Wednesday, February 8, 2012

Apa nilainya dalam hatimu?

"Pada kertas ini, kamu tuliskan ciri-ciri guru yang pelajar sukai dan ciri-ciri guru yang pelajar tidak sukai. Tidak kiralah, bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah Menengah. Setiap satunya nyatakan lima ciri-ciri tersebut.." arah pensyarah bagi subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku (Cik Fazliaton).

"Cikgu, bolehkah tulis lebih?" satu suara bertanya.

"Boleh jak" ujar pensyarah itu sambil tersenyum.

"Kalau yang banyak positif tu mengambarkan kamu melalui pengalaman yang menyeronokkan sepanjang berada di sekolah dahulu. Andai menyeronokkan, maka ciri-ciri guru yang ditulis pasti lebih banyak positifnya daripada negatifnya" jawab pensyarah tersebut.

Kata-kata terakhir pensyarah itu terngiang-ngiang di kepalaku. Mengenang kembali tempoh-tempoh persekolahan, membuatkan aku tersenyum. Sedari kecil, aku memang sangat menyukai sekolah kerana hanya ketika berada di sekolah sahaja aku akan "bebas". Bebas dari masalah-masalah "orang dewasa". Walaupun serba kekurangan, tapi aku bersyukur kerana dipertemukan dengan guru dan rakan-rakan yang memahami. Semoga Allah merahmati kalian walau di mana jua kalian berada...

Berada di sekolah, setiap hari adalah peluang untukku belajar sesuatu yang baru. Apa yang pasti, cerita-cerita di sepanjang waktu pesekolahanku kesemuanya adalah menyeronokkan. Walaupun ada juga cerita luka, namun, andai dikenang kembali, semua itu adalah tarbiyah dari ALLAH yang menyelamatkan diriku daripada tenggelam dalam gelora dunia.

Apabila berada dalam situasi kini, sebagai seorang "BAKAL GURU", membuatkan aku sering terkenang kembali zaman persekolahanku yang indah. Iya, semuanya indah.

Benarlah kata Imam as-syafie,
Perkara yang paling jauh dari kita adalah masa yang telah berlalu..

Dan, masa yang telah berlalu itu indah untuk dikenang kerana kita rasa kehilangan saat mengenangnya. Kerana itulah, Syurga itu dikatakan indah kerana kita pernah kehilangannya.

Pesanan seniorku suatu ketika dahulu,
Kenanglah masa lalu sebagai sesuatu yang indah. Bukan untuk berundur, tapi untuk menjadi bahan loncatan ke arah masa depan yang lebih indah.

Ditambah lagi dengan pesanan sahabatku,
Andai kenangan semalam terlalu pahit, maniskanlah dengan kesyukuran kerana kita dikurniakan kesabaran untuk melaluinya. Andai kenangan semalam terlalu manis, sehingga sukar untuk dilupakan, TAWARkan rasa manis itu dengan mengatakan "Semua itu telah berlalu". Berpijaklah pada dunia yang nyata. Berhentilah berharap pada bayang-bayang kerana ianya tidak pernah setia. Andai malam menjelma, ia akan pergi meninggalkan kita...

Hapuskan air matamu, mekarkan senyuman. Menangislah di hadapan Yang MAHA MEMAHAMI, senyumlah pada manusia yang jarang sekali untuk memahami.

Menulis untuk mencari sebuah kekuatan..

No comments: