"Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Papar"
Mataku menangkap sebaris perkataan di atas pintu masuk sebelum kakiku melangkah masuk. Sebaik kakiku menjejak ke dalam, mataku melilau ke persekitaran. Seorang pegawal yang sudah lama bekerja di sini tersenyum melihatku. Aku tidak pasti sama ada beliau masih mengecam wajahku. Dalam pada itu, udara sejuk "air-conditioner" menyebabkan aku berpeluk tubuh untuk mengadaptasi perubahan suhu yang berbeza dengan di luar tadi. Aku memerhati sekeliling. Banyak yang sudah berubah.
Aku menapak menaiki tangga yang suatu ketika dahulu menjadi rutin harianku selesai waktu persekolahan. Kecintaanku kepada buku menjadi penyebab masaku banyak dihabiskan di tempat ini. Di tempat ini aku menemui ketenangan. Di tempat ini, aku mencipta angan-angan. Di sini juga, aku memasung impian. Seringkali, coretan demi coretan kutuliskan diselang seli dengan lukisan.
"Suatu hari nanti, aku akan menjejakkan kaki ke luar negara " demikian tulisku pada buku catatan.
Membelek-belek gambar dinegara luar, menaikkan semangatku untuk belajar bersungguh-sungguh. Tekadku, aku ingin ke tempat itu. Belajar di Universiti ini. Aku ingin berbaring di timbunan daun coklat yang berguguran. Aku ingin bermain salji yang memutih. Tapi, ternyata takdir menghendaki yang lain.
Aku belajar di Daerah papar selama 11 tahun. Aku hanya melangkah keluar dari daerahku ketika usiaku mencecah 19 tahun 7 bulan untuk menyambung belajar di Daerah Keningau. Ya, suatu tempat yang terletak di tengah-tengah pedalaman Sabah. Seringkali, melalui bukit Kimanis merupakan satu keseronokan bagiku kerana kabus yang menyelubungi sepanjang di bukit itu mengubati keinginanku merasai udara sejuk di bumi Allah yang lain.
Lapangan Terbang, Jakarta, Indonesia.
"Assalamualaikum.." sapa seorang lelaki dalam lingkungan umur 40an ke 50an. Aku melihat senyuman di bibirnya. Walaupun ini kali pertama aku melihatnya, aku merasai suasana yang selesa dan selamat.
"Bu Aishah dan Bu Suratni..?" sapanya lagi. Aku dan Kak Aishah teragak-agak. Kemudian, dia menunjukkan logo dan perkataan Tamyiz. Serta-merta kami berdua tersenyum.
Itulah insan pertama yang kami kenali ketika berada di bumi Indonesia. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Ustaz Zulkifli dan seorang lagi temannya, Ust Nashruddin, yang sedang menunggu di restoran.
"Sudah lama sampai?" tanyanya.
"Iya, ustaz, lebih kurang 30 minit.." aku menjawab.
Ternyata ada sedikit salah faham. Arahan yang kami terima untuk menunggu di Kedai Roti Boy ternyata bukan dari mereka. Mereka juga rupanya menunggu kami di pintu luar lapangan terbang. Baru ku ketahui bahawa lapangan terbang di sini lebih ketat. Bagi penumpang yang akan menaiki pesawat ada pintu masuk yang berlainan dengan mereka yang datang menghantar atau mengambil orang. Itu hanya kuketahui keesokan harinya ketika aku dan Kak Aishah datang ke lapangan terbang buat kali kedua bagi menyambut ketibaan rombongan Sir Zaieddi dan sekalian peserta yang lain.
Perjalanan ke Kota Bogor mengambil masa selama dua jam kerana jalannya yang macet (Sesak). Sepanjang perjalanan, kedua-dua ustaz tersebut ramah menceritakan suasana di jakarta dan pelbagai kisah. Mereka juga bertanya pelbagai perkara berkaitan Malaysia. Ah! ternyata walaupun jarak di peta yang kelihatan amat dekat, masih banyak perkara yang belum diketahui mengenai kedua-dua negara.
Namun, aku tidak mampu bertahan lama kerana keletihan mengangkat barang berpindah di Miri selama tiga hari berturut-turut disambung dengan perjalanan balik ke sabah selama hampir 9 jam menyebabkan aku tenggelam di alam mimpi.
