Saturday, February 26, 2011

seseorang yang berbeza?

Dua hari yang lepas, ketika berbual-bual dengan seorang sahabat, aku bertanya apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang baik..Dia kemudian menyenaraikan satu persatu... Namun, yang paling menarik minatku apabila dia mengatakan "seseorang yang berbeza".Aku bertanya, mengapa?

Dia tersenyum sambil menjawab, "Hanya orang yang berbeza akan menjadi pemimpin yang baik..". Lihat Rasulullah s.a.w...ketika itu, apa yang biasa? penyembahan berhala, perjudian, arak, pembunuhan anak-anak perempuan, bukan? Tapi, Rasulullah berbeza...Baginda melawan kebiasaan itu dan menjadi seorang yang berbeza dengan golongan muda di kala itu. Pada ketika itu, masyarakat memandang wanita itu sebagai makhluk yang hina, namun berbeza dengan Rasulullah, baginda memuliakan wanita. Alangkah baiknya kan, jika semua lelaki macamni..pasti penderaan tidak berlaku..Namun, apakan daya, lebih ramai yang menjadikan musuh yang nyata (baca:syaitan) sebagai contoh ikutan.

Jadilah berbeza...boleh sahaja kita tafsirkan sebagai "menjadi diri sendiri"...Kenali diri. Jadilah diri sendiri..(Ini juga adalah pesan seorang seniorku)...Kita tidak akan mampu kemana-mana jika kita terus-terusan mengikut-ikut orang lain. Hanya kita yang kenal diri kita. Biarlah apa orang kata apa, selagi ia menepati syariat lahir (syariat ) dan syariat batin (hakikat), lakukanlah. Ingat, Hanya orang yang kenal dirinya akan mengenali tuhannya...

Uniknya manusia yang dicipta oleh Allah s.w.t.. setiap kita berbeza dengan orang lain. Walau ada persamaan, tapi tetap, perbezaan akan ketara. Inilah yang mem "beza" kan seorang individu dengan individu yang lain. ketika mempelajari subjek biologi di tingkatan enam dahulu, kami ada belajar berkaitan genetik2 ni..tapi yang paling kuingati ketika guru biologiku mengatakan, "Dalam setiap kelahiran seorang individu, ketika penyusunan kromosom, susunan genetik itu adalah eksklusif. Mean, tidak akan ada lagi susunan genetiknya yang sama dengannya, sama ada yang terdahulu atau yang selepasnya..."MasyaAllah. Dalam jangka masa yang panjang (Dari zaman Nabi Adam A.S sehingga sekarang) kita adalah kita. Maksudnya, setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Tak percaya? Tengok cap jari...Inilah bukti kekuasaan Allah s.w.t...

Namun satu perkara yang kukesal. Budaya hari ini, "Budaya ikut-ikut orang". Tak masuk lagi bab Budaya ikut selebriti yang semakin menjadi-jadi. Mungkin sebab tak ada contoh yang baik kot? Tapi, mengapa yang buruk juga yang nak diikut? Adakah dengan menjadi diri sendiri itu sesuatu yang memalukan...?Yakinlah dengan diri sendiri.

Berbalik kepada persoalan, apa yang menjadikan seorang yang berbeza ini istimewa? Orang yang berbeza ini bukanlah bererti seorang yang "pelik" seperti Gaddafi (Tengok sini) itu..Walaupun dia tetap dikira sebagai pemimpin, tapi jangan jadikan beliau sebagai contoh. Kita dikurniakan akal, gunakan untuk berfikir. Kita diberikan manual (al-Quran) sebagai pembeza antara yang hak dan yang batil, bacalah...dan amalkan.

Satu perkara yang paling penting. Berbezalah dari segi pemikiran. Pemimpin yang baik ialah yang mampu berfikir secara bijak "sana" (baca:akhirat) dan tidak terhenti setakat bijak"sini" (baca: dunia). Pemimpin yang baik juga mampu membawa perbezaan dari segi corak kepimpinan dan mencetuskan perubahan. Sebab tulah kita mesti berbeza dengan golongan musyrik...Dalam hadis ada menyebut, seseorang yang menyerupai sesuatu kaum itu, dia termasuk dalam golongan itu. Dan sekutu-sekutu orang Islam ni tidak akan redha dengan kita selagi kita tak ikut dorang. Jadi, marilah kita berlumba-lumba dalam mencontohi sunnah baginda Rasulullah s.a.w kerana semua itu akan membezakan kita dari orang musyrik..

P/s: Dalam kita memimpin orang, kita bukannya nak mengubah mereka. Jika kita pernah terfikir untuk mengubah orang, kita akan gagal. Perubahan itu hanya akan berlaku jika orang tersebut ingin berubah. Kita hanya berperanan sebagai agen (catalyst=pemangkin) perubahan. Sebagai seorang guru juga, kita bukannya bertugas untuk mencetak manusia tapi kita nak mendidik manusia yang sudah pasti punyai pelbagai perbezaan. Hargai setiap anak murid, raikan perbezaan itu.Ingat, setiap manusia adalah istimewa...

Life is about being yourself. Someone, only you can be.. Someone only you can understand. Someone that is unlike everyone else. Someone that doesn't copy others to look the same. Someone who is extremely unique because you are you. Be original. Be creative. Be yourself.


No comments: