Sunday, May 22, 2011

Ujian, dari sudut mana penglihatanmu?

William James dalam buku La tahzan tulisan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni berkata:

" Penderitaan sudah membantu kita untuk mencapai suatu batas yang tidak pernah dibayangkan. Seandainya Dostoyevsky dan Leo Tolsty tidak mengalami hidup susah kedua-duanya tidak akan berjaya dan kekal hingga ke hari ini. Dengan keyatiman, kebutaan, pengasingan dan kemiskinan menjadi salah satu sebab tumbuhnya kreativiti, produktiviti, kemajuan dan sumbangan".

Hidup ini adalah ujian. Betul. Ujian itu adalah kehidupan. Betul. Lalu, ujian dan kehidupan pastinya akan berjalan seiringan, bukan?

Ujian. Hasilnya hanya dua. Sama ada kita berjaya atau gagal menghadapinya. Dalam membicarakan mengenai ujian, seorang seniorku pernah menitipkan kata-kata semangat, "Kita tidak kalah apabila kita jatuh, tapi kita kalah apabila kita jatuh dan tidak bangun semula". Aku menyukai ayat ini kerana apabila kita gagal dalam satu ujian, tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya...malah, dalam perkembangan kanak-kanak, jatuh bangun adalah proses yang berulang kali sebelum dia menguasai kemahiran untuk berjalan. Adakah kanak-kanak itu berhenti mencuba? Tidak. Setiap kali dia jatuh, dia akan terus mencuba. Walaupun ketika itu, dia tak faham pun lagi konsep "tidak berputus asa" tapi dia sudah aplikasi...Hasilnya, dapatlah dia berjalan dan berlari-lari menikmati alam kanak-kanak yang penuh keindahan.

Kesusahan itu ujian. Itu yang lazim. Kesenangan itu ujian. Hah..yang ini yang selalunya kita kurang sedar.

Pernah seorang sahabatku bertanya,

"Kita selalu diajar bagaimana untuk berhadapan dengan kesusahan hidup, tapi jarang sekali diajar bagaimana nak hadapi kesenangan hidup, ko setuju?

Hah? Maksud?

Ko ingatkan dulu, masa kita sekolah rendah... cikgu-cikgu kita time tu selalu cerita bagaimana kesusahan hidup menjadi pendorong untuk berjaya dalam kehidupan. Kita mungkin masih boleh menggambarkan sekaligus merasainya, sebab kita lahir dalam keluarga yang tidak seberapa juga. Tapi, bagaimana dengan mereka yang lahir di atas katil yang dihiasi dengan bunga ros (kemewahan)?

Aku mengangguk-angguk sambil membayangkan kembali wajah setiap cikgu-cikguku yang kebanyakan suka bercerita. Aku tersenyum.

"Kita dedahkanlah mereka"ujarku.

Iya. Bercakap memang mudah. Nak aplikasi tu yang susah. Kiralah berapa orang yang sanggup untuk bersusah-susah semata-mata untuk berasa empati dengan kehidupan orang. Nak didik orang, kita kena didik dulu diri kita. Sudah sifatnya manusia, lebih cenderung kepada sesuatu yang membawa kepada keseronokan..

"Eh, tak semua juga keseronokan itu negatif... Ada juga yang seronok dalam melakukan ibadah dan kebaikan.." aku mencelah.

Betul. Itulah, kita perlu perbetulkan persepsi kita. Ujian bukan berbentuk kesusahan semata-mata, kesenangan itu juga ujian. Senang cerita...itu yang kena cakap orang mukmin ni orang yang hebat. Dapat nikmat, syukur. Dapat musibah, syukur juga. Yela, kan musibah itu ganjarannya pahala bila sabar...

Hurm. Perbualan kami sudah meleret-leret dan bersimpang-siur...

Jadi, apa pointnya di sini?
aku mencantas perbualan kami.

Sebagai seorang guru, kita kena pelbagaikan kaedah pendekatan dalam PNP. Sediakan pendekatan yang kondusif dan kaitkan dengan pengalaman yang sedia ada. Selain itu, kita kena aplikasikan segala yang telah kita lalui dan asimilasi serta akomodasikan dalam PNP....(aku tidak dapat mengingat lagi butir-butir bicaranya yang seterusnya kerana aku sudah di alam separa sedar...)

Ketika itu, Aku tersengih. Memanglah sahabatku ini berjiwa keguruan...

Kita belajar dengan ujian dan dugaan. Kita membesar dengan ujian dan dugaan. Kita dewasa dengan ujian dan dugaan. Kita matang dengan ujian dan dugaan. Kita kenal erti hidup dangan ujian dan dugaan. Hatta, kita belajar untuk terus hidup juga dengan belajar daripada ujian dan dugaan. Dan ujian dan dugaan bukanlah kesusahan semata-mata. Kesenangan pun ujian -Hlovate-

P/s: Sweet pula word ni, jadi aku salin dan paste kat sini...



Saturday, May 21, 2011

kita BREAK sajalah...

Aku mengangkat kepalaku. Melihat jam yang melekat didinding. Jam 5 petang. Kuketepikan buku-buku yang perlu dibaca untuk menghadapi peperiksaan. Dalam kekalutan menghabiskan sukatan pelajaran yang perlu diulangkaji, aku mencapai sebuah buku yang tidak berkaitan dengan situasi semasaku tika ini. Otakku serta-merta menghantar impuls ke tanganku untuk bergerak balas bagi mencapai sebuah buku yang selalu kupandang sepi.
Falsafah Matematik. Agak menarik tajuknya. Iya, seringkali matematik dilihat sebagai nombor semata-mata (Termasuk diriku). Sejak bila pula matematik ni ada falsafah...?Detik hatiku. Menarik. Mataku yang kuyu kembali segar. Helaian demi helaian kuselak. Mataku terhenti pada sebaris ayat,
"Ahli-ahli matematik kini sering melupakan tema penting seperti hakikat tujuan sebenar bermatematik kerana kesibukan mereka membuat matematik, ibarat seorang yang terlalu sibuk mencari harta sehingga lupa tentang hakikat tujuan harta itu dicari.."
Akalku tiba-tiba membuat perkaitan antara bait-bait ayat ini dengan keadaan diriku sekarang. Exam. Iya, semua orang menyedari, perlunya belajar untuk lulus dengan cemerlang dalam exam. Satu persoalan yang terukir di sudut mindaku. Apakah matlamat aku belajar sekarang ini? Apakah yang aku cari? Mencari ilmu atau menikmati ilmu itu sendiri....Adakah aku terlalu sibuk mencari ilmu sampai lupa tujuan aku mencari ilmu itu sendiri...Apa pula tujuan mencari ilmu bagi seorang muslim?
Hakikat yang terpaksa kutelan untuk beberapa hari ini, aku memaksa otakku untuk menghafal teori-teori dan memahami pemikiran-pemikiran tokoh yang tidak pernah pun aku kenali. Semua ini bagi jangka masa pendek (sekarang sampai exam: iaitu lusa) memanglah ianya sangat-sangat berguna...
Tapi bagi jangka masa panjang, aku sendiri sedang dalam dilema untuk benar-benar menghayati apa yang kupelajari agar tidak sia-sia dimakan waktu. Apakah teori ini akan benar-benar akan kuaplikasikan kelak apabila menjejakkan kaki ke alam sekolah kelak. Teringat kembali pesanan ust. Misri yang seringkali diulang oleh beliau sewaktu kuliah, "Jangan berhenti belajar setakat di sini, nanti momentum itu susah nak dapat semula..."
Adakah tujuan aku belajar untuk belajar?
Dalam sehari dua ini juga, aku melihat suatu yang menjadi kelaziman. Atau dalam erti kata yang lain, aku sedar kebanyakan Teori yang dikemukan hanya kelihatan indah di atas sekeping kertas. Tanpa sebarang nilai. Mengapa aku katakan demikian? Contoh paling mudah, cuba perhatikan objektif- objektif yang digariskan. Siapakah yang benar-benar memahaminya dengan sepenuh hati. "Laras bahasa yang terlalu tinggi". Ini mungkin satu faktornya. Aku teringat akan tulisan-tulisan Abbas as-Sisi dan beberapa tokoh Islam...
Setiap satunya hidup. Ada roh. Mengapa? Sebab tujuan mereka menulis adalah jelas: membawa manusia mengenali Allah dan mengajak ke arah kebenaran. Tidak ada bunga-bunga. Terus kepada matlamat. Tidak perlu pemikiran yang mendalam, tidak perlu alat bantuan penterjemahan kerana semuanya jelas lagi mudah.
Teringat akan subjek Falsafah Pendidikan yang sudah selamat aku duduki..."Philo" dan "sophia" menjadi asal-usul bagi kata ahli falsafah...Yakni orang yang mencintai ilmu pengetahuan. Dalam hal ini, Sir Zaieddi sering menyebut, Ilmu yang paling bermakna ialah ilmu yang mengandungi kebenaran.
Adakah tujuan aku belajar benar-benar untuk mencari ilmu bagi memperolehi kebenaran? Atau hanya terhenti pada proses tanpa sampai kepada tujuan...
Agak lama aku termenung dan melihat jarum jam terus berputar...
Kebenaran. Tujuan kita hidup pula? Tiba-tiba, aku mendengar seseorang berbisik, "Bukankah yang paling benar itu sudah jelas...?" Aku memetik jari. Iya, aku lupa...Bukankah Allah telah menjelaskan kebenaran itu dalam 114 surat cinta-Nya untuk hambaNya...
Fitrah manusia itu ingin kembali ke asal. Bukankah tujuan kita diciptakan untuk beribadah? soalku lagi pada diri sendiri...
Aku akhirnya membuat kesimpulan secara deduktif berdasarkan inkuiri-penemuanku yang tidak seberapa... "Setiap apa yang bertujuan untuk mendekatkan kepada Allah S.W.T, adalah ibadah..."
"Wahai diri, janganlah kau pernah lupa akan siapa dirimu..sekali kau lupa, segalanya akan kau lupa..."Tidak ada yang mudah melainkan yang Allah permudahkan, tidak ada yang sukar melainkan apa yang kau anggap sukar... Berfikir sesaat itu lebih baik dari beribadah bertahun-tahun..

Friday, May 20, 2011

Siapakah motivasimu....?

2004.
Angin sepoi-sepoi bahasa. Di tepi padang, di bawah sepohon pokok yang daunnya merimbun...Dua orang sahabat yang sangat akrab duduk bersantai-santai di atas rumput yang terhampar menghijau sambil mengunyah keropok cap udang...

"Along, tak lama lagi exam, kan?" ujar si acik sambil mengunyah-ngunyah keropok cap udang itu.

"Erm, iya. Tapi macam tak ready apa-apa lagi ni... P sekolah pun macam tiada semangat jak. Dahla kena jalan kaki pergi dan balik sekolah, sampai kat sekolah pula macam tiada matlamat jak. Tapi, mau ponteng tak berani juga. Nanti kosong kehadiran.."

Si Acik tiba-tiba bertepuk tangan. Matanya bersinar-sinar. Sambil tersenyum..

"Eh, along..tahukah, acik masi ingat...dulu masa acik kecik-kecik, kakak acik pernah cakap..kalo mau semangat untuk datang sekolah, kita cari sorang mamat..."

"Arr?buat apa?

"Yela, supaya semangat nak datang sekolah...kita jadikan dia sebagai pembakar semangat untuk datang ke sekolah...kan nak tengok dia..."

"Iya? Erm, tak salah kita cubakan..hehe"

Lalu bermulalah pencarian mereka...Kriteria utama sasaran: Mestilah seorang yang rajin datang sekolah. Hehe.

Akhirnya, setelah melakukan "survey" ke seluruh pelosok sekolah, mereka menemui jejaka tersebut untuk menjadi motivasi. Kaedah ini berkesan buat beberapa ketika...Tapi, apabila jejaka tersebut telah memiliki kekasih, mereka terpaksa mencari orang lain lagi. Akhirnya, ke"boring"an muncul dalam diri. Lalu, ianya dilupakan begitu sahaja...

2006.
Di perpustakaan yang terletak di tengah-tengah pekan papar.

Di suatu sudut, kelihatan seorang gadis tekun membaca novel yang bertajuk ntah-apa-apa setebal 3 inci...Sekejap tertawa, sekejap tersenyum...Di ketika yang lain gadis itu mengerutkan dahinya, dan adakalanya air matanya menitis tanpa disedari.

Apabila dia berjaya menghabiskan novel tersebut, dia termenung...

Terkesan dengan novel ntah-apa-apa yang dibacanya sebentar tadi...Terkenang kembali betapa banyaknya masa yang dibazirkan. Teringat juga akan kebodohannya menjadikan seorang insan untuk menjadi motivasi...Perasaan kesal mengetuk pintu hati...

"Motivasi terunggul kita adalah Allah...Dia tidak pernah tidur, tidak pernah Lupa...Dia sentiasa dekat, dan sentiasa ada. DIA sentiasa mendengar dan sentiasa memahami...Dialah sebaik-baik pelindung dan penolong..."(Bait-bait kata yang tertulis di akhir novel tersebut...)

Sambil melangkah keluar, gadis itu tersenyum. "Aku ingin berubah.."azamnya dalam hati...

P/s: Hanya kepadaNya kita berserah dan Hanya kepadaNya kita bertawakal...

Tuesday, May 17, 2011

Tahu, faham, aplikasi... supaya mudah kita nilai.

Dengan Nama Allah Yang Menguasai seluruh alam, Yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Alangkah ruginya manusia yang terus-terusan lalai dan leka.

