![]() |
| Yang mana betul? |
"Apa pendapat kamu semua berkaitan buku kerja?" pensyarah bagi subjek resos matematik melontarkan pertanyaan untuk meransang pemikiran kami.
"Memudahkan kerja guru" seorang menjawab.
"Membolehkan murid melakukan latihan sendiri, sebab disediakan jawapan" seorang lagi memberikan jawapan.
Pensyarah tersebut tersenyum.
"Inilah antara pemikiran kita. Pemikiran kita disempitkan oleh konteks "IKUT BUKU KERJA"..." ujarnya.
Aku melihat ke arah pensyarah tersebut, mencari maksud sebenar beliau.
"Memanglah buku kerja tu salah satu cara untuk kita mengukuhkan pemahaman, tapi, cuba bayangkan andai setiap anak-anak murid kita diterapkan stereotaip "kalau sama dengan buku kerja, betul. Kalau jawapan tidak sama dengan apa yang terdapat dalam buku kerja, salah...otak mereka akan menjadi sempit. Kesudahannya, mereka akan TAKUT untuk mencuba sesuatu yang baru dalam proses pembelajaran kerana takut salah.." simpul beliau.
Kata-kata beliau memang banyak menyentuh realiti masa kini.
Salahkah untuk salah?
Kita selalu berbuat salah. Malah, kita lebih banyak belajar daripada kesalahan kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari semalam.
Namun, apa yang menyedihkan, andai kita tidak suka dengan kesalahan sebaliknya ingin sentiasa betul. Iya, memang sifat itu baik, kerana kita akan berhati-hati daripada melakukan kesalahan. Tapi, andai sudah sampai ke tahap membenci "salah" itu dan membuangnya terus, kita tidak akan memperolehi apa-apa pun daripada kesalahan itu.
Sahabatku, terimalah kesalahan itu sebagai satu proses dalam kehidupan kita. Kita tidak selamanya betul. Kita juga tidak selamanya akan terus-terusan melakukan kesalahan. Berlaku adillah...
Usah disalahkan pada yang salah, tapi, ambillah iktibar dari kesalahan itu kerana dari kesalahan kita mengenali apa itu kebenaran.
Kisah silam bukan untuk dibuang, tapi untuk diambil ibrah. Darinya akan lahirlah sebuah HIKMAH, mengapa Allah mentakdirkannya ke atas kita...
Pandanglah segala sesuatu dengan pandangan seorang hamba, agar kita mampu beroleh HIKMAH-Nya...
Living Here for hereafter,
Never stop to believe.

2 comments:
Andai takut membuat salah, bilalah masanya kita akan belajar? jangan takut untuk membuat kesilapan, kerana dari kesilapan itulah kita akan belajar sesuatu..
JKM
Iya, terima kasih atas ulasannya...
Post a Comment