Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Dewasa ini(ayat skema BM ketika SPM), perkembangan industri filem di negara kita semakin rancak. Ini merupakan suatu perkara yang pastinya ada positif dan negatifnya.
Apa yang positifnya?
Ketika negara barat berlumba-lumba menghasilkan filem yang hebat (Avatar,Transformer, dsbgnya) yang menampilkan kreativiti yang tinggi dari segi ilustrasi, khayalan, imaginasi...negara kita turut tidak ketinggalan. Pelbagai jenis filem diterbitkan atas nama "hiburan"..
Teringat.ketika musim cuti sekolah tahun lalu (2010), ketika itu aku menonton televisyen bersama adik2ku, aku tertarik dengan satu statement dari rancangan(tak ingat) kat TV#...Orang yang diwawancara itu merupakan seorang penerbit filem "Hantu-hantu" di negara kita..Menurut beliau, penghasilan jenis filem berkadar langsung dengan permintaan rakyat. Maknanya, apa yang mereka hasilkan adalah disebabkan permintaan yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. Orang bisnes memang akan selalu melihat itu sebagai peluang yang tidak patut dipersia-siakan. Lalu, keluarlah jenama dan versi hantu yang pelbagai..ada yang seram, ada yang komedi, ada juga versi tidak ada perasaan (Filem yang menyampah)
Inilah negatifnya.."sesuatu yang berlebihan itu akan memudaratkan". Hiburan yang melampau akan melalaikan. Apatah lagi melihat situasi di sekelilingku yang begitu "teruja" dengan cerita-cerita hantu ini.
Sesuatu yang paling menaikkan kegeraman apabila psikologi kanak-kanak juga dipengaruhi.
Ayat lazim..
"Hah, mainlah kat sana tu..ada hantu tu...!"
"Nakal lagi, nanti kena makan hantu baru tahu...!"
Kesannya...
Budak-budak lebih takutkan hantu daripada ibubapa. Yang lebih parah, mereka lebih takutkan hantu daripada TUHAN. Kalau ini berterusan hingga ke dewasa, bayangkanlah situasi masa depan pemuda pemudi kita.
Apa yang boleh dilakukan? Timbulkanlah kesedaran dalam kalangan ahli keluarga kita. Gantikanlah menonton filem hantu dengan filem lain yang lebih membuka minda (Three idiots, Laskar pelangi, etc).
Apakah sebenarnya hantu?Berwarna putih? Rambut mengerbang? Gigi taring? Cantik dan harum? Itulah yang sering diperlihatkan pada kita dalam filem-filem yang sering kita tonton...Tapi, apakah hakikat sebenar hantu?
Bagiku, tak perlulah nak cari hantu ni. Banyak lagi benda yang lebih penting untuk dicari. Nanti kat kubur bukannya malaikat Mungkar dan Nangkir tanya "pernah jumpa hantukah?" tapi yang akan ditanya, cukupkah kita jumpa tuhan 5 kali sehari..
Jampi dan bomoh? kadangkala, pemaparan sebegini akan menggalakkan lagi kepercayaan khurafat dan tahyul ini. Ada juga filem yang memaparkan "menghalau" hantu menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran...sejujurnya, aku kurang menyenanginya. Sekiranya penekanan terhadap perkara ini melampaui batas, orang bukan Islam akan menganggap al-Quran itu gunanya "penghalau hantu" dan fungsinya sebagai peringatan akan tenggelam...
Seperkara lagi, benarkah hantu suka keluar pada pukul 12 tengah malam?
Astagfirullah..inilah penipuan terbesar!
Mengapa? Ini kerana pada waktu inilah masa yang afdhal untuk beribadah...Masa yang paling enak untuk "berkhalwat" dengan Allah.Dan, di antara masa yang dimakbulkan doa...
P/s: Jin dan syaitan sahaja yang ada...tapi, mereka pun makhluk ciptaan Allah. Wajarkah ciptaan itu lebih kita takuti daripada Pencipta? Wallahualam.
"Tanpa kita sedari, ramai manusia hari ini suka mensyirikkan Allah dengan keduniaan...
bertuhankan kebendaan..Nikmat yang sementara berupa wanita dan harta benda lebih dipuja berbanding
Yang Maha Pencipta..."

~Fatimah Syarha mohd.noordin, Syabab Musafir Kasih(2008)
Dewasa ini(ayat skema BM ketika SPM), perkembangan industri filem di negara kita semakin rancak. Ini merupakan suatu perkara yang pastinya ada positif dan negatifnya.
Apa yang positifnya?
- Membuka peluang pekerjaan,
- Mempromosikan negara kita
- Merancakkan lagi dunia hiburan
- ..dan macam-macam lagi
- (sila senaraikan jika anda tahu dan sokong)..
Ketika negara barat berlumba-lumba menghasilkan filem yang hebat (Avatar,Transformer, dsbgnya) yang menampilkan kreativiti yang tinggi dari segi ilustrasi, khayalan, imaginasi...negara kita turut tidak ketinggalan. Pelbagai jenis filem diterbitkan atas nama "hiburan"..
Teringat.ketika musim cuti sekolah tahun lalu (2010), ketika itu aku menonton televisyen bersama adik2ku, aku tertarik dengan satu statement dari rancangan(tak ingat) kat TV#...Orang yang diwawancara itu merupakan seorang penerbit filem "Hantu-hantu" di negara kita..Menurut beliau, penghasilan jenis filem berkadar langsung dengan permintaan rakyat. Maknanya, apa yang mereka hasilkan adalah disebabkan permintaan yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. Orang bisnes memang akan selalu melihat itu sebagai peluang yang tidak patut dipersia-siakan. Lalu, keluarlah jenama dan versi hantu yang pelbagai..ada yang seram, ada yang komedi, ada juga versi tidak ada perasaan (Filem yang menyampah)
Inilah negatifnya.."sesuatu yang berlebihan itu akan memudaratkan". Hiburan yang melampau akan melalaikan. Apatah lagi melihat situasi di sekelilingku yang begitu "teruja" dengan cerita-cerita hantu ini.
Sesuatu yang paling menaikkan kegeraman apabila psikologi kanak-kanak juga dipengaruhi.
Ayat lazim..
"Hah, mainlah kat sana tu..ada hantu tu...!"
"Nakal lagi, nanti kena makan hantu baru tahu...!"
Kesannya...
Budak-budak lebih takutkan hantu daripada ibubapa. Yang lebih parah, mereka lebih takutkan hantu daripada TUHAN. Kalau ini berterusan hingga ke dewasa, bayangkanlah situasi masa depan pemuda pemudi kita.
Apa yang boleh dilakukan? Timbulkanlah kesedaran dalam kalangan ahli keluarga kita. Gantikanlah menonton filem hantu dengan filem lain yang lebih membuka minda (Three idiots, Laskar pelangi, etc).
Apakah sebenarnya hantu?Berwarna putih? Rambut mengerbang? Gigi taring? Cantik dan harum? Itulah yang sering diperlihatkan pada kita dalam filem-filem yang sering kita tonton...Tapi, apakah hakikat sebenar hantu?
Bagiku, tak perlulah nak cari hantu ni. Banyak lagi benda yang lebih penting untuk dicari. Nanti kat kubur bukannya malaikat Mungkar dan Nangkir tanya "pernah jumpa hantukah?" tapi yang akan ditanya, cukupkah kita jumpa tuhan 5 kali sehari..
Jampi dan bomoh? kadangkala, pemaparan sebegini akan menggalakkan lagi kepercayaan khurafat dan tahyul ini. Ada juga filem yang memaparkan "menghalau" hantu menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran...sejujurnya, aku kurang menyenanginya. Sekiranya penekanan terhadap perkara ini melampaui batas, orang bukan Islam akan menganggap al-Quran itu gunanya "penghalau hantu" dan fungsinya sebagai peringatan akan tenggelam...
Seperkara lagi, benarkah hantu suka keluar pada pukul 12 tengah malam?
Astagfirullah..inilah penipuan terbesar!
Mengapa? Ini kerana pada waktu inilah masa yang afdhal untuk beribadah...Masa yang paling enak untuk "berkhalwat" dengan Allah.Dan, di antara masa yang dimakbulkan doa...
P/s: Jin dan syaitan sahaja yang ada...tapi, mereka pun makhluk ciptaan Allah. Wajarkah ciptaan itu lebih kita takuti daripada Pencipta? Wallahualam.
1 comment:
betul2...
hihihi
(tp sy ttp penakut jgk)
hhihih
Post a Comment