BICARA KEHIDUPAN....

Berkata seorang ulama, "Berhati-hatilah kamu dengan dunia ini. Ini kerana, yang HALALnya dihisab dan yang HARAMnya diazab...

DUNIA.. kian berubah..
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti
(Ini adalah bait-bait lagu 1Malaysia)

DUNIA

Dalam subjek MTE3102, matematik didefinisikan sebagai satu alat yang berguna dalam kehidupan selain dari sebagai satu alat untuk berfikir. Begitulah juga dengan DUNIA ini. Selagi mana kita melihat dunia ini sebagai satu alat, dan memelihara diri kita dari diperalatkan olehnya, selagi itu kita akan selamat. Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan di bumi ini untuk kegunaan kita (Baca: khalifah Allah) agar kita memakmurkan alam ini. Matematiknya mudah, kita beribadah, yakni TAAT dan PATUH dengan penuh CINTA kepada Allah...segala yang ada di dunia ini akan secara automatik menjadi alat kepada kita. Jadi, ambil dan letakkanlah DUNIA ini di tangan kita dan bukannya dihati kita.

Dalam Tamadun Islam, konsep "Habluminallah, habluminannas" dan hubungan dengan alam menjadi kunci untuk memastikan keseimbangan dan keamanan wujud di alam ini. Sebuah hakikat. Selagi mana kita menjaga hubungan kita dengan Allah, InsyaAllah, segala urusan kita di DUNIA ini akan dipermudahkan...

Globalisasi, modenisasi, hak-hak asasi semuanya disinonimkan dengan keadaan DUNIA hari ini...Hakikatnya, semua itu hanyalah istilah. DUNIA yang kita diami ini hanyalah sementara malah dalam hadis nabi menyebutkan DUNIA kian tua. Biar hebat manapun DUNIA kita, jika tidak disandarkan pada akhirat, ianya akan sia-sia. Ingat, DUNIA ini diciptakan untuk manusia dan manusia diciptakan untuk akhirat. Lalu, gunakanlah DUNIA ini dengan semaksimum mungkin untuk akhirat kita.

Dalam Falsafah pula, kita belajar ahli falsafah itu adalah orang yang cinta akan ilmu pengetahuan. Maka, orang yang DUNIAnya berkaitan dengan ilmu pengetahuan ini dikenali sebagai ahli falsafah. Mereka menjadikan pengetahuan sebagai tujuan hidup, berikhtiar mencari hakikat tentang sesuatu, mentafsir untuk memahami kebenaran diri dan dunia mereka, dan cuba juga memahami dunia dan orang lain. Kita lihat, dunia mereka seakan-akan membosankan, bukan? Tapi itulah kebahagiaan buat mereka.

Dunia Falsafah ini hanya akan difahami apabila kita mulai berfalsafah. Sebab itu, Pakcik Russell (1946) menyebutkan falsafah ini terletak di antara teologi dan sains. Sebagai teologi, falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara-perkara yang belum nyata manakala sains pula digunakan untuk menaakul bagi membuktikan kebenaran yang terkandung. Kesimpulation? Dalam kita berfalsafah, kita kena bersandarkan kepada AL-QURAN dan HADIS (teologi) dan buat kajian-kajian (amal) agar apa yang kita perkatakan itu diterima oleh logik akal serta praktikal untuk memenuhi kehendak metafizik, mematuhi aksiologi dan sejajar dengan epistemologi.(Rujuk buku hijau FPK M/s 78) Hehe.

Namun begitu, Bak kata seorang kawanku, Dunia ini, falsafahnya mudah..."kau kejar, dia lari...kau tinggalkan, dia ikut"...jadi, tak payah main kejar-kejar, nanti jatuh tersungkur.

Dongakkan kepala ke langit, lihatlah kebesaran Allah...

Fikirkan seketika. Apa yang kita lihat di dunia ini, samakah dengan apa yang dilihat oleh orang lain? Kita selalu menyatakan "kembali ke dunia yang nyata". Nyatakah dunia ini? Sedangkan para ulama menyatakan dunia ini adalah mimpi dan kita hanya akan terjaga apabila kita mati. Dalam al-quran menyebutkan, "Hidup di dunia ini tidak lain hanya sekadar senda gurau semata-mata..."Tapi, siapakah yang mahu mengambil pengajaran?

Ada telinga, kena pandai mendengar. Ada mata, kena pandai melihat, Ada hati, kena pandai merasa. Apa yang lebih penting, gunakan semuanya untuk mengenali sang pencipta Yang Maha Esa. Allah s.wt...

Masa terus berlalu...

