Sebaik sahaja kaki melangkah masuk, beberapa orang pelatih perempuan yang telah lama duduk dalam dewan mengalihkan perhatian mereka kepada kami. Aku menguntumkan senyuman, cuba untuk menghilangkan debaran apabila ditatap oleh orang yang tidak aku kenali apatah lagi dalam jumlah yang ramai.
"Nasib kita bawa kerusi, kan mus..."bisikku pada roomate. Walaupun kedatangan kami masih dalam lingkungan awal, namun, kesemua kerusi sudah habis diduduki.
Dengan pandangan sisi, kulihat roomateku hanya tersenyum sambil mengangguk.
"Everybody, let's take a book and read..." lagu yang bergema dalam dewan menarik perhatianku. Aku mengangkat pandanganku ke hadapan untuk melihat backdrop di layar putih, dalam pada itu, mataku menangkap sesuatu yang berada di atas pentas. "Membaca jambatan ilmu" menjadi tema hiasan.
Sekian lama sudah aku tidak mendengarnya. Lagu ini dicipta untuk menjayakan kempen membaca di seluruh negara.
Dahulu, lagu ini antara yang aku gemari. Mungkin juga kerana lagu ini sering dimainkan di saluran TV2 (satu-satunya saluran yang jelas dan terang-belum ada Astro) suatu ketika dahulu. Mungkin juga kerana ada penyanyi yang kugemari ketika itu, Nazri-Raihan, kerana kemerduan suaranya. Mungkin juga kerana lagu itu punyai makna, untuk menggalakkan membaca...
Perjalanan perhimpunan seperti kelaziman. Hanya ada sedikit penambahan iaitu bacaan ikrar. Mengenai ikrar ini, aku tertarik dengan kata-kata seorang rakan,
"Ni mesti supaya kita tidak ada alasan kalau nak hukum kita kerana langgar peraturan.."
Betul juga. Kita berikrar dengan penuh kesedaran, akan mematuhi semua peraturan. Ini janji yang perlu kita pegang. Amanah yang perlu kita tunaikan.
Begitulah juga apa yang diceritakan dalam al-Quran,
Allah telah mengirimkan nabi dan rasul sebagai pemberi peringatan, supaya tidak akan ada orang yang memberi alasan ketika dibangkitkan kelak.
"Every action has a reaction" ucap pengarah semasa beliau memberikan ucapan yang bagiku cukup mendalam maknanya. Ketika itu, beliau membentangkan berkaitan perubahan masa dalam jadual waktu. Perubahan yang paling utama ialah masa rehat yang kini dipanjangkan. Namun, kesannya, terdapat kelas yang sehingga ke jam 6 petang setiap hari kecuali hari rabu (hari outing).
Iya, setiap tindakan kita akan memberikan kesan.
Aku masih lagi mengingati kata-kata guruku ketika sekolah menengah dahulu. Apa yang kamu lakukan kelmarin, menentukan siapa kamu pada hari ini. Saat ini, kamu harus menerima apa yang ada dengan kesyukuran. Apa yang kamu lakukan pada hari ini, menentukan siapa kamu pada hari esok. Jadi, pesan cikgu, jalanilah hari ini dengan sebaik-baiknya agar kamu tidak menyesal di kemudian hari ini.
Ingat pesan Rasulullah, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam. InsyaAllah.
"Ya Allah, hidup dan matikanlah kami di dalam iman dan Islam. Ya Allah, sempurnakanlah cahaya-Mu ke atas kami.."
Usahlah terus menanti andainya belum pasti. Berpijaklah pada alam realiti. Tidak semua yang kita inginkan akan kita perolehi.
With Lots of Love,
Living Here for hereafter.

No comments:
Post a Comment