"Kakak balik kampung hari ni?" tanyaku kepada seniorku.
Ketika itu kami sedang menikmati juadah makanan tengahari seusai Program Hari Keluarga bagi tahun ini. Ternyata pertanyaan itu membuka peluang untukku menjengah kembali sebuah tempat yang bagiku amat bererti.
Kembara itu bagiku bukannya biasa-biasa tapi dipenuhi pelbagai ibrah. Mungkin ketika aku mengunjunginya suatu ketika dahulu aku masih dalam keadaan "freshie", dan aku menganggapnya sebagai takdir yang telah ditetapkan. Namun, di saat diri hampir "lemas" ini, aku mulai mengerti bahawa kesemua itu adalah tarbiyyah dari Allah s.w.t yang seharusnya dilihat dengan pandangan mata hati.
Jalan yang kulalui masih tidak berubah, namun, ada sesuatu yang berubah dan ianya bukan terletak pada zahirnya...
Tempoh bersama-sama dengannya membuatkan aku banyak berfikir dan mengubati kembali emosi diri yang penuh kecelaruan. Kesemua itu adalah berpunca dari kelalaian lemahnya iman. Benarlah, adakalanya masalah yang kita fikirkan hanya akan selesai setelah kita menguruskan kembali pemikiran. Salah satunya adalah "melarikan diri" buat seketika.

Aku masih teringat nasihat abangku suatu ketika dahulu,
"Kalau nak selesaikan permasalahan, teliti dahulu. Jangan terburu-buru untuk menyelesaikan semua perkara dalam satu masa. Adakalanya masalah itu akan diselesaikan oleh masa itu sendiri.."
Pesanan itu diungkapkannya sebelum dia berangkat ke luar negeri. Ketika itu, aku masih belum mengerti. Apatah lagi untuk menganggapnya sebagai sesuatu yang bererti. Kini, aku mulai memahami. Namun, itu semua kusedari setelah menempuhi asap kelabu kehidupan.
"Dalam apa jua yang menimpa kamu dari kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu)"
(Surah asy-syu'ara:ayat 30)
Iya, dosa-dosa yang kita lakukan secara sedar mahupun tidak sedar itu menyebabkan kita ditimpa pelbagai bencana dan kesusahan. Namun, kesemua itu hanya mampu kita sedari apabila kita membuat refleksi ke dalam diri dan menghubungkannya dengan Allah.
"Sebenarnya apa yang kamu lalui dalam tempoh sepanjang pengajian kamu andai dihayati dan diteliti akan dapat membina peribadi. Jangan terlalu fokus kepada exam semata-mata. Kualiti peribadi bukan setakat pada mencurahkan ilmu pada sekeping kertas. Ini semua hanya syarat untuk mendapatkan sijil. Gunakan masa ini untuk melatih kebolehan dan kemahiran lain." ungkap pensyarahku suatu ketika dahulu.
Dalam sebuah perjalanan dakwah, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah ILMU dan AMAL. Kedua-duanya perlu diperkukuhkan dengan sebuah "keIKHLASan". Namun, Imam Al-Gahazali telah menggariskan 6 perkara yang kita perlu lalui untuk mencapai darjat seorang mukmin iaitu Ilmu & Makrifat, Taubat, Penghalang, Godaan, Pendorong, Pencela dan Pujian & Syukur. Kesemua ini memerlukan kepada keazaman yang kuat dan kefahaman yang mendalam.
Andai tersasar dari niat asal, berhentilah sejenak dan laraskan kembali kemudi.
Ingat selalu, bukan kudrat kita yang menjayakan dakwah ini, semua itu semata-mata kerana bantuan dari Allah. Lalu, janganlah leka dengan isyarat kemenangan, kerana tidak ramai orang yang bertahan ketika diuji dengan sebuah kemenangan.
Jadi, sekiranya kita hebat dalam percakapan, ingatlah yang melancarkan pertuturan adalah Allah. Sekiranya kita mantap dalam penulisan, ingatlah, yang memberikan ilham adalah Allah. Sekiranya kita berjaya menyelesaikan sesuatu permasalahan, ingatlah, segala-galanya adalah kerana rahmat dari-Nya.
La haw la wala Quwata illa billah...

No comments:
Post a Comment