![]() |
| Alam sekitar yang indah untuk merentas desa (Kundasang..) |
Ketika itu, kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi tugas memandangkan kumpulanku mendapat bahagian buku program.
‘Enti? aku bertanya semula.
Tahun ini, sebagai pengelola kami mendapat keistimewaan untuk tidak turut
serta tanpa disyaki. Pada mulanya, aku ingin bersara tapi apabila mendapat arahan dari Ketua kelas agar sesiapa yang tidak mempunyai tugas, mesti turut serta, aku memutuskan untuk sekadar berjalan bagi merehatkan minda. Namun, entah macam mana kakiku
terdorong untuk berlari…
Ah! kebiasaan yang tidak boleh dibuang...
Disebabkan tidak membuat persediaan iaitu memanaskan badan, akibatnya, aku semput ketika. Di pertengahannya, kakiku "cramp"..sehinggakan aku hanya mampu berjalan untuk menamatkan aktiviti ini.
"Inilah akibatnya kalau lari tak stretching (persediaan)" marahku pada diri sendiri.
Dalam dakwah, kita juga memerlukan persediaan.
Apabila memasuki gerbang IP dan melihat kelibat-kelibat petugas...
“Kak, ada masa lagi ni…..boleh dapat point” Seorang sahabat memujuk apabila melihat aku ingin keluar dari trek larian ke garisan penamat. Point tersebut akan menjadi sumbangan kepada rumah sukan untuk menentukan piala pusingan.
Ah! kebiasaan yang tidak boleh dibuang...
Disebabkan tidak membuat persediaan iaitu memanaskan badan, akibatnya, aku semput ketika. Di pertengahannya, kakiku "cramp"..sehinggakan aku hanya mampu berjalan untuk menamatkan aktiviti ini.
"Inilah akibatnya kalau lari tak stretching (persediaan)" marahku pada diri sendiri.
Dalam dakwah, kita juga memerlukan persediaan.
“Sesungguhnya bekalan berupa iman dan takwa kepada Allah
akan menerbitkan mata-mata air kebaikan dalam diri, melahirkan tenaga serta
menajamkan lagi semangat dan keazaman. Sesungguhnya keperluan utama kita di
sepanjang jalan dakwah ialah perasaan kebersamaan dengan Allah S.W.T dalam
setiap langkah yang diatur dan dalam setiap gerak dan diam.”
(Mustafa Masyhur- Bekalan di jalan Dakwah)
“Wah, kak su!..kak su!..” sorakan daripada kawan2 membuatkan
aku merasa serba salah untuk meneruskan larian. Menjadi tumpuan menyebabkan aku serba tidak kena.
“Kak, ada masa lagi ni…..boleh dapat point” Seorang sahabat memujuk apabila melihat aku ingin keluar dari trek larian ke garisan penamat. Point tersebut akan menjadi sumbangan kepada rumah sukan untuk menentukan piala pusingan.
Ya, tak dapat nombor pun tak pa la. Yang penting dapat menyumbang. Penyumbang untuk menambahkan point
kepada rumah sukan. Sekurang-kurangnya kita bermanfaat buat orang lain, kan?
Dalam dakwah pula, kita tidak boleh memisahkan diri daripada
rantaian dakwah. Hakikatnya, kita bukan pemula dan bukan juga pengakhir. Kita tidak boleh
berputus asa andai dakwah yang dibawa tidak diterima kerana perubahan yang sebenar tidak berlaku dalam tempoh yang
singkat.
Apabila melihat ranking yang kuperolehi, 37…Jujurnya, ada juga
perasaan kesal menerpa. Adat dalam pertandingan. Tidak ada sesiapa pun yang suka
dengan kekalahan. Oleh itu, pakar motivasi telah menukarkan "kekalahan"
tersebut sebagai "kemenangan tertangguh" agar motivasi tidak jatuh.
Ketika merehatkan diri seusai larian, telingaku menangkap perbualan adik-adik junior...
"Susah juga kalau berlari sama-sama kawan, terikat..."
“Iya, kalau kita berkawan, kita akan serba salah untuk tinggalkan…”seorang menyambut.
“Iya, kalau kita berkawan, kita akan serba salah untuk tinggalkan…”seorang menyambut.
“Tapi, kalau dia kuat, dia akan mampu menguatkan..”dia menambah.
Inilah beza antara sukan dan dunia dakwah. Dalam dakwah, sama ada sahabat kita hebat atau tidak, bukan menjadi soal kerana hubungan kita dengannya atas dasar yang kukuh iaitu keimanan kepada Allah. Dalam dawah juga, andai kita meninggalkan mereka, natijahnya bukan di sini tapi di akhirat...
"Rumah Hijau pertama kali menang tahun ini...petanda?"

1 comment:
~~ANTANOM~~ ^_^ hihihi
ukwhah krn ALLAH,,,
Post a Comment