Tuesday, August 28, 2012

Bismillah. Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kerana kasih-Nya, kita masih bersama...

Beberapa hari sebelum 1 Ramadhan 1433 H...

"Sabtu ni puasa, kak.." bicara sahabatku seusai solat fardhu Isya' di Masjid Taqwa hari itu.

Aku mendiamkan diri. Hati dipagut sayu...

Tika itu hati terasa masih jauh Bulan Ramadhan...adakah ada kesempatan itu?

Bulan yang amat dinantikan kerana padanya ada kerehatan buat orang-orang yang beriman. Kerehatan dan kenikmatan...

Namun, jika ia menjelma, apakah kita akan sempat melaluinya?

Tiada jawapan. 

Siapakah yang dapat meneka hari esok?

Pada 8 Syawal 1433H...

Hari ini, aku mendapat satu berita yang pastinya "bukan sesuatu yang baru" tapi tetap memeranjatkan kita ketika ketibaannya...

Di saat hati gembira kembali bertemu dengan sahabat-sahabat yang terpisah beberapa ketika, aku menerima berita itu.

"Sabtu tu dia meninggal..."

Antara percaya dan tidak. Aku bingung.

Walaupun tidak rapat, tapi tetap ada kenangan. Satu persatu memori yang pernah dilalui menerpa ke dalam ingatan.

Paling melekat di ingatan adalah kenangan yang dilalui sepanjang berada  di Perlis sempena KAGUM 2012.

"Kak su, nanti kasi tarbiyyah dia ni..." gurau pensyarah pengiring ketika kami ingin menaiki kapal terbang. Kebetulan tempat dudukku adalah di sebelahnya.

Aku terdiam. "Tarbiyyah?" detik hatiku.

Namun, jauh di sudut hati, aku memang ingin mendekatinya atas tujuan itu. Ternyata, peluang itu Allah bukakan di tempat yang amat tinggi. Ketika kami berada jauh dari bumi.

Aku cuba mengisi masa yang ada dengan membuka ruang bicara. Dengan menggunakan segala teknik komunikasi yang mampu kuingati, aku cuba menyemarakkan perbicaraan. Ternyata, aku menemui peribadinya yang baru.

Ketika itu, aku melihatnya sebagai Mad'u sasaran. Namun, aku terlambat...

Setiap kali ada "idea" untuk menariknya, aku sentiasa memberikan alasan..

"Nanti.."

"Belum masanya..."

Ternyata, pemergiannya pada har itu menjadi penamat kepada semua alasanku..

Hatiku bergetar. Takut...

Aku merasa akulah yang memerlukan tarbiyyah...

Semoga bisikan ini akan didengari...

1 comment:

kingspreacher said...

Tersentuh.

Allah lebih menyayangi rakan saudari.

Tarbiyah buat kita yang masih hidup supaya tidak menangguh dalam beramal :'(

Saya pernah mengalami perkara yang sama, tetapi ketika itu ingin mengutip bantuan untuk ayah rakan yang sakit. Allah izin, tidak sempat untuk memberi bantuan tersebut dan ayahnya telah pun kembali kepada Allah.