Wednesday, July 18, 2012

Tegaknya sepohon pokok kerana teguhnya akar mencengkam bumi...

"WAH!,Cantik pula IP kita ni kan?' tangan si mawar mendepa ke hadapan.

"Aik, bertahun sudah kita duduk sini, baru ko perasan...?" geleng temannya.

"Heeh..."  Si mawar tersengih.


Tudung di kepala digaru.

"Itulah, selama ni tak menghayati.." getus temannya lagi.

"biasalah tu. Sebab tu lah ada yang mengatakan "Tidak semua mata yang mampu melihat itu mampu mengamati.." aku menyampuk perlahan.


"Alamak! Keluar sudah falsafah dia.." si bulan mencelah.



"Eh, aku cuma menyampaikanlah!" aku memetik frasa pemenang filem pendek dalam Festival Kesenian Islam semalam.


Semua tergelak.  Perjalanan ke Perhimpunan UBF hari ini terasa berbeza.

"Eh, cuba tengok rumput-rumput tu..." si bulan menunjukkan ke satu arah.
"Iyalah, Hijau..sejuk mata memandang. Padahal baru beberapa minggu yang lepas, semua kering kontang" 


Semua mata tertumpu  ke hadapan melihat pemandangan yang terbentang tersebut.
"Tengok, bunga-bunga pun kembang sudah.."

"SubahanAllah, betapa besarnya kuasa ALLAH.." aku mengumam perlahan

Beberapa bulan yang lepas, bumi di bukit langsat ini kering-kontang. Malah, masalah bekalan air yang setiap hari melanda menyebabkan kehidupan terasa berbahang.  Namun, dengan hujan Rahmat-Nya, bumi ini kembali hijau. 

Benarlah firman Allah Subahana Wa Taala dalam Surah An-Nahl,ayat 65 yang bemaksud,

"Dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi yang tadinya sudah mati. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda  (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran)"

Sungguh, al-Quran adalah penjelasan bagi orang-orang yang ingin memikirkan...


Di Dewan kuliah.

"Si X, masa malam kembara tu tidur, betul-betul menghadap kubur. Waktu dia terjaga, dia ternampak satu lembaga putih di atas kubur...

Perasaan seram menyelubungi hatiku.

Namun, melihat air muka ustazah yang sedari awal tadi serius, aku menahan diri dari memberi sebarang reaksi.

"Lembaga tu berdoa..." ustazah menghentikan ceritanya seketika sambil memandang ke arah kami.

"Sebenarnya, itulah amalannya. Yelah, tidak ada sesiapa yang akan mendoakan kita selain amalan kita. Jadi, cubalah cari, apa amalan-amalan yang akan mendoakan kita siang dan malam..."

Pap! Aku tersedar...

Persoalan itu terus tengiang-ngiang dalam ingatanku...

Aku pernah menentang filem-filem seram yang menghantui minda. Namun, secara halus, ianya telah menguasai aku seketika tadi.

"Kalau nak hidupkan hati, banyakkanlah mengingati mati..."pesanan naqibahku menerpa.

Ah! Apakah amalan-amalan yang mampu kita bawa andai setiap hari diri dibiarkan bergelumang dengan dunia...

Belum terlambat!

Ayuh, sahabat...

Tingkatkan semangat, bulatkan tekad! 

Allah tempat kita bergantung harap, biiznillah...

No comments: