"Astagfirullahal azim..." hanya itu yang mampu kusuarakan.
Segala kepenatan berkejar-kejar tadi sambil mengangkat barang tadi belum hilang. Kini, ujian lain pula muncul. Aku menarik nafas panjang untuk meredakan segala rasa gemuruh di hati.
Aku menoleh ke arah sahabat semusafirku. Dia juga bingung dan resah. Aku menguatkan hatiku semula. Aku merasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini memandangkan beliau baru pertama kali menjejakkan kaki ke sini.
"Dilla, tolong Call dia semula. Sebagai persediaan kalau tidak dapat tiket balik hari ini" aku meninggalkannya dengan pesanan sambil bergerak ke kaunter yang diarahkan.
Hampir 10 minit aku berpusing-pusing kerana "TERSALAH TANYA" orang. Pada mulanya, aku diarahkan untuk ke Counter Service, namun kerana tidak jelas, aku bertanya pula dengan seorang petugas lain di situ. Petugas tersebut mengarahkan aku ke kaunter membeli tiket. Apabila sampai, aku diarahkan semula ke kaunter R56-58. Aku semakin memperbanyakkan istighfar.
Apabila sampai, aku diuji lagi dengan penantian yang amat lama sehingga orang di sebelahku merungut..
"For one customer, they took a very long time..Haisy!"
Aku menoleh. Tersenyum untuk meredakan emosinya.
"What happened sir?" aku memulakan bicara. Walaupun agak risau dengan bahasa keduaku ini, namun, aku juga memerlukan teman berbicara di saat ini. Tanpa disedari, masa berlalu dengan pantas dan aku belajar sesuatu dengan beliau...
"Be confident in yorself"
Kata-katanya ini mengingatkan aku terhadap ungkapan Ust. Muhamad Syaari Abd. Rahman, dalam slot pengendalian Usrah berkesan "Sebenarnya masalah pemuda pemudi masa kini ialah keyakinan diri. Bagi Ustaz, keyakinan itu akan ada andai kita yakin dengan Allah..."
Apabila sampai giliran, baru aku menyedari wang tunai dalam dompetku hanya sekitar RM 100. Sekali lagi, aku keluar dari kawasan tersebut dan menuju ke arah sahabat semusafirku. Menjelaskan segalanya seringkas yang mungkin. Sahabat yang menghantar kami juga sudah terpacak di situ. Aku merasa kasihan melihatnya kerana keadaan kesihatannya. Namun, hanya dia sahaja yang dapat kami hubungi buat masa kini. Mujur dia belum bertolak balik selepas menghantar tadi.
Pencarian mesin ATM juga mengambil masa yang agak lama kerana tersalah jalan. Mujur dia mencadangkan untuk bertanya dengan orang terdekat. Akhirnya kami berpatah balik. Tidak setakat itu, mesin ATM yang bersusun di situ tidak kesemuanya boleh digunakan. Ketika itu, aku hanya mampu berdoa agar ada yang akan dapat mengeluarkan duit.
Apabila selesai segalanya, aku kembali ke tempat sahabatku...
"Alhamdulillah, Settle. Flight pukul 3.05 petang. So, Kita kena masuk sekarang..." aku memberi arahan.
Aku terhenti seketika apabila tidak mendapat respon.
"Dilla Ok...?"perasaan khuatir menjelma.
"Eh, mana dia?" aku baru menyedari kehilangan sahabat baru kami.
"Dia p solat tadi masa akak di kaunter..."
Aku mengangguk.
"Takpala, kita mesej jak dia..."
Tiba-tiba kelibatnya muncul bersama segaris senyuman.
"Semoga Allah membalas jasamu, sahabat.."
Selepas memberi salam, kami memasuki gerbang pintu pelepasan buat kali kedua. Apabila melihat tiket, aku bersuara..
"Dilla, kita dapat HOT SEAT, hehe"
"Apa tu, kak?"
"Tempat duduk yang panas" aku menjawab sambil tersenyum simpul.
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan secebis perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"
(Surah Al-Baqarah:ayat 155)
Segala ilmu dan pengalaman yang dikutip sepanjang musafirku, ditutup dengan satu insiden yang cukup mengajarku akan erti sebenar UKHUWAH ISLAMIYYAH...
No comments:
Post a Comment