Kepalaku sudah berdenyut-denyut. Nombor-nombor yang tertera di atas kertas jawapanku sudah tidak kufahami lagi. Hampir dua jam aku mencari apa yang salah, namun, semakin banyak yang kesalahan lain muncul.
Aku memicit-micit kepalaku. Kemudian, aku melirik ke arah jam yang tergantung di dinding bercat hijau muda kelas kami.
"Ah!Mati rupanya. Patutlah dari mula aku duduk sehingga sekarang masih lagi jam 10 pagi..." desis hatiku.
Kemudian, aku menyelak tangan baju kurungku. Jam tanganku tersembul keluar. Kulihat jarum panjang dan jarum pendek bersatu di angka 12. Ketika aku mengangkat kepalaku, seorang pensyarah baru malangkah masuk. "Baru" kerana inilah kali pertama beliau menjejakkan kaki masuk ke kelas kami.
Melihat kami yang kebingungan, beliau menjelaskan bahawa beliau adalah pengganti bagi pensyarah subjek Hubungan Etnik yang baru untuk kelas kami. Penjelasan beliau itu membuatkan aku tersenyum. Percaturan takdir yang cukup cantik.
"Untung kan kamu, baru 2 bulan, 3 orang pensyarah sudah mengajar kamu..." ujarnya.
Dalam tak sedar, aku mengangguk. Iya, walaupun ketiga-tiganya mengajar subjek yang sama tapi mereka mempunyai keunikan masing-masing. Pertama, seorang pensyarah yang komited, tegas tapi penyayang. Kedua, Seorang pensyarah yang pada mulanya kuanggap "garang" namun, ternyata tersembunyi kelembutan hati beliau. Ketiga, di pertemuan pertama ini, aku bersyukur diberi kesempatan menimba ilmu dengan beliau. Mengapa?
Kerana...
Dalam menjelaskan mengenai hubungan, beliau menyelitkan pelbagai nasihat yang kukira kesemuanya hadis nabi dan berdasarkan ayat al-quran. Pembawaannya yang santai membuatkan otakku yang berat sebentar tadi mulai terasa ringan.
"Orang matematik ni, semua langkah dia akan ikut" katanya
Aku mengerutkan dahi, sambil mataku tidak lari dari memerhatikan beliau.
"Sebagai contoh, kalau naik tangga, setiap satu akan dipijaknya. Sedangkan kalau orang seni, dia mungkin akan melangkau atau mengelongsor sahaja" sambungnya.
"Biasalah, kalau kita terlepas satu langkah, ianya akan membawa kepada kesilapan yang lebih besar. Saya faham tu, sebab saya pun berlatar belakangkan kejuruteraan"
Aku teringat keadaanku tadi yang terkial-kial mencari "apa yang salah" kerana jawapan akhirku berbeza dengan jawapan beberapa orang rakanku. Malah, aku sendiri pun merasa pelik kerana jumlah yang aku perolehi terlalu besar untuk nilai yang sepatutnya tidak melebihi satu. Pasti ada titik perpuluhan yang aku terlepas pandang. Benar, satu kesalahan menyebabkan aku tersasar dari jalan yang sebenar. Indahnya Matematik. Buat yang selalu "menghakimi", sedarlah, matematik bukan hanya sekadar nombor...
"Bayangkan, kamu semua seramai 23 orang ni, saya berikan sepinggan nasi seorang. Pasti, ada yang akan menambah, ada yang cukup sudah dan ada yang makan hanya separuh sahaja. Itu memang lumrah. Tapi, cuba, kalau saya menggunakan kuasa veto, dengan "niat suci" ingin MENYAMAkan kamu semua dengan memberikan kamu semua dua pinggan seorang. Kemudian, setiap orang WAJIB menghabiskannya. Apa perasaan kamu?" soalnya sambil melihat ke arah kami dengan senyuman.
Ketika ini beliau sedang membicarakan mengenai isu ke"SAMA"an yang kini menjadi isu hangat dalam kalangan masyarakat.
Terdengar beberapa orang rakan sekelasku tergelak. Aku sendiri berfikir panjang.
"Keperluan setiap orang adalah sama. Tapi, setiap orang memerlukannya pada kuantiti yang berbeza..." itu yang mampu kusimpulkan untuk sesi kuliah hari ini.
With Lots of Love,
Living Here for Hereafter.
We have to learn how to Caring, sharing and Loving despite bubling...

No comments:
Post a Comment