"Kita teruskan dengan adik usrah
masing-masing tanpa sebarang rombakan. Cuma, pengisian naqibah pelu
dimantapkan." cadang seorang sahabat.
Kesemua yang lain mengangguk-angguk. Aku juga
menyetujui hal ini. Kebanyakan kami memang kurang ilmu dan pengalaman.
"InsyaAllah...erm, cadangan lain?" aku
bertanya.
Masalah demi masalah diluahkan. Cadangan demi
cadangan dilontarkan. Diakhirnya, walaupun tidak semua masalah dapat
diselesaikan, kerana belum diketahui kesudahannya, tapi satu kelegaan terbit di
relung hati. Ya, sesungguhnya Allah jua yang menyatukan hati-hati orang yang
beriman. Segala perancangan akan diusahakan untuk dilaksanakan namun tawakal
kepada-Nya adalah keutamaan...
"Dan milik Allahlah apa yang ada di langit
dan apa yang ada di bumi, dan hanya kepada Allah segala urusan
dikembalikan" (Surah Aali Imran: ayat 109)
Itu merupakan permulaan kepada Program Atas Nama Cinta yang pertama bagi
semester ini...
Kisahnya bermula...
Berkumpul di Blok kediaman tepat pukul 2 petang. Bagi yang tiba lewat, denda
menanti. Setiap 1 minit yang terbuang dikehendaki
beristighfar sebanyak 100 kali. Ianya untuk mendidik hati agar lebih
berdisiplin. Kami memulakan perjalanan dengan doa dan tawakal. Walaupun hanya berjalan kaki di samping perlu membawa barang-barang dan peralatan
untuk sepanjang program tersebut ke pintu utama IP kesemuanya kelihatan bersemangat. Di situ, kami menanti bas untuk
pergi ke destinasi yang pertama, Pekan Keningau.
Sepanjang perjalanan, semuanya sibuk menghafal surah Al-Muddatstsir bermula
dari ayat 1 hingga ayat 7. Sesampainya di pekan, setiap kumpulan perlu
menyelesaikan tugasan pertama iaitu membeli barang-barang keperluan untuk
makanan. Kemudian, mendapat perkhabaran dari seorang ukhti mengenai tawaran seorang
pemandu bas Durok yang membawa mereka untuk menghantar ke destinasi kedua kami.
Mungkin kelihatan agak jelas keadaan kami yang kesemuanya seperti ingin mendaki
gunung dengan beg galas di bahu masing-masing dan berpakaian sukan lengkap.
Alhamdulillah. Allah permudahkan...
Sebaik kaki menjejakkan di Kg. Pamilan, Tenom, serta-merta kenangan
Tahun 2011 menjelma. Di sinilah segalanya bermula…
Jadual imam dan bilal (iqamat) yang disusun oleh ukhti Ida dipatuhi oleh
semua. Selesai bacaan mathurat, setiap kumpulan melaksanakan tugas
masing-masing.
“Kak, jom p tengok trek untuk esok” tuan rumah iaitu ukhti gg, mengingatkan aku
mengenai tugas yang perlu diselesaikan sebelum matahari terbenam.
MasyaAllah. Melihat keindahan alam sekeliling menyejukkan hati dan fikiranku...
“Mak cik, mungkin ndak pernah orang pergi turun naik bukit pakai kain, kita jak
kan…”aku mengusik ibu ukhti gg yang teringin untuk menemani kami.
Beliau tergelak.
Disebabkan bukit yang agak curam dan laluan yang jarang dilalui, kami
mengambil masa hampir sejam untuk balik semula ke tapak program.
Apabila melihat kelibat sahabiah yang seronok mengutip buah-buahan, aku
tersenyum.
“Esok kita mandi sungai…”aku memaklumkan kepada mereka.
Terpancar keriangan di wajah mereka.
“Tapi, jauh juga kena jalan, pastu bukit pun curam. Kalau hujan malam ni, jalan licin tu..” aku menyambung. Serta-merta riak risau hadir
di wajah mereka.
Kemudian beralih kepada yang lain.
"Makan malam dah ready?" aku bertanya kepada seorang sahabat yang menjadi ketua bahagian masakan. Beliau mengangguk sambil mulut masih menggulum buah "Mata Kucing Tahiland" yang dijolok oleh ayah ukhti gigie.
"Makan malam dah ready?" aku bertanya kepada seorang sahabat yang menjadi ketua bahagian masakan. Beliau mengangguk sambil mulut masih menggulum buah "Mata Kucing Tahiland" yang dijolok oleh ayah ukhti gigie.
“Ok, kita makan malam dulu sebelum solat Maghrib berjemaah dan pembentangan.
InsyaAllah, Kak Ani akan membuat pengisian selepas tu…”
Malam itu kurasa jiwaku yang sudah semakin surut momentum di cas semula.
Ukhuwah yang terjalin terasa manisnya walaupun masing-masing punyai perbezaan yang amat ketara. Memahami setiap personaliti yang berada di sekelilingku membuatkan masa yang berjalan tidak terasa... Ah! setiap satunya
punyai sisi istimewa masing-masing.
Malam itu ditutup dengan pengisian oleh Kak Ani yang membuka minda, mencelikkan
hati dan menaikkan semangat semua.
"Kita hidup bukan untuk merancang kehidupan tapi kita hidup untuk merancang bagaimana kematian kita..." MasyaAllah. Kata-kata yang diungkapkan oleh kak Ani yang dipetik dari ucapan seorang murabbi tahun lalu, menyebabkan mata terasa berpasir...
Diakhirnya, dek penangan naik turun bukit petang tadi, aku tidak memerlukan masa yang lama untuk hanyut ke alam mimpi...
"Dengan Nama Allah, aku hidup dan aku mati" Maha Suci Allah yang menjadikan malam sebagai waktu untuk beristirehat.
"Kita hidup bukan untuk merancang kehidupan tapi kita hidup untuk merancang bagaimana kematian kita..." MasyaAllah. Kata-kata yang diungkapkan oleh kak Ani yang dipetik dari ucapan seorang murabbi tahun lalu, menyebabkan mata terasa berpasir...
Diakhirnya, dek penangan naik turun bukit petang tadi, aku tidak memerlukan masa yang lama untuk hanyut ke alam mimpi...
"Dengan Nama Allah, aku hidup dan aku mati" Maha Suci Allah yang menjadikan malam sebagai waktu untuk beristirehat.
Keesokannya, berimamkan seorang akhawat semasa qiyam menyegarkan jiwa. Selepas bacaan mathurat, kami menyambung kembali kuliah perbincangan yang tergendala semalam. Kemudian, sarapan yang dimasak oleh ibu ukhti gg, bubur ayam menyebabkan kami semua menjilat sudu...ditambah lagi cucur cempedak kak ani dan kopi tenom...Taaruf berjalan dengan santainya...
"Deebak!" Kata ukhti hanisah...
Ekspedisi menakluki sungai hanya dapat dimulakan pada pukul 9 pagi atas
beberapa kekangan. Antaranya adalah faktor cuaca. Walaupun telah melaluinya
kelmarin, tapi, beberapa kali juga kami tersesat jalan. Namun, deruan sungai
menguatkan semangatku untuk cepat sampai ke destinasi.
"Tidak ada ukhuwah tanpa iman, dan tidak sempurna iman tanpa ukhuwah..." Kepada Allah orang-orang yang beriman bertawakal..

2 comments:
As salam..
Alhamdulillah, walaupn tidak bersama dengan kamu semua, kakak dapat rasakan kegembiraannya..
Betapa bersyukur d temukan dengan kamu semua. sempat merasa ukhuwah walau sekelumit cuma..
teruskan perjuangan. sokongan dan semangat tetap bersama kamu..
Allahuakbar!
Wasalam...sayang akak!
Pasni sasaran adalah rumah akak pula..boleh? hehe..
Post a Comment