"Kami pergi Lantunan Mahabbah di wisma Muis tu kak.." ujar husna, seorang adik junior memaklumkan.
"Owh..." aku diam.
Ingatanku melayang ke peristiwa itu.
Hatiku ingin sekali menghadiri Lantunan Mahabbah dan melihat sendiri Syeikh Zainul Asri di hadapan mata. Namun, aku telah pun menerima "invitation" seorang adik KRU Papar untuk membantu mereka di Papar. Didorong perasaan rindu dan ingin mengenali mereka lebih dekat, aku membuat keputusan untuk bersama-sama adik-adik ini.
Kuasa Allah.
Apabila menjejakkan kaki ke Masjid Papar, kehadiranku bersama sahabatku, jijie "disambut" dengan program "Kuliah Dhuha Perdana" bersama Syeikh Zainul Asri bersama Kumpulan Darul Hadis. Ketika itu, beliau sedang menerangkan berkaitan sebuah hadis menyentuh soal zuhud.
MasyaAllah! Hanya itu yang mampu kuucapkan. Benar, kadang Allah mengabulkan permintaan kita dengan cara yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran kita. Hebatnya Kuasa Allah. Maha Penyayangnya Allah.
Sweetkan Allah?
Aku membantu setakat yang termampu dan apa yang boleh dibantu. Hari itu, aku banyak belajar dari mereka.. Semangat mereka, Keyakinan mereka, Ketulusan mereka...
Aku juga sempat berkenalan dengan murabbi mereka. Pasangan muda yang membawa anak sulung mereka yang masih bayi ke program ini. Aku dimaklumkan mereka memulakan kelab ini dengan membuat program. Merekalah suami isteri berpanas berhujan mengedarkan flyers ke sana sini. Alhamdulillah. Kini, sudah ada yang membantu mereka dalam kalangan peserta yang pernah mengikuti program mereka sebelum ini.
"Apa yang kaka tersenyum tu?" sapa jijie padaku.
Ketika itu, kami berdua di bahagian atas Masjid Papar, sambil memerhatikan gelagat adik-adik peserta yang sedang melakukan aktiviti senamrobik petang.
"tu..cuba jijie tengok baju t-shirt sekolah kaka dulu..st.Joseph.." jawabku
"Kenapa kak?" mungkin masih belum memahami apa yang ingin kusampaikan.
"Tak..syukurlah jie..akhirnya cahaya Islam dan beramal dengan Islam makin masuk ke setiap sekolah-sekolah di papar ni.." balasku sambil tersenyum.
Kenangan ini masih segar di ingatanku.
Kini, di Miri pun aku dipertemukan dengan pasangan sebegitu.
Kak Rina dan Ust SK.
Ketabahan mereka mengagumkanku...Semoga Allah terus mengurniakan kekuatan buat mereka bagi melahirkan kader-kader dakwah dan memberikan kami peluang menabur bakti di bumi Darul Huna ini..
No comments:
Post a Comment