Saturday, January 21, 2012

Janganlah tergesa-gesa


"Apa khabar?" kataku sambil tersenyum ceria apabila bersua dengan adik-adik junior usai solat berjemaah di Masjid Jamek. Melihat wajah-wajah mereka cukup untuk mengubati kerinduan di hatiku yang kini amat mencengkam perasaan. Rindu akan adik-adikku yang jauh dari pandangan mataku.

"Hurm, tu la kakak asyik dengan "dia" jak..ndak peduli saya sudah..."balasnya. Walaupun dia hanya bergurau, namun, ayat gurauan adik junior yang seorang ini amat menyentuh hatiku.

Entah mengapa, ayatnya itu cukup tajam pada perasaanku sehingga meninggalkan kesan dihatiku.

Sampai ke bilikku pun, aku masih berfikir mengenainya. Namun, sebolehnya kusembunyikan perasaan itu agar tidak merisaukan
roomate kesayanganku. Dalam masa yang sama, satu demi satu peistiwa silam berputar di ingatanku. Teringat kembali bagaimana, "kegahairahan" ku untuk "menyelamatkan" rakan-rakan yang hanyut banyak menenggelamkan aku kepada idea-idea yang terlalu berpegang dengan fakta sehingga aku menjadi seorang yang idealistik tapi tidak realistik.

"Sepatutnya begini, sepatutnya begitu..." itulah diriku dahulu yang selalu berperang dengan pemikiran sendiri.

Kesemua itu terhasil kerana masalah yang diutarakan padaku menekan perasaanku sendiri. Mendengar luahan masalah orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan, melihat realiti kehidupan, mendengar aduan adik-adik cukup untuk membuatkan aku letih. Letih berfikir, letih menahan perasaan dan letih menanggung keseorangan. Kesemuanya umpama "ditelan mati emak, diluah mati bapa". Aku tidak mampu melakukan apa-apa kerana orang yang diperkatakan itu teramat jauh untukku capai dan dekati. Malah, kudratku hanya seorang insan biasa.

Apabila aku meluahkan pada sahabatku, dia menyuruhku meluahkan segalanya. Namun, aku tidak mampu kerana aku telah berjanji tidak akan menceritakan pada sesiapa.

Di akhirnya, sahabatku menyarankan aku untuk berhenti sejenak dan berfikir kembali apa sebenarnya punca masalah dan membetulkan kembali cara berfikirku. Usah terperangkap dalam masalah sehingga terlupa punca kepada masalah itu sendiri.

Merenung kembali. Apa yang mampu kusimpulkan, segala yang berlaku tidak terjadi secara tiba-tiba, pasti ada penyebabnya.

Di situlah, aku menemui puncanya.

Keghairahanku semalam untuk membawa orang merasai apa yang aku rasakan disebabkan aku lupa akan satu perkara. SUNNATULLAH.

"Satu peristiwa yang berlaku pada masa yang sama, di tempat yang sama, di hari yang sama tidak akan menghasilkan kesan yang sama buat dua individu yang berbeza" tutur sahabatku suatu ketika dahulu.

Kini, aku mengakui kata-katanya itu.

Setiap apa yang dijadikan Allah di muka bumi semuanya berperingkat. Ini cukup untuk mengajar kita bahawa setiap perubahan juga perlu berperingkat. Namun, kerana kurangnya ilmu, kurangnya hikmah dan kurangnya kesabaran menyebabkan kita melupai hukum sunnatullah.

Andai buah belum masak ingin dipetik, pastilah rasanya masam dan kelat. Kecenderungan kita untuk terus mendapatkan hasil mungkin disebabkan budaya "mee segera" yang sekian lama berada dalam diri dan pemikiran kita. Mee segera memang cepat dimasak dan cepat untuk dimakan. Apatah lagi seperti yang selalu diuar-uarkan, "sedap dimakan". Namun, sejauh mana implikasinya untuk kesihatan kita? Sama-sama kita renungkan.

Sememangnya manusia ini memang disifatkan tergesa-gesa.

"Kebanyakan manusia menghabiskan keseluruhan hidup mereka dalam keadaan tergesa-gesa" kata Harun Yahya dalam bukunya "Deep Thinking". Semuanya ingin dipercepatkan. Jadi tidak hairanlah kadar "mati pun cepat".

Melihat situasi umat hari ini cukup menyedihkan.

Siapakah yang patut dipersalahkan?

BERHENTI!

Usahlah mencari siapa yang salah, tapi sama-samalah kita mencari "apa yang salah" itu. Dengan itu, masalah akan dapat dilihat sebagai ujian dan tarbiyah dari ALLAH agar kita menjadi manusia yang kreatif...

"Rileks, utie...Setiap perkara ada masanya. Bukankah tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, bertenang itu datang dari malaikat" pesan bosku suatu ketika dulu.

Oleh itu, sahabat yang kusayangi sekalian. Bertenanglah. Jangan tergesa-gesa tapi jangan bertangguh-tangguh dalam membuat kebaikan.

With Lots of Love. Living here for hereafter. InsyaAllah.

No comments: