"Apa pendapat su mengenai hal tersebut?"
Satu pertanyaan muncul di ruangan perbicaraan. Lama aku mendiamkan diri. Jujur, aku hanya mengetahui sedikit cuma. Setakat tahu, dan aku sememangnya tidak berminat untuk mengambil tahu..
Dalam minggu 'genting' peperiksaan semester ini, emosi diri tidak menentu. Lewat pertanyaan itu mindaku seakan-akan diasak oleh pelbagai
persoalan. Persoalan yang jika dicari jawapannya, tidak akan ditemui
dalam sehari dua kerana ianya melibatkan banyak pihak.
Termenung.
kesayuan mengenangkan sebuah sejarah dek penangan buku "secangkir Teh pengubat Letih" tulisan Ust. Hasrizal Abd. Jamil masih belum hilang. Kesayuan itu semakin mendalam apabila menatap buku-buku tulisan para Mujahid Islam. Fatih Yakan, Sayyid Qutb, Nasih Ulwan..Betapa kita telah menjadi "anak-anak singa" yang dijinakkan. Kita hanya mewarisi fizikal tapi tidak pada semangat.
Pedih.
"Sejarah pasti akan berulang...''
Kata-kata ini sudah seringkali diulang oleh ahli falsafah, namun, siapakah yang sudi untuk mengambil peduli sebuah sejarah?
Apatah lagi ianya bukan sejarah dunia, bukan juga sejarah sebuah negara. Ia hanyalah sejarah sebuah organisasi. Namun, padanya punyai sejarah yang tidak ternilai harganya. Hatiku meronta-meronta untuk melontarkan segala ledakan emosi. Letih memikirkan. Namun, akal merasionalkan kembali dengan melihat kepada realiti.
Di saat rakan-rakan memperkatakan soalan yang akan dikeluarkan, aku bingung mencari jawapan bagi persoalan-persoalan.
Hati terasa ingin mengadu, tapi, akal bertanya, "Ingin mengadu pada siapa?"...Lantas, hati mengakui, tiada siapa yang akan mengerti...
Tiit..
Sebuah Mesej masuk. Jemputan untuk sebuah mesyuarat. Syukbah 3P.
"Mudah-mudahan ada solusi..." desis hati.
Demikianlah Allah membukakan sebuah permasalahan. Perbincangan untuk mencari permasalahan Buletin Mawaddah telah mencetuskan beberapa isu.
Walaupun memakan masa sehingga pukul 12 tengah malam, namun, hasilnya, aku merasa sedikit lega. Masih ada harapan..
Benarlah, sesudah istikharah, susulilah dengan musyawarah. Pasti ada jalannya..InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment