Suasana hening.
"Asyhadu alla illaha illallah, wa asyhadu ana muhammadar rasulullah (aku naik saksi bahawa TIDAK ADA TUHAN melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh ALLAH)" lafaznya perlahan.
SubahanAllah. Aku sudah tidak mampu menahan perasaan. Walaupun lafaz itu seringkali aku lafazkan dalam solat lima waktu sehari semalam, tapi, mendengarnya dari seorang yang "BARU DILAHIRKAN" menimbulkan suatu perasaan kesyukuran atas kurnia yang terbesar ini. Segala puji bagi ALLAH yang menyelamatkannya dari jurang api neraka yang bahan bakarnya adalah batu dan manusia yang tidak mengakui ALLAH sebagai tuhannya.
Sepanjang malam, aku terfikir mengenainya.
Benarlah, hidayah itu bukan milik kita. Ianya HAK MILIK MUTLAK ALLAH s.w.t. Tapi, kita dianjurkan untuk berusaha.
Ketika menjemputnya untuk berkongsi dengan adik-adik BUGEM (Bulatan Gembira), antara kata-katanya yang cukup menyentuh hatiku,
"Semua orang bertanya macam mana saya TIBA-TIBA "revert" ke ISLAM, sebenarnya tidak ada yang TIBA-TIBA, semuanya adalah HIDAYAH dari ALLAH s.w.t"
Ketika itu, kulihat, beberapa orang adik BUGEM bergenang air mata. Aku sendiri berusaha sedaya upayaku untuk mengawal emosi agar tidak tenggelam dalam perasaan yang pelbagai. MasyaAllah.
Sahabatku,
Hanya IMAN yang akan dapat menyatukan kita. Bukan setakat di dunia ini malah di akhirat nanti. Orang yang bersatu bukan kerana iman, renungkan firman Allah ini...
"Dan dia (Ibrahim) berkata, "Sesungguhnya BERHALA-BERHALA yang kamu sembah selain Allah, hanya untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia, kemudian pada hari kiamat sebagian kamu akan saling mengingkari dan saling mengutuk, dan tempat kembalimu ialah neraka, dan sama sekali tidak ada penolong bagimu."

(Surah Al-ankabut: ayat 25)
Iya, BERHALA-BERHALA yang disembah pada zaman umat yang terdahulu boleh kelihatan (dibina dari batu-batu) tapi zaman sekarang, sudah jadi "INVISIBLE". Contoh? Segala jenis ideologi (Hedonisme, kapatalisme, sosialisme, sekularisme) dan segala jenis pemikiran yang kelihatan seperti tidak ada yang salah, tapi sebenarnya amat-amat menyalahi keimanan kita.
Lihatlah sendiri bagaimana orang-orang yang "BERIMAN" dengan ideologi kapatalisme akan menderita penyakit hati walaupun harta bertimbun-timbun. Tidak ada ketenangan dalam hidup, risau akan hartanya 24 jam sedangkan apabila mata tertutup, semuanya sudah tidak berguna.
Walaupun mungkin mereka kelihatan bersatu, tapi ianya tidak akan kekal. Kerana hati ini milik ALLAH S.W.T. Meskipun kita membelanjakan seluruh harta kekayaan kita, tapi jika tidak ALLAH mempersatukan, tidak akan jadi. Kerana RAHMAT dan KASIH ALLAHlah, kita bersatu.
Semoga ALLAH Merahmati kita semua dan terus memberikan taufiq Hidayah-Nya kepada kita. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. YAKINLAH dengan hari pertemuan kita dengan-Nya yang akan kita hadapi sendirian tanpa sesiapa. YAKINLAH, agar kita mampu menghadapi segala dugaan dan ujian yang silih berganti kerana yakin, ALLAH sentiasa dekat dengan kita. Lebih dekat dari urat leher kita sendiri.
Siapakah dia yang aku cintai?
"Tidak akan sempurna iman seorang mukmin itu sebelum dia mencintai saudaranya..."
Blognya: mhttp://imeldaisme.blogspot.com/
With LOts of LOve. Living Here for hereafter.
ALWAYS POSTIVE and PROACTIVE. Be the BEST of YOURSELF.
1 comment:
salam.
kak.seriously aku baru tau benda ni masa urus pendaftaran kolej kediaman haritu. subhanallah.
Post a Comment