"Anehnya perjalanan masa,tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.."
Siang dan malam silih berganti..Hari demi hari terus berlalu...
Itulah namanya kehidupan.Disaat aku mula menaip ini pun,aku juga sedang menjalani "kehidupan".
Ketika ini orang-orang disekelilingku tertumpu dengan satu perkataan..Exam!
Ya, setiap orang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ada yang membaca,ada yang menghafal,ada yang membuat latih tubi, dan ada juga yang baru nak membuat nota. Takpela, itu adalah usaha kita. Siapa yang berusaha, pasti dia akan mendapat hasilnya.. Kini, Musim peperiksaan sedang melanda dimana-mana sahaja institut pengajian.
PEPERIKSAAN. Namanya kian sebati dengan kehidupanku. Bukan kerana aku menyukainya, dan bukan juga kerana aku membencinya...cukuplah sekadar mengatakan ianya satu perkara yang akan, sedang dan telah kulalui. Apatah lagi dalam kehidupan di zaman sekarang yang segalanya mementingkan keputusan pada sekeping kertas. Di zaman dimana kepandaian seseorang diukur pada banyaknya huruf A dalam sijilnya. Aku mulai merasakan ianya satu ketidakadilan. Padaku, semua orang adalah bijak. Semua orang ada kelebihan masing-masing.
Teringat. Ketika aku berada di sekolah menengah, seorang guru Bio berkata kepadaku, "Tidak kisahlah apapun keputusan kamu dalam peperiksaan nanti, apa yang penting kamu dapat menjadi seorang yang berguna kelak..". beliau juga pernah membuka persoalan berkaitan sistem pendidikan kepada kami..
*Mengapa umur dan tahun menjadi alat pengukur dalam perpindahan dari tingkat satu ke tingkat yang satu?
Bukankah setiap manusia berbeza tahap pemahaman masing-masing.. ada yang cepat, ada yang lambat.
*Mengapa ada perbezaan antara kelas "pandai" dan kelas "corot"? Apa yang cikgu dapat lihat, kelas yang "corot" inilah yang
sering dipandang rendah..kemudian, bagaimanakah masa depan mereka kelak?
Seringkali, apabila kita melihat secara jujur ke dalam diri..akan timbul satu persoalan..
"Aku tak tahu,kenapa aku belajar.."
kata-kata yang sehingga sekarang masih bermain dalam fikiranku..Apabila disoal mengapa tidak berminat,
"Alah, belajar pun bukannya masuk exam.."
Terdapat beberapa orang yang kukenali mempersoalkan kepentingan peperiksaan..
Mahu tidak mahu, aku juga turut berfikir hal ini..
Kemudian, seseorang menjawab dengan bersahaja,
Mahu tidak mahu, aku juga turut berfikir hal ini..
Kemudian, seseorang menjawab dengan bersahaja,
"Kalau tidak ada peperiksaan, kamu mahu belajarkah?"Sebenarnya, penting atau tidaknya sesuatu perkara bergantung dengan pemikiran kita..Walaupun hal itu remeh bagi orang lain, tapi jika kita mengambilnya dengan serius, besar nilainya..Begitulah sebaliknya.Ada orang cakap,exam ni amanah...sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai pelajar. Tapi apa yang lebih penting, pastikan apa yang kita lakukan akan menjadi nilai tambah kepada amalan kita. Jangan hadkan pemikiran dengan mengatakan "belajar untuk exam"..belajarlah setiap hari, Ilmu Allah itu luas..
Tapi, apabila kita mengaitkan exam dunia dengan "exam akhirat"..kita akan sedar, hidup di dunia ini sebenarnya adalah "exam"..dimana keputusannya hanya akan diketahui di akhirat kelak..Lagipun,kalau kita gagal exam di dunia, kita boleh mengulang. Tapi jika di akhirat? "Maka, jadilah kita seperti orang2 yg disebutkan Allah dalam Al-Quran..."Wahai Tuhan kami, jika engkau mengembalikan kami ke dunia, pasti kami akan berbuat yang sebaik-baiknya..tapi itu tidak mungkin.. Apa-apa pun, Janganlah kita terlalu sibuk berbahas akan kepentingan "exam" kerana kita sekarang ni pun tengah kena "exam" oleh malaikat kiri dan kanan..
Aku dan yang lain kemudian terus mendiamkan diri. Terima kasih, sahabat...Tapi, apabila kita mengaitkan exam dunia dengan "exam akhirat"..kita akan sedar, hidup di dunia ini sebenarnya adalah "exam"..dimana keputusannya hanya akan diketahui di akhirat kelak..Lagipun,kalau kita gagal exam di dunia, kita boleh mengulang. Tapi jika di akhirat? "Maka, jadilah kita seperti orang2 yg disebutkan Allah dalam Al-Quran..."Wahai Tuhan kami, jika engkau mengembalikan kami ke dunia, pasti kami akan berbuat yang sebaik-baiknya..tapi itu tidak mungkin.. Apa-apa pun, Janganlah kita terlalu sibuk berbahas akan kepentingan "exam" kerana kita sekarang ni pun tengah kena "exam" oleh malaikat kiri dan kanan..
"Ya tuhanku,anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai,dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.."
3 comments:
Nice entry here :)
assalamualaikum..
entri yang baik..betul tu, semua bgantung pada pemikiran sendiri, nk tgk dri perspktif camna semua yg blaku tmasuk exam..
yg penting, berusaha tuk capai yang tbaik spy jadi hamba yang terbaik. InsyaAllah..
Walaikumsalam kak..
Alhamdulilah..segala puji hanya untuk Allah..
InsyaAllah,kak..semoga kita semua tetap dalam rahmatNya..
Post a Comment