"Ustaz, janganlah pindah. Kami saayaaaaang kat ustaz.." tulisan salah seorang pelatih yang membawa suasana gamat semasa sesi slot "tanyalah ustaz, setiap hari khamis (Bina Insan Guru) malam tadi.
"Awak, pindah-pindah ini adalah sebahagian dari kehidupan para ulama terkemuka. Jika lihat kehidupan Imam Syafie sendiri, beliau juga mengembara untuk menuntut ilmu" demikian antara butir penerangan yang sempat kutangkap melalui cuping telingaku.
Kata-kata ustaz ini mengingatkan aku kembali akan sebuah kata-kata yang pernah diungkapkan oleh seorang sahabatku, semoga Allah merahmatinya.
"Sejak saya kecil, saya mempunyai impian untuk mengembara ke seluruh dunia. Namun, selepas saya mendapat tarbiyah di IPG ni, impian tersebut bertukar sedikit. Saya ingin mengembara ke seluruh dunia dan berjumpa dengan orang-orang baik. Alhamdulillah, melalui program-program seperti ini, saya merasainya.
Aku merasa kagum dengan beliau yang sangat gigih mengejar impiannya. Bagiku, seorang yang bersemangat waja pasti mempunyai sebuah impian besar yang ingin dicapainya.
La hawla quwata Illa billah.
Semoga Allah merahmati kita semua. Carilah kekuatan dari dalam diri.
No comments:
Post a Comment