Wednesday, July 21, 2010

Akur dengan hakikat...

Ya Allah...
Sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku, dan matiku, hanya untuk-MU ...

Denyut nadimu adalah ibadah. Tidur rehatmu adalah ibadah. (Terima kasih untuk peringatan ini). Kadangkala kelalaian menjelma apabila alpa bahawa diri ini adalah hamba Allah s.w.t...Apakah sebenarnya makna hamba itu? Mengapa perlu untuk kita menjadi hamba kepada Allah s.w.t?

Ingat lagi, firman Allah "Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" Ingat? Alhamdulilah. Masih ingatkan...

Sebenarnya, dengan menjadi hamba yang sebenar-benar hamba kepada Allah, kita akan bebas. Bebas daripada menjadi hamba segala jenis makhluk. Tidak kiralah apa jenisnya, Harta, dunia, hawa nafsu malah orang lain. Segalanya ini adalah makhluk Allah...

Sebagai seorang hamba, sedarlah betapa lemahnya diri tanpa rahmat-Nya. Mujahadah melawan nafsu tidak semudah menuturkan kata-kata... Apabila merasa diri hebat, timbullah riya'. lalu, rosaklah amalan. Apabila merasa diri sudah sempurna, disitulah bermulanya kekurangan.

Sebagai hamba, kita semua mengharapkan Rahmat-Nya. Tanpa rahmat-Nya, kita tidak akan merasai nikmat Islam dan Iman ini. Tanpa rahmat-Nya, kita tidak akan bertemu dengan kebenaran...

Alhamdulilah. Bersyukur. Berbanggalah menjadi hamba kepada Yang Maha Esa kerana di situlah letaknya kunci ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat...


Monday, July 12, 2010

Mengawal diri.


In the name of Allah. He is the first and he is the last.

Saban ketika mencari makna. Sukarnya untuk mengungkapkan apa yang tersirat dalam hati. Sukarnya untuk membuatkan orang lain memahami. Namun, apa yang lebih sukar....melawan hawa nafsu diri sendiri. Hati dan akal..dua senjata ampuh untuk melawannya.Namun itu hanya berlaku apabila kedua-duanya bersih. Hidup ini suatu perjuangan. Sama ada kita tewas atau menang terletak pada kekuatan kita bermuhajadah dengan hawa nafsu. Pertarungan yang tidak akan pernah berhenti sehinggalah kita dijemput-Nya.

Ketika diri merasa lemah, merenungkan kembali apa yang telah dan sedang terjadi. Berehat sebentar. Mengumpulkan kekuatan, menghimpun tenaga untuk memacu ke arah tujuan. Tapi itu tidak bermakna berhenti.Hati kecil sering mengingatkan syurga itu indah. Ya, kerana keindahannya..jalan yang perlu ditempuhi untuk sampai ke arahnya penuh dengan kesusahan dan penderitaan.

Sebuah madah Hassan Al-Banna menjadi penguat semangat. "Aku bukanlah seorang yang kuat atau gagah tapi aku sudah terbiasa melakukan kerja-kerja berat yang berterusan".Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa...

Mengapa ada yang tetap bertahan sedangkan yang lain sudah melepaskannya?Hanya dengan kekuatan hati dan akal sahaja dapat memberikan kekuatan melawan segala godaan hawa nafsu. Akhir zaman, berpegang dengan agama seperti memegang bara api. Adakah lagi yang sanggup?

Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami di dalam jalanMu..




Tuesday, July 6, 2010

Ketika aku mengingati seseorang.

In the name of Allah s.w.t, He is the first and He is The Last...

Sebatang anak tangga bukanlah tempat untuk merehatkan kaki si pemanjat, tapi untuk membolehkan dia pergi ke tempat yang lebih tinggi..


"U will make mistakes. But if u don't try, u will have never going to make any progress. Just remember, if u feel insecure as u try to move up the ladder....everyone feels the same.In fact, everyone makes mistakes. Nobody who has ever succeeded has ever gotten it 100% right. It's ok to make mistakes, but it's not ok not to try..."

Ini adalah sebahagian daripada kata-kata seorang guru yang amat kuhormati..Sehingga ke hari ini, dia sentiasa di ingatanku. "Belum cuba, belum tahu"..Hakikatnya, kita menjadi takut kerana kita tidak mengetahui mengenainya.

Dia bukan seorang pakar motivasi, tapi kata-katanya sentiasa memberikan motivasi. Guruku ini hanyalah seorang yang biasa, tapi punyai pemikiran yang luar biasa.

Suatu ketika dahulu, aku sering tertanya-tanya mengapa dia tidak pernah ada di bilik guru sehinggalah satu hari, aku menemuinya di surau ketika waktu rehat. Pelik. Lalu aku bertanya, "Cikgu buat apa kat surau pagi-pagi ni..belum masuk waktu lagi(waktu tu tak kenal lagi dengan soalat Dhuha)..cikgu tak rehat?"

Sambil tersenyum,dia berkata,"Cikgu tengah rehatlah ni..rehat bagi cikgu adalah apabila dapat berjumpa dengan Allah dan mengadu kepadaNya.."

Dia mengajarku ilmu tawakal dan berserah diri..

Pernah, aku melihatnya tidak ke kantin. Aku yang ingin tahu bertanya..."cikgu tak makan?"

"Hari ini,cikgu berpuasa..Sunat puasa Isnin dan khamis.."

Sekali lagi,dia mengajarku dengan mengamalkan perkara sunat tanpa menyandang gelaran ustazah..Puasa tak semestinya bulan ramadhan...

"Tak penatkah, cikgu? Hari ni kan ada sukan.."

"tak, kalau dah biasa..lagipun,bukankah pada masa zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat dahulu, mereka berpuasa sambil berperang.."

"Tapi,mereka kan lain.."

"Tapi,mereka pun manusia juga,kan? Mereka pun macam kita, perlu kepada keperluan asas manusia...

Aku terkedu. Seketika itu, aku merasai hebatnya para sahabat. Agungnya Rasulullah s.a.w...

"Macamana nak jadi hebat seperti mereka,cikgu?"

"Jaga yang wajib, percantikkan dengan yang sunat...Apa yang penting, sentiasalah tambah ilmu di dalam dada, amalkan dan ajarkan kepada orang lain..."

SubahanAllah...Aku merinduinya. Senyumannya, tutur katanya yang berhikmah, kata-kata nasihatnya yang menusuk kalbu. Apabila menjelang musim peperiksaan, aku akan tenang apabila teringat akan raut wajahnya yang sentiasa tersenyum walau ketika bebanan kerja bertimbun. Guruku yang sentiasa istiqamah. Kekal bersemangat dari awal tahun hingga hujung tahun. Kekal memberikan semangat kepada setiap orang anak muridnya...

Kata-kata terahir beliau...

"I don't want a present, because it won't last for long..but I want to see U'll be somebody, someday when I meet U..In that time, even tough U remember me or not, I'll proudly to say.. I have teach U all.."

TERIMA KASIH CIKGU...

P/s: Nukilan ini buat semua guru-guruku sama ada yang mengajarku secara langsung mahupun tidak langsung. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian kerana mendidik diri ini.