Bismillahirahmannirrahim..Dengan nama Allah yang Maha pengasih Lagi Maha penyayang..
Salam dan selawat ke atas Nabi junjungan.
Setiap hari adalah berbeza. Perbezaan itulah yang memberikan makna.Dalam keindahan itu tersembunyi sebuah ketenangan. Kegembiraan dan kebahagiaan itu berbeza. Engkau dikatakan gembira apabila orang melihat engkau tersenyum, sedangkan bahagia itu lahir dari lubuk hati yang hanya engkau merasainya..
Aku melihat, aku mendengar, aku merasai...kita semua mengalaminya...Aku menyedari sesuatu, semuanya ini berlaku dengan izin-Nya...Apa pun yang diperkatakan orang, memang sudah lumrah manusia. Lebih suka menyalahkan berbanding mencari penyelesaian. Seorang sahabat mengatakan, "Tidak perlulah nak mengadu kat orang, sebab mereka pun tak dapat buat apa-apa..mengadulah dengan Allah...sesungguhnya Dia sentiasa rindu dengan rintihan hamba-hamba-Nya..."
Ya Allah,sungguh berat ujian yang engkau timpakan ini..tapi, engkau telah menjawab rintihan kami dalam ayat-ayat cintaMU, "Setiap orang akan diuji mengikut kadar kemampuan masing-masing. Dan bukankah setiap orang yang mengaku beriman akan diuji untuk mengetahui keimanan mereka..."
Dalam kemelut yang melanda ini, Engkau kirimkan ketenangan dan kasih sayang teman-teman.. benarlah, untuk mencari kawan memang mudah, tapi untuk mencari teman sejati amat sukar..Yang sentiasa menasihati kita jika tersalah langkah, menegur kita untuk membetulkan, dan menutup keaiban kita walhal itu akan menyakitkannya...sedia bersama-sama kita dalam senang mahupun susah. Yang sentiasa mendoakan kita secara rahsia, dan sentiasa mengingatkan kita tentang kebenaran.Memang. Untuk mendapatkan teman sejati ini, amat sukar tapi bukanlah mustahil...Yakni, kitalah harus menjadi teman sejati itu dahulu.
Pesan Ust. Hasrizal dalam bukunya "Aku Terima Nikahnya, "Berhentilah mencari, banyakkanlah menjadi.."
Ketika ini, kami faham ujian yang menimpa hanyalah sekelumit jika dibandingkan dengan apa yang dihadapi orang-orang yang terdahulu.Benarlah sabda nabi Muhammad s.a.w..di akhir zaman ini, akan dicabut rasa gerun di hati orang kafir, dan orang Islam akan ditindas walaupun ramai bilangannya...Ini semua kerana kita semua masih ada rasa cinta akan dunia...Betapa lemahnya iman, jika bukan kerana rahmat-Nya..
Ya Allah, tabahkanlah hati-hati kami.
Ya Allah, Tautkanlah hati-hati kami dengan ikatan ukhuwah kerana-Mu..
Ya Allah, Terimalah amalan kami...
Sahabat2 yang dikasihi,
Ingatlah..Allah Maha Mengetahui, Maha mendengar...
Jangan pernah menyerah..
Kita semua ada Allah tempat mengadu...
No comments:
Post a Comment