Assalamualaikum ^_^
Tanyalah pada mana-mana anak gadis, berapa kali mereka mahu
bercinta. Pastinya jawapannya begini:“Kalau boleh nak bercinta sekali,
kemudian terus kahwin dengan orang tu.” Saya tersenyum sinis mendengar
jawapan itu. Indah sekali harapannya. Malah lebih baik jika mula berkenalan,
kahwin dan bercinta selepas pernikahan. Walaubagaimanapun, setiap orang ada
‘dramanya’ tersendiri. Kita boleh mengharap dan bercita-cita tetapi kita tidak
akan pernah tahu apa akan terjadi pada masa hadapan.
Orang yang bercinta selepas kahwin becerita tentang
nikmatnya rasa itu. Halal dan bahagia. Orang yang bercinta pertama kali dan
dapat berkahwin dengan cinta pertama tersenyum gembira hingga ke telinga.
Tetapi tidak semua orang akan bertuah sebegitu. Ada yang sudah mengharungi
beberapa hubungan tetapi masih gagal mendapat si dia yang sesuai. Ada pula yang
tidak pernah mempunyai hubungan kerana ingin menunggu bakal suami tetapi si dia
tidak muncul-muncul dalam hidup.
Saya hanya mampu tersenyum sinis melihat mereka yang
berpangkat adik merungut atau merintih kerana masih tidak mempunyai buah hati
atau masih tidak berjumpa dengan si dia yang dinanti. Kakak-kakak yang lagi tua
bertahun-tahun ini boleh ‘relax’ tetapi adik-adik pula yang bagaikan
cacing kepanasan. Bersabarlah adik-adik. Masanya akan tiba, lebih-lebih lagi
kalian masih muda lagi. Ingatlah di sebalik perkahwinan yang nampak gah dengan
cinta itu, ada ‘berguni-guni’ tanggungjawab yang perlu dipikul. Mungkin kita
masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu, maka Allah lambatkan
kedatangan si dia. Percayalah, cepat atau lambat, ada hikmah yang tidak terduga
di sebaliknya. Allah knows the best.
Walaubagaiamanpun, tidak dinafikan golongan yang berada
dalam lingkungan umur 19- 22 adalah mereka yang merasakan sifat keinginan untuk
mencintai dan dicintai yang tinggi. Rasa itu tidak diundang tetapi tanpa
disedari ia hadir juga. Itu memang normal, saya sudah melalui fasa hidup itu.
Jika ada yang berjaya bertemu dengan si dia dan akhirnya ke jinjang pelamin,
tahniah diucapkan. Semoga berbahagia dan diredhai Allah selalu. Kepada yang
tidak berjaya, jangan bimbaaaang. Umurmu masih muda. Perjalananmu masih
panjang, insya Allah. Si dia akan tiba juga, percayalah. Jangan lupa teruskan
berdoa dan berdoa dan jangan lupa membaiki diri supaya menjadi insan yang lebih
baik daripada diri kita yang sebelum ini.
Kawan Afghanistan saya ada memberi analogi tentang
‘kedatangan si dia’. Dia kata, “Bersabarlah dan terus berdoa. Kamu bagaikan
berada di sebalik pintu menanti kedatangan si dia. Si dia pula sedang berusaha
keras mencari kamu dari pintu ke pintu. Ada masa dia tersilap buka pintu, ada
masa pula pintu kamu berada terlalu jauh, ada masa pula pintu kamu berada dekat
saja tetapi dia terlepas pandang. Oleh itu, gunakan masa pencarian dia dan
penantian kamu itu dengan baik. Itulah masanya kita membina diri untuk bersedia
menghadapi hidup bersama. Apabila masing-masing telah bersedia, Allah akan
lorongkan si dia untuk melihat pintu kamu dan menuju pintu kamu dengan mudah
dan penuh keberkatan. Ketika itu dia akan memberi salam dan membuka pintu dan
kamu akan menyambut kedantangannya dengan ucapan salam dan senyuman yang paling
manis.”
Saya sangat suka dengan analogi itu tetapi saya sempat
bergurau pula dengan mengatakan “Saya tak kunci pintu tu, malah saya dah
siap bukakan sikit gitu, kenapa dia tak nampak-nampak juga?” Hehehe.
Apa-apa pun jangan pernah putus harapan dan teruslah berdoa.
Jodoh setiap insan lain-lain maka janganlah sedih jika jodoh kita tidak secepat
orang lain.
Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan cinta hati saya
ketika menjangkau umur 28 tahun. Walaupun dianggap kahwin lewat bagi sesetengah
orang, saya tidak pernah rasa kesal atau malu. Saya bersyukur kerana berpeluang
mengembara menuntut ilmu sebelum mendirikan rumahtangga. Sesungguhnya Allah
tahu apa yang terbaik buat kita.
Jadi bagi anda yang masih belum bertemu cinta hati, pastinya
anda masih tercari-cari atau menanti ‘hadiah’ daripada Allah kan?
Jika mahu ‘hadiah’ a.k.a soulmate itu, pastikan ada DUIT ye.
D: Doa. Teruslah berdoa untuk jodoh yang terbaik buat diri tanpa rasa jemu. Tiada istilah, “Eh awal lagi/dah terlambat untuk berdoa pasal jodoh ni.” Bukan ke doa itu ‘talian’ kita dengan Allah? Kalau mahu, bersungguh-sungguhlah ‘chat’ dengan Allah.
Jika mahu ‘hadiah’ a.k.a soulmate itu, pastikan ada DUIT ye.
D: Doa. Teruslah berdoa untuk jodoh yang terbaik buat diri tanpa rasa jemu. Tiada istilah, “Eh awal lagi/dah terlambat untuk berdoa pasal jodoh ni.” Bukan ke doa itu ‘talian’ kita dengan Allah? Kalau mahu, bersungguh-sungguhlah ‘chat’ dengan Allah.
U: Usaha. Usahalah mencari, jangan nak
tunggu ‘bulan jatuh ke riba.’ Di mana nak jumpa calon yang baik? Selalunya di
tempat yang banyak tenaga postitif la kan? Jadi usahalah dengan bergaul
dengan orang baik, ikut majlis-majlis ilmu, dan sebagainya. Terus berusaha,
jangan putus asa. Chaiyok! Fighting!
I: Iman. Sambil dok mencari tu, iman
perlu dipertingkatkan. Jangan la pula teringin yang baik-baik tetapi diri
sendiri tidak ada usaha untuk menjadi lebih baik. Allah kan dah janji lelaki
yang baik untuk wanita yang baik? Maka berusahalah untuk ‘upgrade’ iman dalam
tempoh pencarian jodoh.
T: Tawakal. Apabila dah usaha dan
doa, jangan lupa bertawakal. Ingatlah bahawa Allah saja yang tahu
apa/siapa/bila/bagaimana/di mana yang terbaik untuk kita. Jangan jadi ‘desperate‘
dan mula nak menyalahkan takdir sebagainya. Seperti yang saya selalu
kata,”Sabar…prince charming awk cari awak naik keldai putih, bukan
kuda putih. Sebab tulah terlambat sikit. Hehe~”
Thumbs up cahaya-pemimpin for this uber cute
illustration.
Selamat berjuang buat mereka yang sedang mencari! <3 p="">
3>
Dipetik dari : https://upfiruz.wordpress.com/2014/11/23/tips-memburu-cinta/
No comments:
Post a Comment