Aaahh...! Stressnya...!!!
Terdengar jeritan seorang rakan. Konsentrasiku terganggu seketika. Aku menoleh ke arah suara tersebut. Kulihat wajahnya yang keruh sambil mengenggam jari jemarinya.
Aku mengalihkan pandangan ke arah rakannya yang di sebelah. Rakannya hanya tersenyum seraya mengelengkan kepala.
"Kenapa?" terpacul pertanyaan dari bibirku.
"Tak, kak...dia tidak dapat kasi habis kerja dia tu..." ujar rakannya.
Aku melihat ke arahnya, diam. Otakku ligat mencari ayat yang sesuai.
"Jangan emosi..." akhirnya aku menyimpulkan kata-kata sambil menepuk bahunya.
Aku tahu dia pasti akan dapat menyelesaikannya kerana bidang itu memang kelebihannya.
EMOSI.
Suatu perkara yang adakalanya sukar untuk difahami hatta oleh empunya diri. Ianya bukanlah sesuatu yang buruk, hanya perlu ditangani dengan sebaiknya. Kerapkali ianya berubah-ubah mengikut apa yang ada di hati dan fikiran kita. Amat malang andai emosi dipisahkan daripada tarbiyah diri. Ya! Emosi merupakan salah satu pekara yang juga memerlukan tarbiyah (didikan) agar ianya menjadi selari dengan syariat Islam.
Ketika hati gundah-gulana.
Ketika diri dilanda masalah.
Ketika hati mulai gelisah dan bibir mulai berkeluh-kesah.
Emosi negatif akan menjelma.
Ketika hati melonjak gembira.
Ketika dunia ibarat berpesta.
Sedarlah, emosi ini juga perlu dikawal.
"Ingatlah wali-wali Allah itu, tidak ada
rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati. Iaitu
orang-orang yang beriman dan sentiasa bertakwa."
(Surah Yunus: Ayat 62-63)
Orang mukmin, apabila sedih, kesedihannya tidak sampai menjerumuskannya ke lembah kehancuran. Dan apabila ianya mendapat kegembiraan, ianya tidak sampai membuat lupa diri.
TENANG. COOL.
Itulah peribadi seorang mukmin. Dalam apa situasi. Dalam apa keadaan.
Kita harus kuat!
Bukan setakat kuat pada ilmu dan memiliki ketajaman minda. Tapi, kita perlu kuat emosi dan kukuh perasaan. Jangan biarkan diri kita mudah dimainkan oleh perasaan dan jangan pula sampai berdakwah tanpa perasaan.
La Tahzan. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan kita. Tiap waktu dan tiap ketika...
No comments:
Post a Comment