Hari itu.
"Maaf, saya tidak sengaja melakukan perkara ini..." pintanya.
Kemaafan pun diberikan. Tidak sampai hati melihat seorang hamba Allah meminta kemaafan. Apatah lagi, sedar kesemua itu terjadi kerana ke"tidak sengajaan". Biasalah, sifat manusia. Mudah terlalai dan mudah terlupa.
Di suatu hari yang lain.
"Maaf, tak sengaja. Janji tak buat lagi.." ujarnya lagi.
Terdiam. Termasuk kali ini, sudah kali yang ke berapa perkara ini berlaku. Ketidakselesaan muncul di relung hati. Walaupun ianya perkara kecil, namun, andai diulang-ulang, hati tetap terusik. Prinsip hidup terasa dipijak-pijak. Maruah diri rasa tercabar. Seakan diri tidak mempunyai perasaan...
Maaf. Perkataan yang tidak asing lagi dalam kehidupan. Perkataan ini umpama siraman sakinah buat jiwa benar-benar ikhlas ketika menuturkannya. Mendapatkan kemaafan merupakan hukuman paling lembut tapi berkesan untuk mewujudkan kesedaran agar kesalahan itu tidak berulang. Namun, andai yang sebaliknya....pasti ada yang tidak kena.
Meminta maaf memang tidak mudah bagi seorang manusia yang mempunyai ego setinggi langit. Andai seseorang meminta maaf, pasti dia telah benar-benar berubah dan berazam untuk tidak mengulanginya. Namun, andai janji tersebut dimungkiri, apa yang perlu dilakukan?
Jika sekali, tidak mengapa.
Namun, jika telah berkali-kali sehingga kita menjadi lali...
Takut-takut kemaafan yang diberikan tidak setulusnya dari hati...
Sahabatku...
Sesungguhnya memaafkan itu tidak semudah menuturkan. Maka, permudahkanlah..
No comments:
Post a Comment