![]() |
| Ibrah dari Kisah Nabi Yusuf bukan cinta kepada Zulaikha tetapi kepada Khaliknya... |
"Parlimen bubar sudah..." kedengaran suara di bahagian belakang bilik guru. Serta-merta perkara itu menjadi topik utama perbincangan. Beberapa orang guru kudengar ingin menempah tiket balik ke semenanjung semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.Kagum...
Ketika itu aku berada di dalam bilik guru bersama sahabatku, amna yang juga ditempatkan di sekolah yang sama. Aku menoleh ke arahnya yang sedang khusyuk meneliti Huraian Sukatan Pelajaran untuk membuat rancangan Pengajaran Harian (RPH) keesokan hari.
Apabila berbicara mengenai parlimen, secara tidak langsung, orang akan menyentuh soal politik. Apabila melihat senario politik dalam negara adakalanya menyesakkan jiwa...namun, penjelasan yang diberikan oleh Prof Dr. Muhaya sedikit sebanyak boleh memberi kejernihan kepada kita...
""Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.
Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.
Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.
Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi.
Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawwarah peringkat global"
Namun, aku ingin memetik jawapan yang dinyatakan oleh Al-Imam Hasan al-Basri kepada Amirul Mukminin- Umar bin Abdul Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam...
"Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman, dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi, Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hamba-Nya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaanNYA dan memperlihatkan kepada mereka, berjalan di atas tali Allah, dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya-menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliyah dan mengikuti hawa nafsu mereka, tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan sifat golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang-orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."
Jawapan inilah menjadi pendorong Amirul Mukminin sehingga berjaya menegakkan Islam dan mentadbir dunia dengan keadilan Islam...Walaupun tempohn pemerintahannya hanyalah dua tahun...
Allah...
Hati ini benar-benar merindui seorang pemimpin yang benar-benar memimpin...Adakah peluang itu..?
Tarbiyah yang benar akan melahirkan pemimpin, bukan sekadar pengikut..
Pemimpin yang benar akan memahami hak dan kewajipannya...Tetapi lebih dahulu menunaikan kewajipannya sebelum meminta haknya dipenuhi...
Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah engkau berikan nikmat bukan jalan orang yang Engkau sesatkan, bukan pula jalan orang yang Engkau Murkai...Allahuma Amin...

No comments:
Post a Comment