"Allahuakbar..Allahuakbar.."
Laungan azan dari Masjid berdekatan dengan tempat dudukku menimbulkan suatu perasaan yang sukar untuk kuungkapkan dengan kata-kata. Laungan muazin itu cuba kuhayati bait-baitnya. Menyelami panggilan agung itu sedalam-dalamnya, sehingga tubir mata terasa panas menggambarkan perasaan yang bercampur aduk di kolam hati.
"Ya Allah, tunjukkanlah aku yang hak itu hak, Yang batil itu batil..."
Aku memejamkan mata. Tidak mampu lagi untuk menatap gelombang manusia yang dipenuhi pelbagai warna. Dunia yang tidak lagi mendefinisikan hitam itu sebagai jahat, atau putih sebagai baik. Dunia yang kian menenggelamkan andai bahtera yang dinaiki tidak mengikut perancangan dan pengawasan dari Yang Maha Mencipta.
Ah, benarlah kata para ulama. Tidak ada yang lebih nikmat selain merasai diri dalam perlindungan Yang Maha Gagah dan Yang Maha Perkasa. Biarpun kita sendiri, kita tidak gundah kerana Dia sentiasa ada untuk menemani. Tiap masa, tiap ketika.
Berbahagialah buat mereka yang merasai kehadiran-Nya dalam setiap detik kehidupannya...
Panggilan agung itu akhirnya berhenti pada kalimah yang terakhir. Manusia yang lalu-lalang terus sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang berjalan perlahan, ada yang terkocoh-kocoh, ada yang berlari. Semua berkejar-kejaran, menuju ke destinasi masing-masing.
Untungnya, masih ada yang sedar. Tidak semua tenggelam kerana mereka menaiki bahtera yang menyelamatkan yang dibina dengan pengawasan Yang Maha Esa...

2 comments:
salam.
kak,serius kaka ada bakat menulis novel. kata2 kaka best dibaca dn mmg ada ciri2 sorg penulis,hehehe.
Walaikumsalam..
Terlalu tinggi pula tu een...
Terima kasih singgah, terima kasih baca dan teima kasih komen. Sangat hargai...
Kaka menulis sekadar untuk berkongsi, mudah-mudahan ada manfaatnya...
Novel? hehe..Doakanlah.
Post a Comment