Tuesday, February 14, 2012

Catatan hati: Kutemui erti bahagia

Angin petang bertiup lembut, mengusap dan membelai jasad ini. Kedinginannya meresap masuk ke seluruh anggota tubuh. Aku segera berpeluk tubuh untuk mendapatkan sedikit kehangatan. Kelihatan jauh di ufuk langit, sekumpulan burung bangau bergerak secara "berjemaah" mengharungi udara petang untuk kembali ke sarang masing-masing. Indahnya hidup berjemaah...

Pada AKAL pun terFIKIR,
Pada kumpulan burung itu terdapat bukti-bukti kekuasaan Allah...

"Siapakah yang menahan mereka dari jatuh? ALLAH...
"Siapakah yang menjamin rezeki mereka, keluarnya dengan perut yang kosong, kembalinya dengan perut yang berisi...Pastinya ALLAH..
Pada burung kita belajar erti sebenar bertawakal kepada YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.

Lantas, HATIpun berZIKIR...

Menghitung detik yang berlalu, kesyukuran bertamu...

Dalam kesedihan dan menghadapi segala tentangan, ALLAH menghadirkan insan yang menghiburkan dan menguatkan walau tidak pernah dikenali sebelum ini. Hadirnya mereka untuk mengajar diri bahawa kita semua adalah satu jasad. Itu semua hanya dirasai andai hati dihubungkan dengan ikatan iman dan Islam.

Benarlah kata Imam syahid Hassan Al-Banna,
"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlapan perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terikat pada HATI dan ROH manusia yang mendamba REDHA ALLAH S.w.t"

With Lots of Love,
Living here only for Hereafter...

No comments: