![]() |
| "Aku sayang kamu kerana Allah..." kata budak ni. Sweet tak dorang? |
"Kenapa ni?" sahabatku menepuk bahuku.
"Rasa bersalah..."aku menjawab pendek
"Hurm..."aku tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan. Perasaan itu kian mencengkam di kalbu. Sememangnya amanah ini perlu ditunaikan dengan segera. Namun, setiap kali aku melihat skrin laptop, fikiranku menjadi kosong. Artikel yang sepatutnya disiapkan minggu lepas telah melepasi tarikh hantarnya.
Hampa.
Apa yang sebenarnya terjadi? Aku melihat kembali ke dalam diri...
"Ya Allah, tunjukkanlah yang hak itu hak, yang batil itu batil..."
Bismillah. Aku menyelak kembali catatan diari yang jujur menceritakan segalanya. Air mata jatuh menitik. Sekiranya pemadam untuk memadamkan memori dan ingatan ada dijual, pastilah aku orang pertama yang akan mendapatkannya. Betapa beruntungnya sahabat-sahabatku yang masih dan sentiasa dipelihara Allah.
Aku meneruskan pembacaan. Benarlah, seandainya bukan kerana kasih sayang Allah yang menutupkan keaiban kita pasti sahaja tidak ada yang "cantik" pada diri kita. Buruk kesemuanya.
Menuruti hawa nafsu memang indah, memang seronok, namun, pertukarannya, rasa manis dalam melaksanakan ketaatan itu ditarik. Andai bukan kerana seorang sahabat yang dihantarkan Allah untuk menegur, aku tidak akan menyedarinya...
Ketika dia menyatakan sejujurnya, aku tidak memberikan sebarang respon. Namun, ketahuilah sahabat...hati ini menangis. Malu pada Allah yang mengetahui segalanya. Malah, untuk bersahabat denganmu pun aku terasa malu.
"Orang yang beriman itu, dosa kecil sekalipun akan dianggapnya seperti gunung. Sedangkan orang kafir, dosa besar umpama seekor lalat yang boleh ditepis dengan tangannya..." kata-kata yang dituturkan oleh sahabatku ini menusuk jauh ke dalam hati.
Refleksi kembali...
Ketika seorang sahabat terasa hati dengan tingkah laku dan tindakan kita, rasa bersalah pasti akan hadir menggoncang ketenangan yang bermukim di sudut hati. Ah! semuanya terasa hambar. Tumpuan kita akan berfokus untuk menyelesaikan kemelut yang melanda.
Itu seandainya sahabat kita seorang...Bagaimana sekiranya ramai? Dan setiap satunya mempunyai peribadi yang memerlukan kita menjelaskan segala-galanya atas apa yang berlaku...Pastinya kita akan terperangkap dalam perasaan sendiri. Lantas memilih untuk meninggalkan persahabatan tersebut...
Jangan bertindak terburu-buru...
Kita kembali semula kepada Al-Quran dan Sunnah...
Kemudian, kita melihat sirah bagaimana Baginda sendiri sangat dicintai oleh para sahabat. Ya, mngkin ada yang menyatakan "Itu nabi...". Namun, Bagindalah contoh terbaik kita. Apa yang baginda lakukan boleh dicontohi. Kerana itulah tujuan baginda diutuskan. "Untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.." Iya, rupa yang indah bukan menjadi kayu ukuran baginda untuk menjadi sahabatnya. Bukan juga ilmu pengetahuan. Bukan juga kegagahan. Setiap sahabat baginda mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing namun tetap istimewa di hati baginda.
Bagaimana pula menangani sahabat yang mudah terasa hati?
Tersenyumlah. Jangan putus asa untuk memenangi hatinya. Terimalah sahabatmu apa adanya...Bantulah dia untuk mempertingkatkan dirinya. Apa yang paling penting, doakanlah dia setiap masa dan ketika..
Kita semua milik Allah. Jangan pernah merasa kita dimiliki dan memiliki. Segalanya adalah pinjaman semata-mata...
Nilai sebuah ukhuwah terlalu tinggi. Kerana itu, jagalah ia dan suburilah ianya dengan selalu mengadu padaNya..
Refleksi kembali...
Ketika seorang sahabat terasa hati dengan tingkah laku dan tindakan kita, rasa bersalah pasti akan hadir menggoncang ketenangan yang bermukim di sudut hati. Ah! semuanya terasa hambar. Tumpuan kita akan berfokus untuk menyelesaikan kemelut yang melanda.
Itu seandainya sahabat kita seorang...Bagaimana sekiranya ramai? Dan setiap satunya mempunyai peribadi yang memerlukan kita menjelaskan segala-galanya atas apa yang berlaku...Pastinya kita akan terperangkap dalam perasaan sendiri. Lantas memilih untuk meninggalkan persahabatan tersebut...
Jangan bertindak terburu-buru...
Kita kembali semula kepada Al-Quran dan Sunnah...
Kita melihat dalam al-Quran sendiri menyatakan bahawa hati orang yang beriman ini disatukan oleh Allah Subahanahu Wa Ta'ala. "Cinta akan hadir dengan hadirnya sebab" demikian kata ulama Ibnu Qayyim Al Jauziyah. Maka, jadikanlah Allah sebagai sebab kita mencintai dan menyayangi sahabat kita..Hanya Allah sahaja yang akan kekal selamanya. Andai kita bersahabat kerana sifat riangnya, apa yang akan berlaku andai riangnya hilang? Tegakah kita meninggalkannya? Andai kita bersahabat kerana ilmunya, bagaimana andai dia ditakdirkan menjadi "bodoh" dan diperbodohkan?
Kemudian, kita melihat sirah bagaimana Baginda sendiri sangat dicintai oleh para sahabat. Ya, mngkin ada yang menyatakan "Itu nabi...". Namun, Bagindalah contoh terbaik kita. Apa yang baginda lakukan boleh dicontohi. Kerana itulah tujuan baginda diutuskan. "Untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.." Iya, rupa yang indah bukan menjadi kayu ukuran baginda untuk menjadi sahabatnya. Bukan juga ilmu pengetahuan. Bukan juga kegagahan. Setiap sahabat baginda mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing namun tetap istimewa di hati baginda.
Bagaimana pula menangani sahabat yang mudah terasa hati?
Tersenyumlah. Jangan putus asa untuk memenangi hatinya. Terimalah sahabatmu apa adanya...Bantulah dia untuk mempertingkatkan dirinya. Apa yang paling penting, doakanlah dia setiap masa dan ketika..
Kita semua milik Allah. Jangan pernah merasa kita dimiliki dan memiliki. Segalanya adalah pinjaman semata-mata...
![]() |
| Andai kau tidak bertemu dengan sesiapa untuk menjadi sahabat, jadilah sahabat untuk dirimu sendiri. |


No comments:
Post a Comment