"Melalaikan berzikir lebih buruk daripada berzikir dalam kelalaian..."
Masa terus berputar.Masa terus bergerak. Berputar dan bergerak sambil meninggalkan masa-masa semalam untuk menghadapi hari esok.
Diam tak diam, hanya tinggal beberapa hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Haji. Diam tak diam juga, cuti semakin menghampiri. Kian terasa bahangnya. Semua kelihatan gembira. Tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga yang tersayang. Tambah-tambah lagi jika yang tinggal nun jauh, yang perlu menaiki "belon"(loghat orang sarawak) untuk sampai ke sini..
Cuti. Pelbagai perancangan telah disusunatur. Namun, dalam keriangan berbicara ada juga yang kelihatan muram.
"Tak tahu nak buat apa kat rumah..."
Aik. Ada juga orang begini?Ada...dan kerana ayatnya itulah mengingatkan aku kembali akan kata-kata seorang pensyarah.."Saya risau melihat keadaan bakal-bakal guru hari ini. Apa yang saya lihat rutin harian itu seakan-akan sudah diprogramkan. Pergi kuliah,balik kuliah. Tapi, segalanya nak disuap. Di asrama pula hanya tidur, makan,dan yang seangkatan dengannya. Bicara-bicara ilmu sepi tanpa kehadiran. Jika adapun kerana perkataan "diwajibkan" pada memo. Sangat berbeza hidup dalam kemewahan ini kan? Yela, semuanya free..pastu dapat duit free lagi.
Itu satu hal, masalah "couple" lagilah satu hal. Masalah yang tak sudah-sudah dibicarakan tapi kian menjadi-jadi. Mungkin kerana tradisi, atau satu momokan oleh guru-guru sewaktu di bangku sekolah lagi "Kalau kamu sudah besar barulah kamu boleh bercinta". Dan kerana merasa "sudah besar" itulah perasaan untuk ber'couple' ketika di alam universiti semakin melonjak naik. Saya tak nampak dimanakah faedahnya 'couple' itu. Sedangkan dah jelas hukumnya...siapa yang tak tahu, tanyalah ustaz. Jangan bertaklid membabi buta. Jangan terlalu nak ikut orang. Tapikan,itulah juga yang peliknya, benda baik taknak ikut pula.
Apa tujuan kamu datang ke sini? BELAJAR. Takde pula mak ayah kamu pesan suruh bercinta. Saya tahu setiap orang ada perasaan itu. Tapi, kalau kamu sendiri tak Confident dengan masa depan kamu, tak payahlah nak meng'cofident'kan orang lain untuk hidup dalam 'impian masa depan' kamu... Sepatutnya pada masa sekaranglah kamu membina karakter dan personaliti diri.Nak tunggu sampai beranak pinak baru nak berubah? Masa tu kamu akan disibukkan dengan benda yang pelbagai...Lagi satu, yang merasa bercinta sebab terlalu banyak masa lapang tu, sibukkanlah diri dengan aktiviti yang berfaedah..."
Ya. Masa cuti inilah peluang untuk kita menambah nilai ke dalam diri. Kata seorang teman blogger "Berubahlah meskipun payah...". JIka berada di IP kita terlalu sibuk dengan assignment, Exam, Facebook, dan yang lain-lain..tinggalkanlah sebentar untuk muhasabah diri kita semula. Isilah masa yang lapang itu dengan aktiviti yang berfaedah kerana masa yang kita ada kita tidak tahu sampai bila. Sentiasalah sibukkan diri dengan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat, kalau memang dah terlalu lapang-bacalah al-quran.
Benar. Esok sentiasa ada...tapi adakah kita masih ada esok?Peringatan ini bukan bermakna aku lebih baik, dan bukan bermakna aku terbaik,tapi kerana firmanNya, "dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermakna buat orang-orang mukmin...".51:55
Seorang mukmin itu, jika melihat keaiban saudaranya dia akan berusaha menutupnya...Aku juga tidak berniat untuk menyentuh hal-hal yang peribadi, jika ada persamaan dengan yang hidup atau yang mati, itu hanya kebetulan. Tapi apa yang aku nyatakan bukan rekaan kerana inilah realiti kehidupan..
Hari Raya Haji. Mengingatkan aku kepada tutor kami yang kini berada di Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima...Bilakah kesempatan itu akan tiba?
Ya Allah, semadikanlah kami di dalam mencintaiMu, semoga tiada suatu pun yang akan memesongkan kami daripadaMu...
No comments:
Post a Comment