Wednesday, February 20, 2013

Salam Kasih Kembara (part 2)

"Su, buat bha aktiviti malam ni. Kan last sudah korang..."bicara tuan rumah.

Aku menganggukkan kepala. InsyaAllah, kak...

Ketika itu kami dalam perjalanan balik daripada "meneroka Beaufort". Perjalanan terasa mendamaikan jiwa apabila dapat berbicara hal-hal yang dapat membuatkan hati kembali mengingati-Nya untuk mensyukuri segala nikmat yang diperolehi..

"....Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram..."
 (Surah Ar-Ra'd: ayat 28)
Bermula daripada perkongsian berkaitan diri masing-masing sehinggalah kepada permasalahan yang dihadapi. Segalanya akan mudah andai disandarkan kepada cinta Allah dan Rasulullah S.A.W. Aku teringat kembali apa yang dikongsikan dalam Daurah yang kuhadiri 3 hari yang lepas...

"Para sahabat, mereka tidak mahsyur kerana ilmu, tapi kerana cinta Allah dan Rasul utusan-Nya. Bagaimana cinta itu membuatkan mereka membuktikan keimanan mereka dengan ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Jadi, nak pupuk cinta tidak cukup dengan hanya sekadar menadah kitab tapi dengan mengikuti jalan yang telah ditempuhi oleh mereka. Itulah bukti cinta yang sebenar. Dunia teori tidak pernah sama dengan dunia amal. Ketika di medan, kita akan diuji dari segenap aspek sehinggalah hati kita BULAT hanya untuk Allah dan Rasul utusan-Nya" Abi Razali.


Menziarahi sahabat-sahabat seperjuangan yang jauh terpisah di mata tapi dekat dihati umpama menghiasi hati dengan keindahan ukhuwah yang didasari keimanan kepada-Nya.

Selepas solat Isyak, kami duduk mengelilingi Sate Sipitang bersama ketupat...

"Eh, kak, jangan potong ketupat tu...kita nak tengok cara potongan setiap orang.." seorang sahabat bersuara.

"Hah, cara potong?" aku terkejut. Pertama kali mendengarnya.

"Iya, mari kita tengok..." katanya.

Benar. Kaedah memotong berbeza-beza. Aku tersenyum.

"Wah!Tak sangka makan sate tersebut pun aku boleh dapat ilmu baru" sampuk seseorang...

Setelah itu,

Bagi memenuhi permintaan tuan rumah, aku mengumpulkan semua sahabat di ruangan tengah penginapan kami.

Selepas melakukan "Set Induksi (bagi bakal guru, harap maklum), aku bersuara,

"Ok, sahabat-sahabat, memandangkan ini merupakan malam terakhir daripada ziarah kita, maka, antum semua diminta untuk memikirkan dan mengingati kembali sekurang-kurangnya 3 peristiwa yang telah dilalui sejak dari bertolak sehinggalah sampai ke sini...peristiwa yang menarik untuk dikongsikan. Tak kisah pahit ke manis...Ok, antum diberi masa selama 5 minit bermula sekarang..."

"Saya tidak diizinkan oleh ayah pada mulanya sebab seorang sahabat tak ikut. Lepastu ayah cakap, kat sini ada lanun, hehe..."

Ketawa berderai. 

"Saya pun hampir tak dapat sebab bapa saya sakit belakang, tak dapat drive...jadi, kasihan dengan dorang. Terasa berat hati nak pergi. Mujur, mama saya yang membenarkan dan mendorong..."

Suasana sayu.

"Saya ada sikit trauma sebab pernah juga terjadi kes macam ni dulu. Takut bapa marah. Tapi, mujurlah hari tu bapa sibuk sehingga dia lupa..."

Kami terdiam mendengarnya.

"Memang cabaranlah nak datang sini. Tak dapat melelapkan mata. Seram bila tengok gaung kat tepi jalan. Dahla tu, kite duduk kat tepi tingkap...Allah..."

Kami menekur lantai. Membayangkan situasinya...sambil terus mendengar.

"Saya pula banyak sangat yang mencabar. Bayangkanlah duduk dalam Wagen seorang jak perempuan. Lepas tu jumpa lagi dengan "Orang Pelik" yang mengaku dirinya beragama KrislamPir...Kristian, Islam dan Kafir..Lepastu, bas lagi lambat sampai sebab tukar tayar. Allah..."

"Eh, bukan Kafir tu, anu ka..." namun tidak diteruskan.

Semua berpandangan. Masing-masing mengerti.

Setelah mendengar segala perkongsian kisah masing-masing...

"Ok, kesimpulannya..." aku baru hendak bersuara tapi dipotong.

"Eh, kak su pun kena kongsi juga...mana aci..." kata sahabatku ini.

"Hehe..takpalah.." aku cuba mengelak.

"takda2, semua kena juga...baru adil...kesimpulan biar tuan rumah yang buat..."putusnya.

Semua mengapi-apikan...Akhirnya aku mengalah.

"Terharu. Tak tahulah macam mana nak cerita. Banyak yang berlaku sejak dari mula cuti sampailah dah nak habis cuti ni. Semuanya buat akak berfikir..."

Apabila kak Yati selaku tuan rumah berbicara, keterharuan tidak terbendung. Ada yang menitiskan air mata.
"Kak tak sangkalah begitu banyak cerita untuk ziarah ke rumah akak ni. Ini yang kak mesti  share dengan mama kaka ni. Kak teringat semula, dulu bila mau Join program, mesti rasa serba-salah. Yela, kesian dengan mama kakak. Bagi kakak, tak tahu kesempatan ni sampai bila Allah berikan. Sebab tu kaka nak luang masa sebanyak-banyaknya. Tapi, ada yang menguatkan akak, iaitu janji Allah. Jadi, kakak cakap dengan diri kakak "biarlah kita berpisah sekejap di dunia ini, untuk bersama-sama yang lebih lama di akhirat..."

Perjalanan musafir mencari ilmu selama seminggu ini rupa-rupanya ditutup dengan sebuah perkongsian yang amat menyentuh hati....

Memetik kata-kata seorang sahabat, "Hikmah sentiasa ada buat orang yang berfikir..."

No comments: