"Apalah ertinya keindahan sebuah tulisan dibandingkan dengan keindahan sebuah kematian? Saya cemburu, terlalu cemburu… mengenangkan bagaimana dia melakarkan sebuah kehidupan yang penuh perjuangan. Dia berdakwah, sehingga Subuh yang terakhir. Benarlah seperti yang sering diungkapkan… cara mati seseorang akan ditentukan bagaimana cara hidupnya. Semoga Allahyarham Ustaz Rujhan bin Hj Razali, anak kepada seorang Tok Imam, adik kepada seorang murabbi, suami kepada seorang isteri yang tabah itu… di tempatkan di kalangan para solehin, diampunkan, dikasihani dan diredai Allah! Amin. "
Ini merupakan catatan seorang "guruku" dalam bidang penulisan (Ust Pahrol M. Juoi).
Kisahnya ini membuatkan aku teringat semula akan sebuah tayangan video yang sempat aku tonton semasa usrah bersama-sama budak KRU keningau pada minggu pertama Januari yang lepas.
Tayangan Video Ammar. Seorang yang tidak dikenali oleh sesiapa namun, saat kematiannya, ribuan orang datang menjengah. Malah, dikebumikan di sebelah pusara sahabat Nabi.
Bagi melengkapi, tayangan "sang Murabbi" yang wajar ditonton.
Tiga individu yang hanya kukenali setelah kematian mereka..
"Ya Allah, ilhamkanlah kepada kami untuk sentiasa mensyukuri nikmat-MU dan amalan yang engkau Redhai.."
No comments:
Post a Comment