"Cari orang lain.."
Aku membaca mesej tersebut berulang kali.
Pap!
Bahuku ditepuk.
Aku menoleh.
"Dah habis study?'' dia tersenyum manis sambil mempamerkan barisan giginya yang tersusun rapi.
Aku segera menyembunyikan kepingan kertas tersebut ke dalam poket.
"Belum."
Aku menjawab pendek sambil terus menghisap gula-gula di mulutku.
"Janganlah dia perasan..." doaku dalam hati.
"Ehem, kau sembunyikan sesuatu dari aku eh..."
"Uhuk!" aku terbatuk. Gula-gula di mulutku masuk ke dalam kerongkongku.
Sakit.
"Hah...?" Aku mengeluarkan ekspresi tidak-tahu-apa-apa aku...
"Jangan tipu akulah. Hey, apa jadi?"
"Ya Allah, kenapa lah budak sekor ni. Susah betul nak lepas dari dia.." desis hatiku.
"Takda, rindu kat kakak aku..." jawapan selamat. Tapi, memang aku rindukannya. Keletah anak-anak buahku bermain di mata.
"Oh, aku minta maaf..." Aku menoleh. Kulihat dia mulai serius. Ok, bahaya ni. Hujan ribut pula nanti di perpustakaan ni. Dia ni bukan boleh percaya sangat. Menyakat nombor satu, menangis pun juara. Huhu. Dialah sahabat yang memiliki empati yang paling tinggi.
"Mak ai...apesal buat muka seposen macam tu? Tak menarik langsung..." Aku menarik pipinya sambil mengeletek pingangnya.
"Kau la ni. Dahlah tinggalkan aku sorang-sorang tadi melayan budak-budak tu. Rasa mahu pengsan tau dengar dorang bercakap. Memang takda noktah. Pot pet pot pet..."
"Haha. Bukan selalu kan. At least, biarla kau rasa apa yang selama ni aku rasa, tahu! Ingat tak penat ka mendengar ni..." Aku mengangkat kening sambil melemparkan senyuman yang paling manis.
"Eh, kejap. kenapa aku rasa ayat tu macam pedas jak ar...."
"Erm, entahlah. Pelik kan?Mungkin ada orang tersalah letak lada kot.Misteri...misteri..." aku membuat ekspresi serius.
"Aduh!" Aku melihat tanganku yang kemerah-merahan.
"Alamak, kuranglah hantaran aku ni. Tiga tahun kawan dengan ko ni, habis badan aku lebam-lebam tau. Ni dah kes dera ni.." Aku membebel.
"Padan muka..." sambil menjeling dia mengangkat pungung meninggalkan kerusi di sebelahku.
Aku hanya membiarkan. Sekejap lagi tu dia pasti akan mencariku semula.
Aku mengeluarkan semula kepingan kertas tersebut. Mataku berkaca-kaca. Perlahan-lahan aku menutup mata dan membiarkan air hangat itu mengalir di pipiku.
"What would you do if the one who always wipe your tears is now the one who make you cry?" seorang rakanku bertanya ketika kami melepak di gerai berhampiran stesen keretapi beberapa minggu yang lepas.
Apabila aku menoleh, rupanya dia sedang membaca satu quotes dari Majalah Remaja. Aku tidak menghiraukan pertanyaan itu. Bagiku yang lebih penting adalah menghayati nikmat rasa Air Bunga di tanganku sambil mengunyah kuaci "Matahari".
Kini, ayat itu kembali muncul di ingatan. Dalam. Sangat mendalam ayat tersebut.
"Kring..." Bunyi loceng menandakan waktu perpustakaan tutup.
Aku segera mengusap air mata sambil mengemas buku nota dan buku rujukan SPM yang aku gunakan.
Setelah menyusun di troli yang disediakan, aku melangkah turun ke tingkat bawah perpustakaan dan menuju ke kaunter peminjaman untuk meminjam beberapa buah buku. Kedatanganku disambut dengan senyuman oleh seorang petugas perpustakaan. Aku membalasnya walaupun aku terasa seperti memakai plastik di saat ini.
"Terima kasih,puan " ucapku setelah selesai berurusan.
"Sama-sama, Intarus.." dia membalas. Aku mengangkat wajahku. "Aik, macam mana dia tahu nama aku?"
Dia masih tersenyum.
Kemudian aku menyedarinya. Pasti dia mengetahui namaku daripada kad peminjam.
Aku membalas senyuman itu sambil berlalu pergi. Setelah mengambil begku di kaunter penyimpanan barang, aku segera melangkah keluar.
Duk!
Aku melihat semua bukuku berhamburan di atas lantai.
"Minta maaf" suaranya yang lembut menyapa telingaku.
Aku mengangkat wajah. Aku terpegun seketika.
Wajahnya persis dia.
"Syida.."
Dia menghulurkan tangan. Aku menyambutnya.
"Intar" kataku.
"Aduh, dah tak sempat" kudengar keluhan keluar dari bibirnya.
Aku melihat ke arah pandangan matanya. Pintu perpustakaan sudah di tertutup rapat.
Kasihan. Hari ini hari jumaat, bermakna dua hari lagi baru dia boleh ke sini semula.
"Erm, syida nak pinjam buku ka?" aku bertanya.
"Tak, nak kasi pulang buku ni...Aish, kena denda lagi la ni. Sayangnya duit..." dia mengeluh buat kali kedua.
"Takpala, anggap kita derma untuk bantu Library kat pekan kita ni jak..."
Dia tersenyum.
Terasa hariku kembali bersinar...
No comments:
Post a Comment