Wednesday, November 10, 2010

.:Di Waktu Cuti:.

In the name of Allah. He is The first and He is the Last..

"Melalaikan berzikir lebih buruk daripada berzikir dalam kelalaian..."

Masa terus berputar.Masa terus bergerak. Berputar dan bergerak sambil meninggalkan masa-masa semalam untuk menghadapi hari esok.

Diam tak diam, hanya tinggal beberapa hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Haji. Diam tak diam juga, cuti semakin menghampiri. Kian terasa bahangnya. Semua kelihatan gembira. Tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga yang tersayang. Tambah-tambah lagi jika yang tinggal nun jauh, yang perlu menaiki "belon"(loghat orang sarawak) untuk sampai ke sini..

Cuti. Pelbagai perancangan telah disusunatur. Namun, dalam keriangan berbicara ada juga yang kelihatan muram.
"Tak tahu nak buat apa kat rumah..."
Aik. Ada juga orang begini?Ada...dan kerana ayatnya itulah mengingatkan aku kembali akan kata-kata seorang pensyarah..

"Saya risau melihat keadaan bakal-bakal guru hari ini. Apa yang saya lihat rutin harian itu seakan-akan sudah diprogramkan. Pergi kuliah,balik kuliah. Tapi, segalanya nak disuap. Di asrama pula hanya tidur, makan,dan yang seangkatan dengannya. Bicara-bicara ilmu sepi tanpa kehadiran. Jika adapun kerana perkataan "diwajibkan" pada memo. Sangat berbeza hidup dalam kemewahan ini kan? Yela, semuanya free..pastu dapat duit free lagi.


Itu satu hal, masalah "couple" lagilah satu hal. Masalah yang tak sudah-sudah dibicarakan tapi kian menjadi-jadi. Mungkin kerana tradisi, atau satu momokan oleh guru-guru sewaktu di bangku sekolah lagi "Kalau kamu sudah besar barulah kamu boleh bercinta". Dan kerana merasa "sudah besar" itulah perasaan untuk ber'couple' ketika di alam universiti semakin melonjak naik. Saya tak nampak dimanakah faedahnya 'couple' itu. Sedangkan dah jelas hukumnya...siapa yang tak tahu, tanyalah ustaz. Jangan bertaklid membabi buta. Jangan terlalu nak ikut orang. Tapikan,itulah juga yang peliknya, benda baik taknak ikut pula.


Apa tujuan kamu datang ke sini? BELAJAR. Takde pula mak ayah kamu pesan suruh bercinta. Saya tahu setiap orang ada perasaan itu. Tapi, kalau kamu sendiri tak Confident dengan masa depan kamu, tak payahlah nak meng'cofident'kan orang lain untuk hidup dalam 'impian masa depan' kamu... Sepatutnya pada masa sekaranglah kamu membina karakter dan personaliti diri.Nak tunggu sampai beranak pinak baru nak berubah? Masa tu kamu akan disibukkan dengan benda yang pelbagai...Lagi satu, yang merasa bercinta sebab terlalu banyak masa lapang tu, sibukkanlah diri dengan aktiviti yang berfaedah..."


Ya. Masa cuti inilah peluang untuk kita menambah nilai ke dalam diri. Kata seorang teman blogger "Berubahlah meskipun payah...". JIka berada di IP kita terlalu sibuk dengan assignment, Exam, Facebook, dan yang lain-lain..tinggalkanlah sebentar untuk muhasabah diri kita semula. Isilah masa yang lapang itu dengan aktiviti yang berfaedah kerana masa yang kita ada kita tidak tahu sampai bila. Sentiasalah sibukkan diri dengan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat, kalau memang dah terlalu lapang-bacalah al-quran.


Benar. Esok sentiasa ada...tapi adakah kita masih ada esok?Peringatan ini bukan bermakna aku lebih baik, dan bukan bermakna aku terbaik,tapi kerana firmanNya, "dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermakna buat orang-orang mukmin...".51:55

Seorang mukmin itu, jika melihat keaiban saudaranya dia akan berusaha menutupnya...Aku juga tidak berniat untuk menyentuh hal-hal yang peribadi, jika ada persamaan dengan yang hidup atau yang mati, itu hanya kebetulan. Tapi apa yang aku nyatakan bukan rekaan kerana inilah realiti kehidupan..

Hari Raya Haji. Mengingatkan aku kepada tutor kami yang kini berada di Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima...Bilakah kesempatan itu akan tiba?


Ya Allah, semadikanlah kami di dalam mencintaiMu, semoga tiada suatu pun yang akan memesongkan kami daripadaMu...

Monday, November 8, 2010

.:Meniti Hari Esok:.

In The Name of Allah..He is the First and He is The Last...

"Anehnya perjalanan masa,tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.."

Siang dan malam silih berganti..Hari demi hari terus berlalu...
Itulah namanya kehidupan.Disaat aku mula menaip ini pun,aku juga sedang menjalani "kehidupan".

Ketika ini orang-orang disekelilingku tertumpu dengan satu perkataan..Exam!
Ya, setiap orang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ada yang membaca,ada yang menghafal,ada yang membuat latih tubi, dan ada juga yang baru nak membuat nota. Takpela, itu adalah usaha kita. Siapa yang berusaha, pasti dia akan mendapat hasilnya.. Kini, Musim peperiksaan sedang melanda dimana-mana sahaja institut pengajian.

PEPERIKSAAN. Namanya kian sebati dengan kehidupanku. Bukan kerana aku menyukainya, dan bukan juga kerana aku membencinya...cukuplah sekadar mengatakan ianya satu perkara yang akan, sedang dan telah kulalui. Apatah lagi dalam kehidupan di zaman sekarang yang segalanya mementingkan keputusan pada sekeping kertas. Di zaman dimana kepandaian seseorang diukur pada banyaknya huruf A dalam sijilnya. Aku mulai merasakan ianya satu ketidakadilan. Padaku, semua orang adalah bijak. Semua orang ada kelebihan masing-masing.

Teringat. Ketika aku berada di sekolah menengah, seorang guru Bio berkata kepadaku, "Tidak kisahlah apapun keputusan kamu dalam peperiksaan nanti, apa yang penting kamu dapat menjadi seorang yang berguna kelak..". beliau juga pernah membuka persoalan berkaitan sistem pendidikan kepada kami..

*Mengapa umur dan tahun menjadi alat pengukur dalam perpindahan dari tingkat satu ke tingkat yang satu?
Bukankah
setiap manusia berbeza tahap pemahaman masing-masing.. ada yang cepat, ada yang lambat.
*Mengapa ada perbezaan antara kelas "pandai" dan kelas "corot"? Apa yang cikgu dapat lihat, kelas yang "corot" inilah yang
sering dipandang rendah..kemudian, bagaimanakah masa depan mereka kelak?

Seringkali, apabila kita melihat secara jujur ke dalam diri..akan timbul satu persoalan..
"Aku tak tahu,kenapa aku belajar.."
kata-kata yang sehingga sekarang masih bermain dalam fikiranku..

Apabila disoal mengapa tidak berminat,
"Alah, belajar pun bukannya masuk exam.."
Terdapat beberapa orang yang kukenali mempersoalkan kepentingan peperiksaan..
Mahu tidak mahu, aku juga turut berfikir hal ini..
Kemudian, seseorang menjawab dengan bersahaja,
"Kalau tidak ada peperiksaan, kamu mahu belajarkah?"Sebenarnya, penting atau tidaknya sesuatu perkara bergantung dengan pemikiran kita..Walaupun hal itu remeh bagi orang lain, tapi jika kita mengambilnya dengan serius, besar nilainya..Begitulah sebaliknya.Ada orang cakap,exam ni amanah...sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai pelajar. Tapi apa yang lebih penting, pastikan apa yang kita lakukan akan menjadi nilai tambah kepada amalan kita. Jangan hadkan pemikiran dengan mengatakan "belajar untuk exam"..belajarlah setiap hari, Ilmu Allah itu luas..
Tapi, apabila kita mengaitkan exam dunia dengan "exam akhirat"..kita akan sedar, hidup di dunia ini sebenarnya adalah "exam"..dimana keputusannya hanya akan diketahui di akhirat kelak..Lagipun,kalau kita gagal exam di dunia, kita boleh mengulang. Tapi jika di akhirat? "Maka, jadilah kita seperti orang2 yg disebutkan Allah dalam Al-Quran..."Wahai Tuhan kami, jika engkau mengembalikan kami ke dunia, pasti kami akan berbuat yang sebaik-baiknya..tapi itu tidak mungkin.. Apa-apa pun, Janganlah kita terlalu sibuk berbahas akan kepentingan "exam" kerana kita sekarang ni pun tengah kena "exam" oleh malaikat kiri dan kanan..
Aku dan yang lain kemudian terus mendiamkan diri. Terima kasih, sahabat...

"Ya tuhanku,anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai,dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.."