Melihat perkembangan dunia hari ini, aku teringat akan subjek Perkembangan Kanak-kanak. Dunia kanak-kanak adalah indah. Setuju? Heh..tidak ada paksaan..

Si John Piaget bilang, Ketika kita dalam peringkat sensori motor, kita diberikan layanan dan perhatian supaya tidak terjadi "lekatan". Dalam masa yang sama kita mengalami pelbagai fasa dan peringkat sama ada fizikal mahupun dalaman. Pada ketika ini, menurut Sigmund Freud, kita banyak dikuasai oleh id, sedikit ego dan superego kita belum berfungsi sepenuhnya. Sebab itulah, dunia kanak-kanak kita adalah dunia yang "free" dari sebarang tanggungjawab, "free" dari segi masalah dan "free" dari segi kewangan (no charge).

Bestkah dunia yang free ni? Lumrahnya, ketika kita kecil-kecil dulu, kita selalu teringin nak cepat besar...apabila besar, nak kembali kecil.

Dalam memahami dunia kanak-kanak ini, aku melihat satu senario yang seharusnya kita sama-sama fikirkan. Melihat kepada situasi semasa yang mengamalkan konsep "Layan budak kecil macam orang dewasa, layan orang dewasa macam budak-budak..."akan menyebabkan kekeliruan identiti dalam proses pertumbuhan dan perkembangan seorang kanak-kanak. Bayangkan, seorang kanak-kanak yang fitrahnya suka bermain, dilarang bermain...seorang kanak-kanak yang suka bertanya, dimarah dan dikatakan "pengacau". Memanglah. Budak-budak. Apalah yang dia faham...Lagi teruk, remaja yang dilayan seperti budak-budak. Of courselah, dia memberontak. DUNIA remaja adalah berbeza dengan DUNIA kanak-kanak. Bak kata saidina Ali r.a, "Didiklah anak-anak mengikut zamannya...". DUNIA kita telah berlalu, ambillah ibrahnya sahaja...buat panduan dalam mendidik bukan sebagai "the only" cara untuk mendidik.

Sebab itu, kita belajar perkembangan kanak-kanak untuk memahami mereka...Bila sudah faham, barulah kita boleh mendidik dengan baik..InsyaAllah.

P/s: Terfikir, nak update blog tapi nak belajar..jadi aku buat kedua-duanya..hehe.

Monday, May 16, 2011

Jangan pandang sebelah mata..

Hari khamis.
Seperti biasa, setiap orang sudah bersiap sedia dengan surah Yassin di tangan. Tiba-tiba, terdengar mukaddimah kata-kata aluan di pembesar suara bahagian muslimah. Semua orang berpandangan. Semua mulai tertanya-tanya, kehairanan. "Tidak ada bacaan yassinkah malam ini?"tanya seseorang kepada kawannya. Aku sendiri hanya mengetahui bahawa malam ini akan diadakan solat Hajat kerana petangnya sibuk bersama dengan ajk syukbah 3P dan KRK menyediakan makanan untuk berbuka puasa petang tadi. Minggu ini giliran kami menyediakan makanan.

Krak!!..bunyi langsir ditarik mematikan lamunanku. Langsir yang menjadi pemisah antara saf lelaki dan perempuan kini sudah ditarik ke tepi. Aku memandang ke hadapan.

Mataku melihat seorang ustaz yang agak biasa kulihat. Mendengar penerangan dari MC yang bertugas, aku mengangguk-anggukkan kepalaku. Iya. Memang kukenal.


Ustaz Azrul dari Pusat Latihan Dakwah Keningau.

MasyaAllah...

Banyak ibrah yang kukutip pada malam itu.
Apa yang dapat kusimpulkan...

Pesan beliau, HORMATI GURU.
Guru, doanya adalah makbul....
sentiasalah doakan guru-guru kita.

Pesan beliau, UJIAN INI ADALAH KEHIDUPAN. Sejak asal kejadian lagi kita sudah menempuhi pelbagai ujian. Malah, tanpa ujian, kita akan menjadi lemah dan tidak mengetahui dimana kemampuan kita.

Nasihat beliau, JANGAN SUKA MENILAI ORANG.
Ini berkaitan dengan pengalaman beliau masuk penjara (melawat). Di situ, beliau melihat pelbagai cerita suka duka seorang perempuan. Ada yang masuk penjara berulang kali kerana masyarakat tidak dapat menerimanya. Hal itulah yang paling menusuk hati beliau... Mengapa kita tidak pernah memahami keadaan orang lain...Mengapa kita seringkali menghukum tanpa memahami keadaan yang sebenarnya...

Peringatan dari beliau..JANGAN PERASAN KITA NI AHLI SYURGA. Ingatlah, walau banyak mana ibadah kita, belum tentu lagi syurga buat kita.

Ingatkah masih dengan kisah ini?

Seorang pelacur masuk ke dalam syurga disebabkan memberi minum kepada seekor anjing di dalam kehausan dan seorang ahli Ibadah dicampak ke dalam neraka kerana tidak memberi makan kepada seekor kucing.

Siapa sangka dengan hanya memberi minum kepada seekor anjing, binatang yang dianggap jijik oleh sesetengah orang, pelacur yang tidak beramal, itupun dimasukkan ke dalam Syurga dan seorang ahli Ibadah yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah dicampakkan ke dalam neraka disebabkan hanya 1 perbuatannya sahaja. Dalam erti kata lain, kita tidak tahu bahawa Ibadah kita yang mana Allah terima. Solat Subuh berjemaah? Zikir pagi dan petang? Bacaan ayat suci al-quran? Kita tidak tahu.

Lantas, teruslah berbuat baik...

Jangan pernah memandang orang lain dengan sebelah mata...
Jangan pernah memandang setiap perbuatan kita dengan sebelah mata.
Siapa tahu, mungkin dengan hanya membersihkan jalan, dapat menyelamatkan kita dari api neraka. Siapa tahu, dengan hanya memberikan senyuman terhadap saudara kita, kita memperoleh jannah...

Siapa tahu, amalan yang sedikit itu lebih dipandang Allah kerana dilakukan dengan penuh ikhlas..
kita tidak tahu..kerana itu, teruslah berubah ke arah yang lebih baik...demi-NYA...Wallahualam.

P/s:
SELAMAT HARI GURU
buat semua insan yang bergelar guru...


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
buat sahabat-sahabiah...mumtaz for ummah!Man jada wa jadda..


Friday, May 6, 2011

Yang pertama dan terbaik.


Kuhela nafas sedalam-dalamnya, lalu kulepaskan perlahan-lahan...


Nikmatnya. Biarpun aku tidak mampu melihat partikel-partikel udara yang masuk ke dalam rongga paru-paruku, tapi kuyakin, udaranya masih bersih. Dengan kadar oksigen yang lebih tinggi, amat malang jika dilepaskan begitu sahaja. Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Allah yang masih melindungi kita. Biarlah yang telah berlalu menjadi pengajaran...Semoga hari ini lebih baik dari semalam buat kita semua dan redha Allah meliputi kita semua. Amin.

Aku menconggak-conggak dengan jariku...hanya tinggal seminggu lebih sahaja lagi minggu
exam akan menjenguk. Agak gementar apabila mengingati segala harapan yang disandarkan...Ditambah lagi dengan keadaan diri yang kurang stabil. Ya Allah, kuatkanlah kami, permudahkanlah segalanya..

Exam. Pastinya semua sudah sedia maklum, diadakan bagi mencari yang the best. Itulah kehidupan. Kalau exam mesti nak jadi nombor satu. Kalau ujian, nak yang paling tinggi. Kalau merekacipta apa sahaja, pun mesti nak jadi orang yang pertama. Demikianlah kita melihat perlumbaan dalam pelbagai lapangan, untuk melihat siapakah yang paling pertama dalam mencipta. Lebih famous. Memang, aku tidak nafikan. Lihat sahaja ubat gigi, walaupun selepasnya menyusul pelbagai lagi jenama, namun colgate yang merupakan peneraju dalam penciptaan ubat gigi, mendapat tempat dalam hati masyarakat. Tanyalah orang tua-tua, mau beli apa, Walaupun yang dipegang ditangan itu jenama ntah-apa-apa, tapi tetap mulut berkata, "Beli colgate,nak...''...Agak lucu, tapi ayahku sendiri tidak terkecuali. Sudah acapkali aku menerangkan bahawa "colgate itu nama khas, ubat gigi nama am.." Tapi, tidak ada perubahan. Akhirnya, aku mengiakan sahaja apabila ayahku berpesan, "beli colgate satu yang warna hijau (jenama Darlie), ya ...". Apa yang penting, aku faham. Dan itulah penyebabnya aku akan merindui ayahku jika melihat ubat-ubat gigi yang bersusun di atas rak-rak pasar raya. Hehe.

Salahkah menjadi yang pertama. Tidak. Itukan sudah takdir. Jadi kena terima hakikat dengan penuh Redha. Apatah lagi, menjadi yang pertama dalam membuat kebaikan akan mendapat pahala orang yang mengikuti walaupun kita dah tiada. Ya, Itulah yang sebaik-baiknya..

