Saturday, April 30, 2011

Ibrah Dari Kehidupan: Ceramah-ceramah agama

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui segalanya..sama ada yang tersembunyi atau yang terzahir...Salam dan selawat sebagai tanda kita mengingati insan yang paling agung ini...

Wahai saudara muslimin yang dikasihi Allah, wahai saudari muslimah yang disayangi nabi...Bangunlah, umat memerlukan kita. Teruskanlah perjuangan baginda- Ust.Kamaruddin

Topik perbincangan: Ceramah ilmu Agama

Ceramah agama. Setiap kali dua perkataan ini hinggap di cuping telinga, bibir akan mengeluh. Itu kebiasaan. Jadi, mari kita lari dari kebiasaan itu...mari kita riangkan hati. Kerana, ianya adalah nikmat yang tidak semua orang berpeluang dan bernasib baik untuk mendapatkannya.

Mari renung sejenak~

Pertama. Siapakah yang paling menyukai majlis ilmu ni? Tidak mungkinlah syaitan kan? Naa..dengan itu, kita telah menjadikan dia musuh kita. Tapi, yang paling penting...ianya disukai oleh orang-orang yang baik (Baca: Para nabi dan golongan yang mengikutinya). Dan bukankah Allah menyukai orang-orang yang baik dan yang melakukan kebaikan?

Kedua. Apa yang kita dapat dari majlis ilmu ini? Soalan bonus ni. Of courselah ilmu,kan... Tapi, jangan lupa..ada tetamu istimewa yang menaungi majlis-majlis ilmu ni (Baca: malaikat yang sentiasa taat akan perintah Allah). Mereka akan mendoakan kita...Bukan semua orang dapat ni. Then, dengan menghadirkan diri ianya akan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil (P/s: Dosa kecil pun tapi kalau dah banyak, jadi besar lah juga, kan?)

Ketiga. Mengapa perlu hadir ke Majlis ilmu ini? Kita semua sedia maklum surah pertama yang diturunkan adalah surah al-'Alaq. Ayat pertama: (Wahai Muhammad!) Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (seluruh makhluk). Erm, apa kaitan antara "baca" dengan "dengar" kat majlis ilmu...?

Cuba perhatikan orang-orang yang menyampaikan ceramah ni, bagaimanakah orangnya? Tidak mungkin mereka akan bercakap di hadapan sekiranya mereka tidak ada ilmu mengenai apa yang diperkatakan itu. Tapi, sebenarnya... kita sedang mengaut lautan ilmu yang pelbagai. Bayangkanlah, apa yang diperkatakan oleh penceramah itu sebenarnya mengambil masa yang agak panjang untuk dia mengetahuinya, dan proses itu disimpulkannya dalam masa beberapa ketika sepanjang ceramahnya. Senang cerita, kita tidak akan mampu untuk melalui segala pengalaman, tapi kita boleh belajar dari pengalaman orang lain. Kemudian, kajian-kajian yang dibuat juga bukan sedikit masa yang digunakan untuk menghabiskan beberapa buah buku, tapi kita yang mendengar mendapatnya dalam masa yang cukup singkat. Itupun dengan hanya duduk.

Cukupkah sekadar duduk? Jangan. Otak kita bukannya perakam suara. Kita ni pelupa. Tulislah. Pepatah cina ada menyebut, "Dakwat yang kabur itu lebih baik dari ingatan yang paling kuat (Kecuali golongan yang terdahulu)"...Apa yang kita dengar itu, siapa tahu akan berguna dalam kehidupan di masa akan mendatang...

Semasa mendengar ceramah baru-baru ini, anjuran Hidayah Centre, aku terkesan dengan kata-kata penceramah2 jemputan...lalu kusimpulkan disini,

Dalam kita berdakwah, ingatlah...kita hanya menyampaikan. Itu yang diperintahkan. Sedangkan yang memberikan hidayah itu adalah Allah s.w.t... Ucapkanlah dengan kata-kata yang baik. Sekiranya kita ingin berdakwah, jangan lupa..senjata yang paling ampuh ialah "contoh tauladan"..Contohilah akhlak Rasulullah s.a.w....Yang paling penting, segala teori kena amalkan. Mantapkan diri dengan "Kuatkan Iman. Tambahkan Ilmu. Tambahkan Amal"..

Harus juga diingat, Dakwah jangan bergerak seorang diri...kita bukanlah pemula, bukan juga pengakhir..tapi kita adalah rantaian-rantaian dakwah. Jadi, jangan pernah merasa bersendirian. Ajaklah manusia ke arah jalan yang lurus kerana-Nya, nescaya kita tidak akan mudah putus asa. Kerana kita yakin, Allah tahu apa yang kita lakukan...Allah tidak melihat hasil, tapi usaha yang dilaburkan. "Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti akan menolongnya..Bukankah Allah adalah sebaik-baik penolong"

Kemudian, sentiasalah bersyukur dengan nikmat kefahaman yang diberikan Allah s.w.t ini. Sekiranya dakwah berjaya, pujilah Allah dengan sebanyak-banyaknya. Segalanya adalah atas keizinan dari-Nya. Semuanya kerana Allah mengizinkan kita berada di sini. Apakah yang lebih indah selain membayangkan Islam diterima oleh semua manusia. Apakah yang lebih menyedihkan daripada melihat saudara-saudari kita akan menjadi bahan bakar api neraka. Seksanya..MasyaAllah. Sedangkan kepanasan api di dunia pun kita tidak dapat tahan, inikan lagi di sana yang berkali-kali gandanya....

Sahabatku, Islam tidak perlukan kita untuk kelihatan mulia, tapi kitalah yang memerlukan Islam untuk menjadi mulia di dunia apalagi di akhirat kelak.

Sahabatku, janganlah bertangguh lagi kerana masa yang kita ada hanyalah seketika. Mengapa kita mampu tertawa sedangkan masih banyak lagi orang yang menangis kerana tidak pernah berpeluang mengenali kasih sayang Allah...

Friday, April 29, 2011

Lupakan segalanya...Kuatkan hati...


Menjadi harapan...
untukku menyaksikan...
umat yang bertuah ini, kembali bersatu hati...

Sayu hati mendengar lagu kumpulan Raihan ini... Menjaga sebuah ikatan ukhuwah bukanlah semudah melafazkannya. Benarlah, setiap cinta memerlukan pengorbanan.

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami di dalam ikatan iman dan Islam..Bantulah kami, kuatkanlah kami... Janganlah kerana perselisihan ini, kami melupakan ajaran Islam yang terlalu indah, anjuran agar saling berkasih sayang sesama muslim...Saling menyayangi, saling memaafkan, saling mendoakan...Jangan, jangan biarkan kami dikalahkan oleh syaitan...

Terlalu banyak yang berlaku kebelakangan ini sehingga aku seperti orang yang hilang arah. Aku sudah tidak mampu lagi mentafsirkan apa yang berlaku. Satu-satunya hal yang boleh kulakukan, memuhasabah diriku kembali. Adakah ini ujian untuk menyedarkan atau untuk balasan...

Perbualanku dengan roomateku semalam menyedarkan kembali hati yang kian tidak menentu ini.

"Su, aku takut..."

"Napa,mus?"wajahnya ku tatap.

"Ntahla...Tadi, aku tiba-tiba terbayang, macam mana la kalo tiba-tiba Allah tarik nyawa kita time2 kita buat dosa, ..."

Allah!Hatiku tersentap. Kurasa air mataku bergenang. Kualihkan pandanganku. Ngerinya...Satu-persatu peringatan dan gambaran mengenai azab hari di padang Mahsyar kelak bermain dibenakku. Mati dalam keadaan su'ul khatimah..Nauzubillah min zallik.

Seksa kubur. Padang Masyar. Alam Barzakh. Semuanya kita telah khatam. Semuanya telah kita ketahui. Tapi, semua itu tidak menjanjikan apa-apa. Belum tentu kita akan dapat melepasi segalanya dengan mudah. Tahu sahaja tanpa pernah berusaha dengan segenap kudrat untuk mempersiapkan diri bagi menghadapinya adalah sia-sia...

Pagi ini. Sekali lagi peringatan yang disampaikan dari Allah melalui perantaraan Ust. Rusli dalam Kuliah Subuh...peringatan mengenai mati. MasyaAllah...

"Maha suci Allah yang menguasai(segala) kerajaan, dan DIA MAHA KUASA ke atas segala sesuatu, Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan DIA Maha Perkasa, Maha Pengampun"
( Surah Al-Mulk: Ayat 1-2)

Betapa diri ini selalu alpa mengenai hakikat ini. Satu perkara yang pasti dan tetap akan terjadi. Tanpa ada istilah pause atau rewind semula.


Lupakanlah segalanya apabila berhadapan dengan Allah, ingatlah Allah apabila berhadapan dengan segalanya...

Thursday, April 14, 2011

Ketaatan itu RAHMAT...

Satu detik. Dua detik...Masa begitu pantas berlalu. Meninggalkan hari semalam sehingga yang ada pada diri hanyalah sebuah memori. MEMORI. Sesuatu yang harus kita syukuri, kerana tidak semua orang punyai memori...

Pesanan dari seorang sahabat,

Jangan kamu merasa gembira kerana merasakan telah mampu membuat ketaatan tapi gembiralah kerana ketaatan itu adalah semata-mata hidayah Allah s.w.t- Ibn ata'illah

Di saat mata menatap bait kata-kata ini, hati tersentak. Allah...Sedihnya... Malunya... Perasaan itu silih berganti. bukan kerana aku seorang yang taat, tapi kerana selama ini aku mengira aku telah menjadi seorang yang taat pada perintah-Nya...Hakikatnya, semua itu adalah semata-mata kerana rahmat dan hidayah daripada-Nya...

Air mata berlinangan. Satu persatu dosa semalam berputar dalam ingatan. Cukuplah Allah sebagai saksi atas segala-galanya...Mengenangkan kenakalan dan kejahilan semalam mengundang kesayuan yang mendalam.

Hati kembali bertanya,

Apakah dengan tertutupnya keaiban-keaibanmu di mata manusia akan meninggikan darjatmu di sisi Allah s.w.t?

Cukuplah satu soalan itu untuk kita sama-sama fikirkan. Di manakah kita di sisi-Nya? Sedangkan Rasulullah beristighfar seratus kali sehari, kita ini yang dosanya bertimbun-timbun, bagaimana?

Aku kembali teringat akan satu peristiwa yang berlaku dua hari yang lepas. Peristiwa yang meruntun hati ini. Aku sendiri terseksa dengan keputusan yang kulakukan. Aku telah memilih untuk menjauhkan diri. Betapa kejamnya diri...

Hakikatnya, aku sendiri merana. Walaupun aku terluka dengan kata-katanya, tapi hati ini tetap berdegil ingin berada di sisinya. Walaupun aku sering diperingatkan dan dihidangkan dengan kisah-kisahnya, tapi aku tidak mampu untuk mengelak dari bersimpati...Aku bukannya seorang kawan yang baik, tapi aku juga tidak mahu menjadi seorang kawan yang jahat.

"Kak marah dengan saya?"Kata-katanya itu masih terngiang-ngiang di telinga ini...Melihat ke dalam matanya, aku tidak dapat menipu hatiku sendiri. Air mataku bercucuran. Hatiku tersayat pilu. Ingin kupeluk erat tubuhnya dan mengatakan..."Biar jahat manapun kamu, kakak tetap sayangkan kamu. Akak sudah menganggap kamu seperti adik perempuan akak sendiri..." namun, semua itu tidak terucap. Keegoan telah mengalahkan keinginan itu.

Di saat itu, aku bingung. Aku sendiri tidak tahu apa yang perlu aku percaya...

Tapi kini, aku merasa malu..aku pun bukannya baik tapi Allah yang telah memberikan rahmat untuk tetap melaksanakan ketaatan dan mendapat kawan-kawan yang baik... Jika bukan kerana rahmat-Nya pastilah aku pun berada dalam situasinya.

Ukhuwah...sesuatu yang bagiku amat berharga...
Sudah cukupkah aku menyayanginya selama ini? Untuk soalan ini aku tidak mampu menganggukkan kepalaku. Aku merasa bersalah...teramat bersalah kerana telah mengabaikannya. Ketika dia tersilap langkah, dimanakah aku untuk menghulurkan tangan dan menariknya kembali...

