Tuesday, March 13, 2012

Kenangan semalam- Bahagian 1

"Eh.."aku terkejut dan merasa sedikit marah apabila merasa seseorang menyiku pinggangku. Aku segera berpaling. Ketika itu, aku khuatir jika yang melakukannya adalah lawan sejenisku. Walaupun keadaan pasar malam yang sesak, tapi bagiku itu bukanlah alasan untuk sesuka hati melanggar orang.

Apabila melihat wajah yang tersenyum di hadapanku kini, aku terkedu. Akalku segera memproses maklumat yang telah lama tersimpan. Wajahnya yang tersenyum lembut menyejukkan api amarah di hatiku..

"Kakak..." ujarnya sambil memelukku.

Aku yang agak kaget, hanya terkaku.

Kenangan semalam terus berputar di ingatan. Sedaya upaya aku menahan perasaanku yang berkocak.

"Tiga hari yang lalu, aku mengikuti program menjadi fasilitator di Sek Ren Yuk Yin kat keningau..Sepanjang perjalanan kami ke sana mengambil masa lebih kurang 20 minit dimanfaatkan sepenuhnya oleh saudara pengerusi masjid, untuk memberi taklimat dan pesanan agar perbetulkan niat. 

Apabila sampai, ternyata tidak jauh berbeza dengan sekolah cina yang lain. Tulisan cina di mana-mana(memang patut pun...kan namanya sekolah cina..)kami menikmati minuman petang (sedap! Sangat sedap!)...kuih karipap dan pelat pisang. Alhamdulilah. selepas diberikan fail dan name-tag fasilitator,kami pun membawa barang-barang ke hotel (tempat penginapan kami iaitu di kelas darjah 4) dan membantu adik-adik mempersiapkan diri. Buat pertama kali aku mengajar mereka membaca doa dan cara-cara mengambil wuduk yang betul, aku merasa tersentuh.Betapa banyak lagi insan malang yang tidak berkesempatan mengenali agama Islam.Seharusnya aku bersyukur kerana aku, walaupun tidak lahir dalam keluarga yang ada pegangan agama tapi Allah telah mengerakkan aku untuk mengenali-Nya..Aku juga diberikan teman-teman seperjuangan yang tidak jemu untuk membawa aku mengenali Islam. Dalam aku tidak sedari, air mataku menitis..."
Senaman pagi...
 
Catatan semalam ku belek..Ah!Terbit perasaan rindu...Semua itu berlaku dalam perancangan Allah. Bukan kebetulan. Semuanya telah tertulis di Loh Mahfuz.

"Di mana sekarang?" aku bertanya.
"Di Smk Gunsanad..kakak masih di IP?" jawapannya disertakan dengan persoalan.

Aku tersenyum. Sambil mengangguk, tanganku kunaikkan untuk mencubit pipinya.

"Iya...ada dua tahun lagi, bila mahu lawat pergi IP lagi ni?"

"hehe.."dia sekadar tersenyum.

Selepas bertukar-tukar nombor telefon, dia sempat meminta nombor telefon kakak fasinya (Kak Yati)...

"Balajar rajin-rajin, jaga solat, jaga iman..." hanya itu yang mampu kutitipkan padanya. Semoga Allah terus melindunginya...

Cabaran yang menanti di hadapan lebih besar...dan bekalan yang terbaik ialah takwa.

With Lots of Love,
Living Here for Hereafter.

1 comment:

Anonymous said...

as salam..
su, su masih ingat lagi makanan kita hari 2? hehe..

sapa nama adik tu ya su? mmm, kakak dah lupa pla nama dia.. tpi, wajahnya masih kekal d ingatan ni..=)

semuanya telah tercatit,, tidak ada sesuatu yang terjadi secara kebetulan, termasuklah pertemuan kita kan? terima kasih sebab telah menjadi sebahagian dari hidup kakak..

lots of luv..=)