bangunan yang kukuh, air diperlukan untuk mencampurkan antara simen dengan pasir.
AIR sebenarnya umpama KELEMBUTAN HATI. Jangan pandang rendah akan kuasa kelembutan. Air walaupun lembut, tapi mampu memadamkan air, karatkan besi dan tenggelamkan bumi, malah airlah yang menghasilkan fenomena Tsunami.
Kerana itu, marilah kita sama-sama melembutkan hati...
“Serulah (manusia) kepada jalan Rabmu dengan hikmah (lemah-lembut) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik”
(Surah al-Nahl, 16: ayat 125)
Daripada Aisyah, nabi saw bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya sifat lemah lembut tidak berada pada sesuatu melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut daripada sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk”
(Riwayat Muslim no. 2594)
Bagaimana nak lembutkan hati?
With Lots of Love. Living Here for Hereafter.
No comments:
Post a Comment