Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih...
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih-Nya...
Aku membelek-belek kalendar di atas meja. Hari ini, sudah masuk minggu yang ketiga. Pemergiannya banyak meninggalkan kesan dalam diri. Semuanya adalah tarbiyah dari Allah s.w.t..
Teringat pesan murabbiku,
"Setiap kali kita ditimpa sesuatu ujian, kembalilah kepada Allah. Segalanya adalah dari Allah. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali"
Dalam kemelut diri, aku kadangkala buntu. Bukan kerana timbunan tugasan. Bukan juga kerana amanah-amanah yang kian bertambah. Tidak. Tidak. Semua itu adalah perkara lumrah. Selagi namanya manusia, selagi itulah arus gelombang kehidupan harus ditempuhi.
Aku buntu kerana aku merasai ada yang hilang dalam diri. Kebuntuan yang sukar untuk diluahkan. Malah, aku menjadi hilang bicara walaupun di sisi adalah teman-teman yang suatu ketika dahulu seringkali aku sakat. Apakah yang telah berubah?
Aku hampir sahaja tenggelam dalam kebuntuan. Sehinggalah dalam dua minggu ini, aku telah dipertemukan dengan insan-insan yang bagiku amat tabah. Mendengar kisah mereka, hanya Allah yang mengetahui betapa beratnya ujian yang ditanggung oleh mereka. Berat mata ini memandang, tapi berat lagi bahu mereka yang memikul dan merasainya. Hanya doa yang mampu kuberikan. Semoga Allah terus menguatkan mereka untuk tetap berjuang membantu anak-anak generasi masa depan.
Hanya orang yang berjuang akan hidup. Itu yang mampu kusimpulkan dari kisah mereka. Ketabahan mereka menyedarkan aku bahawa apa yang kuhadapi kini hanyalah sekelumit cuma. Pergantungan mereka terhadap Allah benar-benar menampakkan keimanan yang utuh dalam diri mereka. Walaupun bersendirian, namun, mereka tidak mudah patah semangat.
MasyaAllah. Maha Suci Allah. Benarlah, hanya orang yang benar-benar tahu arah tujuan akan sampai ke pengakhiran.
With Lots of Love, Biiznillah.
P/S: Mohon maaf kepada semua krew mawaddah kerana lambat menyiapkan bahan. Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk menulis sebuah kebenaran.
Here is our tool, Hereafter is our goal. Live your Life.

No comments:
Post a Comment