Sunday, July 20, 2014

Kem Cinta Islam (KCI) siri 2


"Kak, macam mana kamu boleh tahan dengan kami dulu, ar...memang boleh tahan juga la dugaan urus kem ini.." luah seorang adik yang menjadi Ajk bagi Kem Cinta Islam siri 2 tahun 2014 ini.

Soalannya menyebabkan aku senyap. Hanya tanganku yang bergerak menyuap makanan yang disediakan adik2 Ajk Makanan, untuk Iftar ini. Sambil mengunyah makanan, fikiranku menerawang jauh, mengimbas kembali memori lama.

Teringat susuk tubuh yang banyak meninggalkan kesan dalam kembara tarbiyahku di IPG ini. Kak Aisyah, Kak Ani, Kak Yati, Kak Ibah, Kak Anis Izzati, Kak Hanisah, Kak Seha, Kak Izzah, Kak Nana, Kak Atikah...Nama-nama ini sangat istimewa dalam hatiku.

Yang paling istimewa, Kak Jihah, naqibah kami..

"Kata Ust, kalau kita ditimpa masalah atau menghadapi kesusahan, perkara pertama yang kita perlu buat ialah istighfar. Kemungkinan apa yang berlaku adalah disebabkan dosa-dosa kita yang telah lalu yang masih belum terampun"kata sahabatku menjawab persoalan adik tersebut.

"Mungkin kerana kakak-kakak yang dahulu sangat besar kecintaan mereka terhadap Allah dan tinggi keinginan mereka untuk melihat adik-adik ini kembali mencintai Islam dengan sebenar-benarnya"

Tidak ada yang lebih membahagiakan selain melihat anak-anak muda bersemangat dan gigih melaksanakan tugas-tugas Islam yang pastinya tidak ada sebarang upah. Hanya keredhaan Allah yang diharapkan.

Tidak ada yang lebih melegakan selain melihat bekas peserta kembali terlibat dalam program. Bukan sebagai peserta tetapi sebagai Jawatankuasa Pelaksana. Hampir 90% yang mengendalikan Kem ini adalah terdiri dari peserta Kem Cinta Islam siri 1 tahun 2011 dahulu. Hampir 3 tahun sudah berlalu..

Ya Allah, Engkau jualah yang memegang hati manusia...
Tetapkanlah hati kami dalam keimanan..

Tidak banyak yang dapat kucoretkan kerana tiada kata yang mampu mengambarkan apa yang kurasakan. Saat malam tadi, aku hanya teringat akan insan-insan yang banyak berjasa yang telah pergi meninggalkan IPG ini. Mereka tidak berkesempatan melihat benih yang mereka tanam ini membuahkan hasil.

Semoga Allah menganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran.

Benarlah, hidup ini akan menjadi lebih indah dengan iman. Kerana imanlah yang menggerakkan sekalian anggota dan sang hati untuk beramal. Dan amal itulah yang akan menjadi saksi sebuah pengorbanan.

Tahniah, adik-adik Jawatankuasa Pelaksana.
Dalam bulan yang berkat ini, semoga apa yang kita dapat juga adalah berkat.

Pesanan Ust Rusli,
"Sedikit yang berkat itu lebih baik daripada banyak yang membawa mudarat"

Tersentuh dengan kesanggupan seorang Ustaz yang datang dari Tambunan ketika jam menunjukkan pukul 10 malam, dan sampai kembali sekitar pukul 1 pagi tadi. Semoga Allah merahmati ustaz dan yang bersama-sama. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

"Dapat ilmu, terus amal.." pesan beliau.

-Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali-

Andai ini ramadhan kita yang terakhir, sejuta kemaafan aku pohon dari kalian. 
Penulis, Musafir Kehidupan..

2 comments:

nur_aniy said...

semoga Allah beri kita faham nilai agama itu..betapa susahnya agama untuk sampai pada kita, atas usaha insan-insan terdahulu...

-ubahsuai dari Ust Ebit Liew.

Moga Allah redha dengan usaha kita yang sedikit.

musafir kehidupan said...

Iya , kak..syukran..:)