Monday, April 23, 2012

Sejarah yang dilupakan

"We forget to teach our children history and honour..." bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain ini mengandungi mesej yang amat mendalam.

Apa yang berlaku pada umat Islam masa kini? Tak perlu pergi jauh, lihat sekeliling kita. Sejauh mana pengamalan Islam dalam kehidupan kita?

Jawapannya...kerana kita sudah jauh dan dijauhkan dari Al-Quran dan Sunnah.
Kerana kita sudah melupakan sejarah silam yang banyak sekali diceritakan Allah dalam kitab-Nya.
Kerana kita sudah tidak mengenali tokoh Islam yang hebat dek kerana merasa tidak ada maknanya. Ketahuilah itulah ikutan kita yang terbaik.
Yang memaknakan kehidupan mereka untuk satu cita-cita agung. Bertemu dengan Allah... 
Kerana kita membiarkan diri kita tenggelam dengan dunia..sehingga terlupa untuk membangunkan kembali runtuhan-runtuhan khilafah Othmaniyah...

Kerana kita terus-terusan mengikuti jejak langkah syaitan..
Kerana..
Kita makin jauh dari Allah...
La hawla wala quwata illa billah..

Bangunlah! Berikanlah peringatan.
Kerana...Masa itu adalah kehidupan.
Jangan disia-siakan.

Memaafkan...tidak semudah menuturkan

Hari itu.
"Maaf, saya tidak sengaja melakukan perkara ini..." pintanya.
Kemaafan pun diberikan. Tidak sampai hati melihat seorang hamba Allah meminta kemaafan. Apatah lagi, sedar kesemua itu terjadi kerana ke"tidak sengajaan". Biasalah, sifat manusia. Mudah terlalai dan mudah terlupa.

Di suatu hari yang lain.
"Maaf, tak sengaja. Janji tak buat lagi.." ujarnya lagi.

Terdiam. Termasuk kali ini, sudah kali yang ke berapa perkara ini berlaku. Ketidakselesaan muncul di relung hati. Walaupun ianya perkara kecil, namun, andai diulang-ulang, hati tetap terusik. Prinsip hidup terasa dipijak-pijak. Maruah diri rasa tercabar. Seakan diri tidak mempunyai perasaan...

Maaf. Perkataan yang tidak asing lagi dalam kehidupan. Perkataan ini umpama siraman sakinah buat jiwa benar-benar ikhlas ketika menuturkannya. Mendapatkan kemaafan merupakan hukuman paling lembut tapi berkesan untuk mewujudkan kesedaran agar kesalahan itu tidak berulang. Namun, andai yang sebaliknya....pasti ada yang tidak kena.

Meminta maaf memang tidak mudah bagi seorang manusia yang mempunyai ego setinggi langit. Andai seseorang  meminta maaf, pasti dia telah benar-benar berubah dan berazam untuk tidak mengulanginya. Namun, andai janji tersebut dimungkiri, apa yang perlu dilakukan?

 Jika sekali, tidak mengapa.
Namun, jika telah berkali-kali sehingga kita menjadi lali...
Takut-takut kemaafan yang diberikan tidak setulusnya dari hati...

Sahabatku...
Sesungguhnya memaafkan itu tidak semudah menuturkan. Maka, permudahkanlah..

Tuesday, April 10, 2012

Seutas Tasbih itu...

"Nah, kak.." sua sahabatku ketika aku berkunjung ke biliknya.

"Apa tu?" aku menyambut huluran bungkusan tersebut sambil menjenguk isi di dalamnya.

"Hadiah dari "XXXXXXX", dari Tanah Suci.." katanya sambil tersenyum.

Apabila aku mengeluarkannya...

"SubahanAllah..." aku terdiam. Benar. Allah Maha Pemurah. Aku baru memasang niat ingin membelinya, namun, Allah telah memberikannya melalui perantaraan seorang Hamba Allah.

Tiba-tiba tersedar sesuatu, "bagaimana yang lain?"aku menginginkan kepastian.


"Yang mana dapat, dapatlah..." dia masih lagi tersenyum.


Aku merenung kembali hadiah tersebut.

Memerhati setiap untaian-untaian batu manik Perang kelabu yang tersusun mengelilingi seutas tali sehingga membentuk dirinya.

Seutas Tasbih...itulah Hadiah istimewa tersebut. Semoga Allah melimpahkan Rahmat kepada pemberinya.

Seutas Tasbih. Seringkali, orang mengaitkannya dengan ibadah berzikir.

Namun, ketahuilah sahabatku, ianya bukan hanya sekadar seutas tasbih...

Perhatikan butir-butir maniknya. Demikianlah juga kehidupan kita. Tiap saat, tiap ketika, kita semua pasti melalui detik-detik yang berbeza. Pada setiap untaian umpama menggambarkan apa yang kita lalui. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang masam, ada yang tawar sehinggalah melengkapi satu kitaran kehidupan. Bermula dari untaian pada
titik yang pertama, ia akan berakhir pada titik yang sama. Demikianlah kita. Dari Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.

Perhatikan juga lingkaran yang mengikatnya. Itulah lingkaran Kehidupan. Kehidupan ini memerlukan petunjuk dari-Nya untuk kita sampai kepada titik di mana kita bermula. Umpama Tasbih yang diikat bersama dengan seutas tali, begitulah juga kita perlu menjalani kehidupan ini. Tali yang paling teguh adalah Tali Agama. Berpeganglah pada Agama agar kita tidak hilang jejak. Walau hidup kita pernah diliputi mendung dosa, yakinlah sinar pasti akan menjelma. Teruslah melangkah. Kerana kita tidak pasti apakah yang tercatat buat kita...Kerana kita pasti, Allah tidak pernah menzalimi Hamba-hamba-NYA...

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, jiwa-jiwa akan tenang"
(surah Ar-Ra'd: Ayat 28)

Di saat kita membaca ayat ini, ketahuilah, ayat ini ditujukan Allah buat sekalian hamba-Nya. Agar kita tahu itulah yang paling kita perlukan dalam kehidupan ini. Maka, Kembalilah kepada-Nya dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya janji-janji Allah itu benar.

Seutas Tasbih, walau berapa pun harganya pada nilaian mata dunia, ia tetap berharga buat yang memandangnya dengan penilaian akhirat...Kerana, seutas Tasbih itu akan menjadi batu-batu yang tidak ada ertinya buat mereka yang tidak menggunakannya untuk mengingati-Nya.

Buat renungan,

".....Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah"
(Surah Al-Baqarah:Ayat 165)

Dimanakah Allah di dalam hati kita?


sekali lagi,

Dimanakah Allah di dalam hati kita....

With Lots of Love. Living Here for Hereafter.