Namun, apa yang kuingin utarakan disini, pandanganku dari sudut tirus. Ini sejajar dengan satu persoalan yang ditimbulkan oleh seorang rakanku. Mana yang lebih baik, Yang pertama atau yang terbaik?

Kita ambil satu analogi.

Televisyen (TV) Mana yang lebih best? Yang dulu2 ka atau yang sekarang? Fikir-fikirkanlah...

Aku kembali teringat perbualanku dengan seorang rakan sekolahku yang telah menamatkan zaman kebujangannya...

Di sebuah restoran,

"How's life?"Ujarku memulakan topik orang dewasa.

"Alhamdulilah... Ko tau su...beza ni..."

"Maksud?" Aku bertanya lagi.

" Dahulu aku rasa "dunia-ini- ana-yang-punya-" sebab tiada orang yang bimbing. Tapi, Alhamdulilah. Sekarang aku sedar "dunia-ini-Allah-yang-punya-". " Tapi, satu part lah yang paling aku rasa menyesal.."

Apa dia? Tanyaku untuk merancakkan lagi perbincangan kami.

"Kalaulah dahulu aku tak couple-couple ni, mesti cinta pertama aku milik fully husband aku.."

Kulihat awan mendung di wajahnya.
Aku merenung ke kejauhan. Aku tidak ingin awan itu bertukar menjadi hujan...

Aku menghela nafas. Mujur, aku teringat kembali apa yang kubaca mengenai hakikat cinta pertama yang ditulis oleh Ust. Pahrol M. Juoi dalam solusi Isu 23...

Aku pun berkongsilah apa yang kuketahui...

In the end, kulihat matanya bergenang. Aku faham perasaannya. Kami sama-sama mengharungi dunia remaja. Kami sama-sama belajar di sekolah Menengah yang sama. Bersama-sama menghadapi sekularisme, dengan pegangan agama yang amat-amat lemah. Mujur, Allah masih memberikan peluang kedua. Mujur, Allah masih memberikan kesakitan dan kepedihan ujian agar tidak terlena dalam ke "sweet"an zaman remaja. Untuk itu, aku bersyukur yang teramat kerana Allah mentakdirkan aku ke sini. Di suatu tempat yang menjadi titik permulaan perubahan hidupku.

Di penghujung perbualan kami, dia menambah...

"Su, walau apa pun yang terjadi..aku rasa aku faham satu perkara...walaupun dia bukanlah yang pertama dalam hidup aku...tapi, aku tahu dengan yakin dan pasti...dia adalah yang terbaik yang Allah kirimkan untuk aku... Sekarang ini, bukan lagi paras rupa yang aku pandang macam dulu-dulu, tapi sifat tanggungjawabnya..Walaupun dia biasa-biasa sahaja, tapi hati ini makin lama makin terpikat dengannya. Aku tahu, biar beribu yang lebih baik di luar sana, tapi belum tentu lagi yang terbaik buat aku..."

Aku tersenyum. Hatiku mengiakan...

kadang-kadang, yang pertama, bukanlah yang terbaik, tapi jika kita menjadi yang pertama, buatlah dengan sehabis baik..Namun, jika tidak dapat menjadi yang pertama, jadilah yang terbaik..

Monday, May 2, 2011

Lihatlah...

Mana yang menarik perhatian? Yang sama atau yang berbeza?

Letih. Aku menolak kerusi dan bingkas bangun sambil mengeliat untuk membetulkan urat dan tulang belakangku. Mataku yang sejak dari tadi pagi melihat laptop kurasa pedih. Kerja-kerja yang bertimbun memang menyesakkan fikiran. Aku bergerak di sekeliling bilik untuk merehatkan fikiranku tapi keletihan itu masih tidak hilang. Akhirnya, aku melangkahkan kakiku ke luar rumah..

SubahanAllah..maha suci Allah yang telah menciptakan setiap kejadian dengan sebaik-baik ciptaan..Melihat ke arah langit yang berlapis-lapis dan seimbang, melihat ke arah gunung dan bukit-bukau yang tegak berdiri..MasyaAllah, besarnya kuasaMu Ya Allah..setiap satunya seimbang...

Teringat perbualanku dengan adikku petang kelmarin..

"Kak,kenapa kita dicipta berbeza-beza?"

Berbeza macamana tu, dik?

"Adik tengok di kelas, ada yang hitam, ada yang coklat, ada yang putih (istilah yang digunakan untuk orang yang berkulit cerah)...Lepastu, bangsa pun macam-macam. Kelmarin, masa di kelas, cikgu tanya apa bangsa... macam-macam jenis bangsa yang adik dengar...Ada juga yang diketawakan sebab bangsanya PTI ...PTI tu apa kak? Sampai nangis kawan adik tu..."adunya padaku.

Erm, PTI itu istilah yang digunakan untuk orang yang tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah. Kebiasaannya, orang yang berhijrah ke sesuatu tempat mesti memiliki dokumen pengenalan diri ataupun pasport untuk membolehkan mereka bergerak bebas di sesuatu tempat.

Jadi, kenapa kawan-kawan adik yang lain ketawakan dorang ni? Adik tidak suka tengok, sebab dorang ni baik dengan adik...rajin belajar, hormat cikgu...macam yang selalu akak cakap, kalau mau jadi baik, kena cari kawan yang baik..kan,kak?

Melihat ke dalam mata beningnya, aku tahu dia masih lagi mentah dalam memahami cabaran yang menantinya di hadapan. Masih lagi dalam fitrahnya, yakni menyukai keamanan. Tanpa bias. Menyayangi tanpa syarat kebendaan yang memualkan, dan pelbagai lagi syarat yang diletakkan dalam dunia orang dewasa.

Aku mengeluh. Walaupun aku sedar, itu hanyalah pertanyaan seorang budak yang masih mentah pemikirannya, entah dia benar-benar inginkan jawapan atau tidak tapi aku ingin mencontohi tok wanku yang tidak pernah penat melayan pertanyaanku sejak aku mengenali bahasa lisan.

Itulah yang namanya lumrahnya manusia, adikku...

Kita telah dikelabui dengan falsafah sekularisme, patriotisme, dan segala isme-isme ni...Hakikatnya, segala yang ada di atas muka bumi ini adalah milik Allah s.w.t..

Kita ni semuanya sama, berasal dari setitis air mani yang sangat sedikit dipandang orang. Bayangkanlah, air itu kalau jatuh di atas tanah, itik takkan sudu, ayam takkan patuk..Hina. Sungguh hina. Tapi, Allah telah mengangkat kita ke mercu yang tertinggi dengan mengurniakan kita pelbagai nikmat. Namun, sekali lagi, kita lupa, kita lupa...segalanya adalah milik Allah...kita hanya hamba.

Kalau bagi akak, selagi namanya manusia, mereka juga punyai hati dan perasaan. Semuanya atas takdir Allah. Jika kita mentertawakan sesuatu yang telah ditetapkan Allah, bukankah kita sedang melawan DIA yang Maha Kuasa. Nauzubillah min zallik...Jadi, adik jangan suka ketawakan orang, ya...

Dia kulihat menganggukkan kepalanya..

Kemudian, aku menarik tangannya dan membawanya ke luar rumah..kemudian, aku menunjukkan kepadanya pokok-pokok yang ada di sekitar rumah...

"Cuba adik tengok.."

Adikku melihat ke arah yang aku tunjukkan...sesaat kemudian sambil mengerutkan dahinya, dia bertanya..

"Tengok apa kak?"

sambil tersenyum, aku membalas..

"Cuba tengok sekali lagi...Apa yang adik nampak?"

Tapi kali ini, adikku memandang dengan mulutnya yang dimuncungkan menandakan tidak puas hati..

"Peliklah akak ni..pokoklah"

Haha. Lucu apabila melihat mukanya yang kebingungan. Setelah ketawaku reda, aku kemudian menerangkan kembali. Sebenarnya,begini dik..

Kenapa Allah ciptakan perbezaan kerana melalui perbezaanlah kita mengenali setiap satu perkara. Selain tu, dalam perbezaan sebenarnya ada keindahan...bayangkan kalau semua pokok kat depan kita ni sama tinggi, sama besar...kita tak akan tertarik..Begitulah hidup ini. Allah jadikan pelbagai warna, pelbagai benua, pelbagai ciptaan. Semua itu untuk membantu manusia berfikir akan kekuasaan-Nya. Sebab itulah kita dianjurkan berjalan di atas muka bumi ini untuk membuka minda. Ada telinga, kena pandai mendengar, ada mata, kena pandai melihat, ada hati, kena pandai merasa...

Konsep ni juga kita pakai bila nak cari pasangan kelak..Yela, kebiasaannya, apabila akak tanya kawan akak mengapa dorang tertarik dengan si A.. Jawapannya mudah..sebab dia berbeza..Lagipun...

Apabila aku melihat ke arah adikku..Aku tersenyum.

"Ya Allah, bercakap sorang pula aku ni"...

Kulihat, adikku tertidur di sebelahku dengan berbantalkan lengannya..Aku segera mengendongnya masuk ke dalam rumah..

~Hanya rekaan semata-mata~