Sunday, October 24, 2010

Kita satu..

Bismillahirahmannirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha pengasih Lagi Maha penyayang..
Salam dan selawat ke atas Nabi junjungan.

Setiap hari adalah berbeza. Perbezaan itulah yang memberikan makna.Dalam keindahan itu tersembunyi sebuah ketenangan. Kegembiraan dan kebahagiaan itu berbeza. Engkau dikatakan gembira apabila orang melihat engkau tersenyum, sedangkan bahagia itu lahir dari lubuk hati yang hanya engkau merasainya..

Aku melihat, aku mendengar, aku merasai...kita semua mengalaminya...Aku menyedari sesuatu, semuanya ini berlaku dengan izin-Nya...Apa pun yang diperkatakan orang, memang sudah lumrah manusia. Lebih suka menyalahkan berbanding mencari penyelesaian. Seorang sahabat mengatakan, "Tidak perlulah nak mengadu kat orang, sebab mereka pun tak dapat buat apa-apa..mengadulah dengan Allah...sesungguhnya Dia sentiasa rindu dengan rintihan hamba-hamba-Nya..."

Ya Allah,sungguh berat ujian yang engkau timpakan ini..tapi, engkau telah menjawab rintihan kami dalam ayat-ayat cintaMU, "Setiap orang akan diuji mengikut kadar kemampuan masing-masing. Dan bukankah setiap orang yang mengaku beriman akan diuji untuk mengetahui keimanan mereka..."

Dalam kemelut yang melanda ini, Engkau kirimkan ketenangan dan kasih sayang teman-teman.. benarlah, untuk mencari kawan memang mudah, tapi untuk mencari teman sejati amat sukar..Yang sentiasa menasihati kita jika tersalah langkah, menegur kita untuk membetulkan, dan menutup keaiban kita walhal itu akan menyakitkannya...sedia bersama-sama kita dalam senang mahupun susah. Yang sentiasa mendoakan kita secara rahsia, dan sentiasa mengingatkan kita tentang kebenaran.Memang. Untuk mendapatkan teman sejati ini, amat sukar tapi bukanlah mustahil...Yakni, kitalah harus menjadi teman sejati itu dahulu.

Pesan Ust. Hasrizal dalam bukunya "Aku Terima Nikahnya, "Berhentilah mencari, banyakkanlah menjadi.."

Ketika ini, kami faham ujian yang menimpa hanyalah sekelumit jika dibandingkan dengan apa yang dihadapi orang-orang yang terdahulu.Benarlah sabda nabi Muhammad s.a.w..di akhir zaman ini, akan dicabut rasa gerun di hati orang kafir, dan orang Islam akan ditindas walaupun ramai bilangannya...Ini semua kerana kita semua masih ada rasa cinta akan dunia...Betapa lemahnya iman, jika bukan kerana rahmat-Nya..

Ya Allah, tabahkanlah hati-hati kami.
Ya Allah, Tautkanlah hati-hati kami dengan ikatan ukhuwah kerana-Mu..
Ya Allah, Terimalah amalan kami...

Sahabat2 yang dikasihi,
Ingatlah..Allah Maha Mengetahui, Maha mendengar...
Jangan pernah menyerah..
Kita semua ada Allah tempat mengadu...


Thursday, October 21, 2010

Aku tidak perlu kebenaran kamu..!


In the name of Allah...Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua..
Amma ba'd.

Angin masih bertiup seperti biasa. Paginya masih lagi diselimuti dengan kabus. Matahari masih lagi memancarkan sinarnya. Manusia masih lagi dengan rutinnya...Semuanya seakan-akan sama. Apa yang difikirkan hanyalah diri, diri, dan diri...Namun, sedarkah diri...?

Dunia sudah berubah...Inilah realitinya. Jika inginkan kebenaran, jangan mengharap pada orang lain untuk memberitahu kita kebenaran itu. Kitalah yang perlu mencarinya. Tidaklah menghairankan apabila melihat gejala sosial hari ini, kerana kita sudah terbiasa dengan falsafah "Alah,semua orang pun buat..." Tapi, hakikatnya, salah atau betulnya sesuatu perkara itu tidak ditentukan oleh berapa ramai orang yang melakukannya..sekarang ini, budaya "ikut-ikut" ini semakin berleluasa. Semua pun nak ikut orang...

Apabila keadaan diri semakin tidak menentu...Apabila kata-kata nasihat dirasa membosankan...hidup terasa membebankan..sedarlah, hati kita sedang sakit...dan rawatannya cuma satu, dekatkanlah diri dengan sang Pencipta...

Kita ini, hidup bukan kerana doa orang, mati pun bukan kerana sumpah orang...Lalu, mengapa perlu peduli apa yang diperkatakan orang? Apa yang penting, kita laksanakan perintah Allah, tinggalkan apa yang Allah larang..Nak puaskan hati manusia? Sampai kiamat pun tidak akan puas...

Cukuplah bagi orang yang beriman, dengan telinga dia mendengar, dengan hati dia memahami...
Cukuplah baginya dua peringatan,
Peringatan yang pertama, berkata-kata dengan bahasa iaitu Al-Quran dan Sunnah.
Peringatan yang kedua,bisu yakni mati..

Aku hanyalah insan. Yang juga lemah. Mengalah. Tapi bukan bermakna aku menyerah. Ingin kutegaskan. Aku tidak perlu kebenaran kamu untuk bernafas di muka bumi ini. Semuanya atas izin Allah yang Maha Kuasa.