"Su..."kejut Kak Aishah apabila kami sampai ke kota Bogor.
Aku yang separuh sedar menggosok mata melihat sekeliling.
Mereka membantu kami mengangkat barang-barang ke penginapan kami.
Ketibaan kami disambut dengan bentangan banner "Selamat Datang peserta Tamyiz dari Malaysia ke Birrul Walidaini, Bogor". Ah! sampai begitu sekali semangat mereka menyambut ketibaan kami.
Aku melihat jam tanganku menunjukkan pukul 11.30 malam sedangkan di telefon bimbitku baru menunjukkan pukul 10.30 malam.
Aku keliru seketika sebelum dijelaskan oleh Kak Aishah bahawa masa di Indonesia berbeza sejam.
Malam itu kami berkenalan dengan Pak Memet, kepala sekolah yang kurasa kalau disini dikenali sebagai pengetua atau guru besar. Ini kerana Birrul Wilaidaini merupakan sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau juga ditemani oleh Ibu ida, isterinya yang kulihat persis dalam wayang indonesia. Kelembutan dan wajahnya yang keibuan membuatkan rasa selamat.
Kami kemudiannya ditunjukkan tempat penginapan selama seminggu kami di sini. Malam itu kami ditemani oleh dua orang adik manis, yang kemudiannya menjadi teman rapat kami sepanjang di situ. Adik Yuni dan adik Ulfa. Dua orang lagi kutemui adalah adik Dini dan adik Neng yang keesokannya muncul dan membantu membersihkan rumah penginapan kami.
Di sini waktu mataharinya terbit sama dengan Malaysia, namun kerana perbezaan waktu, jam baru menunjukkan pukul 4 pagi ketika azan subuh dikumandangkan.
Sebelum subuh tadi, kami dikejutkan oleh adik Yuni dan Ulfa untuk ke musolla sekolah yang terletak dalam kawasan itu juga. Bersama-sama mereka melangkah ke Musolla terasa seperti bayangan yang terdapat di filem Indonesia menjadi realiti. Menghirup udara subuh yang menyegarkan membuatkan aku begitu bersemangat. Segala keletihan seakan hilang diganti dengan keazaman menghargai setiap detik dan mengaut sebanyak-banyaknya ilmu di bumi yang melahirkan sosok penulis tangan emas, Habiburrahman El Shirazy yang berdakwah melalui novelnya dengan menggabungkan sastera dan agama dan seorang ulama HAMKA dengan Tafsir Al-Azharnya itu. InshaAllah.
Pagi itu, sesudah subuh aku sempat mengikuti kaedah Terjemahan Tamyiz surah AL-Baqarah yang dipimpin oleh seorang Ustaz di sini, yang kemudiannya kukenali sebagai Pak Ukon Bulqoinie. Kemudiaanya, Pak Memet dengan wibawanya menerangkan setiap apa yang telah dipelajari agar aku tidak janggal. Di situlah panggilan Mbak Su aku melekat sehinggalah ke detik ini.
Nikmat pertama yang kurasakan di bumi ini adalah ba'da subuhnya yang lebih panjang berbanding di Malaysia. Betapa besarnya nikmat lapang yang diisi dengan cahaya Al-Quran.
Setelah sesi perkenalan ringkas itu, Ust Zulkifli memaklumkan bahawa kami akan ke lapangan terbang pada pukul 8 pagi untuk menjemput rombongan peserta lain yang bertolak dari lapangan Terbang Kuala Lumpur. Dikhabarkan seramai 16 orang termasuk kanak-kanak.
Waktu yang ada kumanfaatkan untuk meneruskan rutin harianku sesudah subuh. Al-Mathurat dan Yassin. Kami kemudiannya dihidangkan dengan sarapan Nasi goreng yang sedap. Suatu hal yang kusedari di sini, tidak ada sebarang minuman panas yang mengiringi, hanya air mineral putih. Pastinya ini sesuatu yang bagus. Mengurangkan kafein dan melancarkan perjalanan darah.
Aku dan Kak Aishah menikmati sarapan itu sambil bercerita kisah-kisah dan mengambil ibrah...
"Berjalanlah kamu melihat kebesaran Allah...."
"Ya Allah, kurniakanlah kami ilmu memahami mukjizatMu..."
Akan bersambung...

No comments:
Post a Comment