"Alhamdulillah, terlaksana juga kem kepimpinan ni" tutur seseorang sambil merenung ke arah peserta-peserta yang sedang sibuk mendaftarkan diri.
Aku sekadar menganggukkan kepala.
"Tapi terkilan sikit, sebab ada yang tidak mahu menyertai.."luah seorang sahabat.
"Takpa, inilah yang dipilih dan terpilih. Raikan yang ada, doakan yang terbaik buat yang tidak ada" pesan seorang senior.
Kem kali ini membawa kembali memori kenangan manis sepanjang aku mengenali dunia tarbiyah. Para Ajk pelaksana adalah terdiri daripada sahabat-sahabat yang telah sekian lama bersama-sama berjuang sejak awal kemasukanku ke IPG ini. Malah, sepanjang kem ini berlangsung, terdapat insan istimewa yang hadir. Bagiku, inilah peluang untuk aku mengenalinya dan belajar banyak perkara.
Walaupun pembahagian tugas sudah ditetapkan, namun, sifat saling bantu-membantu dan tidak berkira soal kerja menjadikan kem ini terasa lancar.
"Ada yang boleh ditolong?"
"Mahu join, boleh?"
"Meh aku tolong"
Frasa- frasa ini selalu meniti di bibir sekalian sahabat yang bersama-sama, menjadikan kerja yang dilakukan terasa sedikit cuma.
Pelbagai perkara yang menyentuh hati, namun, yang paling melekat dalam ingatanku adalah alunan selawat setelah selesai solat Isya'. Pada ketika itu, terasa kehadiran bulan Ramadhan yang kian hampir dek suara kanak-kanak yang bersahut-sahutan.
Pesanan pengerusi masjid Kota Ayangan yang juga menjadi penceramah jemputan bagi slot "Kemahiran Komunikasi ini aku kongsikan untuk renungan kita bersama.
"Menuntut ilmu kena jujur..."
"Jangan bercakap melebihi
zikrullah. Setiap kata-kata yang tidak membawa ingatan kepada Allah,
akan menyebabkan hati keras. Kalau hati keras, kita akan semakin jauh
dari Allah"
"Jadilah guru kerana Allah...kerana nak sampaikan ilmu Allah"
Ketika beliau menyampaikan kata-kata tersebut, aku merasa seperti ayahku yang berkata-kata. Setiap bait bicaranya kuhayati dan kusematkan. InsyaAllah..
Semoga Allah merahmati beliau.
Menjadi guru, kita akan sentiasa hidup dan akan mati dengan gelaran itu. "CIKGU".
Dengarkan dan Sampaikanlah firman Tuhanmu...
No comments:
Post a Comment