Aku melihat jam tangan hitam di tanganku. Jam 1.30 petang. Kemudian, aku menatap hadirin yang datang hari ini. Dua orang. Dik Pija dan adik ana...
Aku menarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembuskannya. Aku berpaling kepada kedua-duanya. Sambil menahan perasaan sedih,
"Dah jam 1.35 ni..kita mula sahaja ya..." kataku perlahan.
"Iya, kak..." kedua-duanya menyokong.
Sebaik sahaja aku membuka tafsir, baru kelihatan kelibat beberapa adik-adik BUGEM datang. Aku menyambut kedatangan mereka dengan senyuman sambil memberi isyarat agar terus duduk dalam halaqah Quran. Memang begitulah kelazimannya, tidak semuanya akan datang tepat pada masanya...
Halaqah hari ini membincangkan berkaitan dua golongan, iaitu kafir dan munafik. Bermula dari ayat 6 hingga ayat 24, surah Al-Baqarah. Alhamdulillah, beberapa adik-adik BUGEM sudah tidak segan untuk berkongsi apa yang mereka ketahui. Aku masih ingat pesan sahabatku,
"Kita bukan nak ajar mereka baca al-Quran, tapi kita nak bawa mereka mencintai al-Quran. Sebelum cinta, kenalah kenal. Permudahkan bagi mereka. Segala tips yang terdapat dalam buku ( Kiat sukses berinteraksi dengan Al-Quran" tulisan Abu Ahmad )tu bukan untuk diberitahu kepada mereka tapi untuk diaplikasikan kepada mereka..."
"Oh, macam kita belajar segala teori tu juga la kan?" potongku.
"Iya, kita belajar teori pembelajaran, teori pengajaran, teori perkembangan dan sebagainya bukan untuk diajar kepada budak-budak sekolah Rendah, tapi untuk kita aplikasikan kepada mereka..." sambungnya.
Aku mengangguk-anggukkan kepalaku meniru perlakuan sang belatuk.
"Ada yang baru habis kelas, kak..itu yang lambat..." seakan-akan memahami apa yang bergolak dalam mindaku, dik pija menjelaskan.
"Emm..."aku menganggukkan kepalaku sambil tersenyum padanya.
"Takpa, utamakan yang utama, InsyaALLAH, setiap minggu kita ada BUGEM..."aku mengulangi ayat yang sering kututurkan apabila beberapa adik yang datang meminta pelepasan kerana mempunyai komitmen yang lain.
Selepas halaqah Quran, aku melihat kepada semua yang hadir. Mataku mencari-cari kelibat seseorang. Apabila melihatnya, aku semakin bersemangat. Memang aku mengharapkan kehadirannya.
"Alhamdulillah, kita sudah pun selesai sesi membaca ayat-ayat cinta. Ok, kita teruskan kepada aktiviti kumpulan" aku bersuara kepada yang hadir.
" Sebelum tu, hantar wakil untuk ambil angpau ni" kataku sambil melambai-lambaikan sampul di tanganku.
"Ah, kak su ni..." suara seorang adik menyahut sambil ketawa.
Aku tersenyum.
Aktiviti kumpulan berjalan juga. Walaupun keseluruhan yang hadir seramai 28 orang, berbanding 40 orang pada minggu lepas...
Setelah selesai, aktiviti terakhir ialah nyanyian. Namun, aku membuat sedikit perubahan selaras dengan peristiwa penting hari ini...
"Erm, hari ini, kita tidak akan nyanyi lagu tema, tapi, kita akan nyanyi lagu hari jadi" umumku sambil mataku menatap penuh kasih pada wajahnya.
Kelihatan wajahnya sedikit terkejut.
"Allah, selamatkan kamu...Allah, selamatkan kamu...Allah, selamatkan ama...lina...Allah, selamatkan kamu..." nyanyian berkumandang...
Selesai nyanyian, aku memberinya ruang dan peluang untuk mengucapkan sesuatu...
"Terima kasih kepada BUGEM semua. Memang rasa macam keluarga, BULATAN GEMBIRA ni memang betul-betul gembira. Harapan saya, dengan sokongan ahli BUGEM yang lain, saya akan kuat untuk terus berubah" kulihat matanya berkaca-kaca. Aku menundukkan kepala, menahan perasaan. Sedih, terharu, gembira. Segalanya bercampur aduk.
Aku tahu apa yang dialaminya kerana aku pernah berada di situ. Kerana itu, aku sentiasa memerhatinya dengan bantuan adik-adik BUGEM yang lain.
Semoga Allah merahmati kalian, adik-adikku...
Teruslah menghampiri Allah, kerana Allah sangat dekat. Lebih dekat dari urat leher kita...
P/s: kepada kak yati, maaf, janji tidak tertunai. BUGEM 5 menyaksikan beberapa adik-adik mengingati kata-kata naqibah mereka.
"Kata kak yati, kita mestilah menjadi orang yang berguna kepada orang lain..." tutur kak long.
Ini antara yang masih kuingati.
Semoga Allah terus mengizinkan kita bersatu di dalam ikatan iman dan Islam ini. Hanya yang merasainya akan menghargainya...
With Lots of Love,
Living Here for Hereafter.
Caring. Sharing and Loving.

1 comment:
sya t'tnya2 spa yg kak tggu2 tu??...hehehe..
Post a Comment