Apabila melihat dia diserang bertubi-tubi, aku tidak sampai hati...Aku malu. Dalam mencari kekuatan, kesemuanya itu kuceritakan pada seorang sahabatku... Alhamdulilah, kata-katanya sedikit sebanyak memotivasikanku semula.

"Jangan sampai kejahatan seseorang itu menutup mata kita dari melihat kebaikan yang ada pada dirinya..."

Allah...aku hampir-hampir terlupa dia juga manusia biasa yang tidak terlepas dari berbuat salah. Kalaupun dia masih tidak berubah, dan masih tidak berkata yang sejujurnya, itu bukanlah masalahnya. Semua itu urusan dia dengan Allah. Dan sehingga ke saat ini, peristiwa itu membuat aku malu pada diriku sendiri.

Betapa sayangnya Allah kepada kita. Walau jahat macam manapun kita, Allah tetap memberikan nikmat-Nya..tanpa sebarang bayaran..tanpa sebarang syarat...


Ya Allah...Ampunilah aku atas segalanya...Segalanya adalah milik-Mu...tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuanMU..

-Hati yang terluka-

Sunday, April 10, 2011

Jatuh cinta...

Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Segala puji bagi hanya untuk Allah.

Penceritaan bermula....Jika ada yang bermanfaat, Alhamdulilah. Jika sia-sia, aku memohon keampunan dari Allah dan kemaafan dari kalian...

Bulan Mac telah pun berlalu. Berganti bulan yang baru. Bulan april. Selama tiga minggu berturut-turut dalam bulan Mac, terdapat dua perkara baru dan yang agak besar telah selamat dijalani...Pertama, Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) dan kedua, Bina Insan Guru (BIG). Kedua-duanya memberikan pengalaman yang baru dan berharga. Namun, yang lebih penting, bagaimana ianya menyedarkan sekeping hati ini akan kasih sayang dan nikmat Allah s.w.t...Apabila mata hati yang melihat, semua perkara yang belaku akan membuka hati dan membuka minda. InsyaAllah, semua itu akan dikongsikan pada suatu masa yang lain kerana buat masa ini aku menghadapi "kekangan masa"...

Entah mengapa, dalam kesibukan menyiapkan tugasan dan terkejar-kejar memenuhi kewajipan, aku tiba-tiba terfikir berkaitan satu perkara. Jatuh cinta.Semua ini terhasil selepas perbincanganku dengan adik perempuanku semalam.

Aku mengakui, aku pernah jatuh cinta...tapi, apabila aku melangkah ke alam dewasa ini (baru melangkah,ya...)...aku mulai terfikir kembali. Apakah benar itu cinta? Mengapa aku mengatakan demikian? Ini kerana kita semua, rata-ratanya telah kehilangan arah dan panduan untuk menguruskan anugerah Ilahi ini. Dua program ceramah ilmu yang berlangsung pada hari jumaat dan sabtu saling berkaitan dengan entriku kali ini. Pada hari jumaat, bicara wanita membincangkan soal cinta manakala pada hari sabtu, ceramah ajaibnya hati juga membangkitkan soal cinta...

Seringkali apabila aku bertanya kepada rakan-rakan, apakah tanda-tanda orang jatuh cinta..jawapan yang diberikan adalah umum. Terbayang-bayang muka "sidia" dan merasa berdebar ketika bertemu adalah antara jawapan lazim yang diberikan. Pada waktu itu, aku pun mengiakan juga jawapan itu. Lagu yang menjadi kegemaran pula adalah yang membuai-buai perasaan. Sehingga, angan-angan menjadi setinggi langit.

Itu dulu. Ketika aku sendiri masih tercari-cari definisi cinta pertama, cinta sejati dan cinta agung. Apatah lagi, kebanyakan orang disekelilingku berkahwin selepas bercinta bukannya bercinta selepas berkahwin.

Alhamdulilah, Allah merungkaikan segala persoalan itu ketika menatap solusi isu no.23 dan buku-buku tulisan Hasrizal (hadiah dari abang manku-MEMANG BEST!)...Lepas je baca, terdetik...Allah, betapa ceteknya pemikiranku...

Aku teringat kembali, pada musim cuti tahun lalu, ketika bermesej dengan seorang seniorku, aku sempat bertanya perihal ini...

"Apa yang kak akan buat kalau akak menyukai seseorang?"

"Erm...suka macam mana tu, su?"

"Hurm, suka la.."balasku. Agak malu.

"Hurm, kalau akak, kalau nak kata suka orang, memang banyak..tapi kalau suka yang 'itu'..kak akan fikir banyak kali..apakah yang menyebabkan akak suka kat dia..Then, kak akan berdoa pada Allah minta petunjuk. Berdoa semoga Allah kuatkan hati akak dan memperteguhkan hati akak...Eh, su tetiba tanya ni, su ada suka kat orang kah?"

Soalan terakhir tidak dijawab kerana aku bertanya secara umum. Hehe.

Tapi, selepas sahaja mesej kami yang terakhir, aku terfikir mengenai suatu hakikat. Jika dahulu, aku selalu berdoa jika orang yang kusuka itu adalah jodohku, dekatkanlah kami. Tapi, jika bukan, jauhkanlah kami...Tapi,kini, aku terfikir, bukan faktor jarak yang menjadi penentu. Apatah lagi, semua itu banyak mengundang keresahan dalam jiwa...

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Penolakan-penolakan yang kuterima menjadi benteng. Aku mengerti, perasaan yang dijaga rupanya punyai nilai indah yang tidak mampu ditafsirkan dengan kata-kata. Betapa aku bersyukur Allah mentakdirkan aku ke sini. Betapa Allah masih melindungiku dari "semua yang lazim" itu. Betapa hati ini bersyukur kerana masih diberi peluang kedua. Kini, aku menyedari tidak ada yang lebih indah selain dari mencari cinta-Nya. Semua itu perlukan mujahadah yang bukan setahun dua. Cukup panjang...dan ianya tidak akan pernah berhenti kerana setiap cinta akan memerlukan pengorbanan. Di saat kita melafazkan cinta kepada Dia yang Maha Esa, kita akan diuji dengan cinta manusia dan cinta dunia. Namun, yakinlah. Jika kita ikhlas untuk meraih cinta-Nya, semua itu akan dapat dilalui dengan mudah...

Apabila adik-adikku bercerita mengenai perasaan, aku sekali lagi akan membuka kembali cerita lama itu dan mengingatkan mereka, semua itu akan menjadi indah jika tahu bagaimana menguruskannya.

Apakah yang perlu dilakukan jika jatuh cinta? Bak kata seniorku, steady. rileks...Kita doa dulu.

Itulah yang sewajarnya, jangan terus-terusan menghebohkan. Apatah lagi terus memberitahu kepada orang yang disuka. Itu zalim namaya!. Mengapa aku katakan demikian? Ini kerana, perempuan ini penuh dengan emosi...janganlah beritahu kami jika perasaan itu datang, tapi be gentleman...Pergi jumpa mak ayah. Kalau malu, guna orang ketiga (pilih orang yang arif dalam bidang agama, bukannya yang bersekongkol-senang cerita, p jumpa ustaz/ustazah). Apa pun, gadis yang solehah akan menyampah dengan lelaki yang suka main belakang ni (Rujuk Buku Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul)...

Sentiasalah mohon petunjuk dari-Nya, mengadulah pada-Nya. Allah lebih mengetahui cara bagaimana nak handle perasaan itu, tapi kita kena aware dengan tanda-tanda yang diberikan-Nya. Berdoalah semoga kita diberi kekuatan untuk melawan perasaan itu jika ianya sekadar bisikan nafsu dan bukannya atas rahmat-Nya...Nanti bukan rahmat yang dapat tapi laknat...

Bagi peminat-peminta lagu nasyid, berhati-hatilah. Dengarlah lagu yang boleh memberi semangat bukannya yang melemahkan jiwa. Pilihlah yang menguatkan hati untuk tetap ikhlas dalam perjuangan kerana Allah dan bukannya kerana perkara lain. Jangan sampai kita terpedaya dengan "cinta versi Islamik"..cinta enta enti itu. Parah jawabnya.

P/s: Aku menyukai nasihat-nasihat dari blog BroHamzah berkaitan "membangunkan cinta" berbanding jatuh cinta...Marilah kita membangunkan cinta dan mencari cinta-Nya agar hati tenang sentiasa.