Matahari masih lagi terbit dari ufuk timur dan tenggelam di ufuk barat. Siang masih lagi memancarkan fajarnya dan ketibaannya menghilangkah tanda-tanda sebuah kegelapan. Tidak ada yang berubah pada sunnatullah. Ianya tetap berjalan seperti biasa. Kepatahun pada YANG MAHA GAGAH dan YANG MAHA PERKASA tetap di tahap maksima. Tidak pernah berdolah-dalik. Tidak pernah mendahului mahupun terkemudian.
Namun, di suatu saat yang namanya kehidupan, pasti ada yang akan berubah. Perubahan yang memerlukan masa yang cukup panjang untuk mendapatkannya. Bukan pada luarnya, tapi pada apa yang terkandung di dalam hatinya. Andai dahulu, semua itu adalah biasa. Tapi, di saat hati mulai merasai nafas kebenaran segalanya semakin menghimpit. Dada kian terasa bergelora dengan perasaan yang pelbagai.
Siapa kata menanggung kebenaran itu adalah kebiasaan andai apa yang akan dihadapi adalah soalan dari YANG MAHA TELITI?
Siapakah yang berani untuk bermain-main andai telah mengetahui, segalanya pasti akan dipersoalkan. Dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya.
Namun, adakah kebenaran itu ingin ditinggalkan? Bukankah itu suatu kebodohan dan kezaliman?
Lalu, apa yang perlu dilakukan?
Tubuhnya sudah lama keletihan. Hatinya sudah hampir lemas di sebuah lautan kehidupan yang kian menzalimi sebuah kebenaran. Matanya sudah tidak mampu dipejamkan memikirkan setiap aspek kehidupan.
Ah! Mengapa, Ya Tuhan?
Mengapa aku merasai semua ini? Hatinya menangis kepiluan.
Siang dan malam baginya sudah tidak berbeza sehinggalah dia menyelesaikan sebuah kewajipan. Kewajipan yang menuntut sebuah pengorbanan.
Namun, mengingati satu nama yang juga selalu merasai apa yang dirasainya membuatkannya tenang. Kini, dia mulai mengerti. Usahlah kecewa andai seruanmu tidak didengari. Usahlah kecewa andai apa yang diputuskan selalu tidak difahami. Usahlah kecewa. Kerana, semua itu sunnahtullah, semua itu kerja tuhan menguruskan alam.
Bukan dirimu yang membawa perubahan. Pencetus sekalipun, dirimu tidak layak. Kerana dahulunya, dirimu juga berada di sana. lalu, bertahanlah seperti mana mereka-mereka yang telah dijemput tuhan itu bertahan.
Teruslah percaya biarpun ianya kelihatan seperti utopia.
Kerana natijahnya, bukan di sini. Tapi di sana. Disuatu tempat abadi yang segalanya penamat pada sebuah kenikmatan sementara.
Teruslah berubah, dan tetaplah bertahan dalam perubahan untuk menegakkan sebuah kebenaran. InsyaAllah, kekecewaan pasti akan beransur pergi kerana kecewa juga.

No comments:
Post a Comment