Sekejap tersenyum. Sekejap ketawa. Aku baru berkesempatan membaca komen rakan-rakan dalam group whatsapp bersama ex- rakan sekelas sebelum tanganku menekan "group" lain.
Seorang sahabat kemalangan..sekarang di hospital Lahad Datu.
Tersentak. Hatiku berdebar.
Melihat kad pengenalan yang tertera, sah! Dia.
Sedetik kemudian, seorang rakan mengkhabarkan berita yang membuatkan air mataku tumpah. Aku segera menelefon sahabatku itu untuk mengesahkan. Ternyata benar. Arwah telah pergi menghadap Ilahi..Aku menangis. Sedih. Terkejut. Sebak.. semuanya bercampur baur.
Arwah pergi pada hari jumaat..
Arwah pergi ketika hendak menuju ke program di Semporna.
Arwah pergi ketika tidak ada seorang pun menyangka..
Termasuk aku.
Benarlah usia bukan syarat untuk kematian.
Arwah, sesiapa yang mengenalinya pasti akan teringat dengan semangat, kesungguhan, kejujuran dan senyumannya.
Kini, semua kata-katanya terngiang di benak..
"Aku punya tujuan, satu sahaja, hendak Redha Allah. Nak dapat Syurga Allah. Caranya, berjuang sungguh-sungguh. Bumi Borneo ini masih ketandusan ilmu agama. Kitalah yang kena menggerakkannya."
Ternyata Allah itu Maha Mendengar.
Allah memberikan apa yang diinginkannya.
Beliau antara yang kuhormati kerana kesungguhannya dan sifat memahaminya. Walaupun dilanda masalah, beliau tetap berusaha untuk menceriakan suasana. Keyakinannya mengagumkan.
Ah! Tidak terhitung ilmu dan budi beliau..Semoga Allah menganjarinya dengan balasan syurga.
Tenanglah engkau di sana wahai sahabat. Semoga syurga Allah buatmu dan kami yang masih tinggal ini.
"Sesungguhnya mati itu pasti..."
Terima kasih ya Allah atas peringatan ini..hiduplah untuk kehidupan yang abadi.
Al-Fatihah buat arwah Syazwan..
Saturday, May 9, 2015
Sunday, February 22, 2015
Hatiku tertinggal di Sabah..
"Syukurlah dapat posting awal.."ujar seseorang kepadaku.
Aku diam. Mengiakan tidak. Menidakkan pun tidak.
Benar. Di kala ini masih ada lagi sahabatku yang belum posting. Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka. Pasti ada hikmah buat mereka.
Hikmah itu terlalu besar untuk di korek dalam waktu yang amat singkat. Hari ini genap 3 minggu aku menyambung musafir di bumi "Darul Hana" ini. Bumi yang amat subur dengan ladang pahala. Hanya terpulang padaku sama ada ingin turut serta atau selesa dengan apa yang ada..
Hakikatnya, ditempatkan di bumi yang amat berbeza dialek menyukarkan aku untuk meneguk "keseronokan" menjadi seorang guru. Beberapa hari aku termenung. Apakah aku layak memikul tanggungjawab ini? Sehingga kini, aku masih dihantui dengan kawalan kelas, mata pelajaran yang amat berbeza dengan apa yang dipelajari. Ianya cukup untuk membuat aku hampir berputus asa.
Bingung.
Aku sendiri masih dalam fasa menterjemah apa yang kulalui.
Segalanya terjadi dengan amat pantas, sehingga aku tidak mampu mengejarnya...
Mudah-mudahan tidak terlalu lama.
Subscribe to:
Posts (Atom)