Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Suatu ketika dahulu, seorang hamba Allah terpinga-pinga. Muncul di kepalanya..
"Siapa aku?" soalan pertama apabila melihat kitaran hidup yang seakan-akan hilang makna. Adakah hidup ini hanya seputar pada makan, minum, "membuang", tidur, lagak seekor haiwan... Dia yakin dirinya mempunyai suatu kelebihan daripada haiwan-haiwan tersebut...
"Mengapa aku ada di dunia ini?"
"Untuk apa aku di dunia ini...?"
Persoalan itu tidak pernah disuarakan kerana khuatir orang di sekelilingnya akan mentertawakannya. GILA. Mungkin itulah yang akan dikatakan terhadap dirinya...
"Hei, untuk apa fikir banyak-banyak?" sergah seseorang.
"Hidup hanya sekali, enjoylah puas-puas..." tambah seseorang lagi.
Namun, fitrahnya yang masih hidup membuatkannya tidak hanya berserah semata-mata. Ketika melihat langit, betapa sempurnanya ciptaan...apatah lagi bila dibandingkan dengan binaan atap-atap yang sentiasa akan bocor...
Ketika melihat hamparan bumi, gunung-ganang...segenap rasa tenang menyelubungi hati...
Kemudian, dia merenung ke dalam dirinya... Betapa telitinya sang pencipta. Sesuatu yang hebat seperti ini mustahil diciptakan sekadar untuk disia-siakan...
Dia menggunakan segenap kekuatan yang ada ada dirinya. Walaupun banyak yang harus dikorbankan...
Akhirnya dia bertemu dengan kebenaran...
Disaat itulah dia tersungkur bersujud...
Kemudian, dia melangkah ke hadapan berdasarkan "perasaan"nya untuk berkongsi dengan sekalian manusia bahawa nikmat ini harus dirasai oleh semua..
Tapi, melangkah tanpa persiapan hanya membuahkan luka-luka kesakitan. Tidak cukup dengan itu, lukanya diperah lagi dengan perahan air limau berbau sindiran dan ejekan...
Sehingga dia terpaksa berundur semula. Bukan untuk berhenti tapi untuk melihat lebih jauh...Sehingga dia melihat sinar cahaya yang terang benderang...
Ternyata, usahanya tidak pernah sia-sia...Benar. Allah akan sentiasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang berusaha untuk mencari jalan mendekatiNya...
Di sebalik semua itu, dia belajar, manusia ini diciptakan berperingkat-peringkat. Jangan terburu-buru...
Di sebalik semua itu, dia belajar, manusia ini boleh menjadi sebaik malaikat atau lebih teruk dari haiwan andai mereka tahu..
Di sisi Tuhan,
Takwa menjadi ukuran..
juga iman yang terbit dari ilmu dan amal...
Manusia itu akan menjadi Insan yang dibanggakan oleh Tuhannya di hadapan Malaikat andai FAHAM dan IKHLAS...
Itulah yang dia pelajari...
Harga yang perlu dibayar adalah mengorbankan segenap jiwa, perasaan, harta dan masa...
Kerana dia yakin akan jawapan mengenai persoalan-persoalan yang ditemuinya itu terbukti di AKHIRAT kelak...
"Kami mencari REDHAMU, YA ALLAH"
Teguhkanlah kami untuk menghadapi segalanya ini...
Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang yang Engkau murkai, bukan juga jalan mereka yang sesat. Ya Allah, janganlah engkau biarkan kami menentukan hidup kami sendiri walau dengan kadar sekelip mata sekalipun...Allahuma Amin...

No comments:
Post a Comment