Tuesday, May 17, 2011

Tahu, faham, aplikasi... supaya mudah kita nilai.

Dengan Nama Allah Yang Menguasai seluruh alam, Yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Alangkah ruginya manusia yang terus-terusan lalai dan leka.

BICARA KEHIDUPAN....

Berkata seorang ulama, "Berhati-hatilah kamu dengan dunia ini. Ini kerana, yang HALALnya dihisab dan yang HARAMnya diazab...

DUNIA.. kian berubah..
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti
(Ini adalah bait-bait lagu 1Malaysia)

DUNIA

Dalam subjek MTE3102, matematik didefinisikan sebagai satu alat yang berguna dalam kehidupan selain dari sebagai satu alat untuk berfikir. Begitulah juga dengan DUNIA ini. Selagi mana kita melihat dunia ini sebagai satu alat, dan memelihara diri kita dari diperalatkan olehnya, selagi itu kita akan selamat. Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan di bumi ini untuk kegunaan kita (Baca: khalifah Allah) agar kita memakmurkan alam ini. Matematiknya mudah, kita beribadah, yakni TAAT dan PATUH dengan penuh CINTA kepada Allah...segala yang ada di dunia ini akan secara automatik menjadi alat kepada kita. Jadi, ambil dan letakkanlah DUNIA ini di tangan kita dan bukannya dihati kita.

Dalam Tamadun Islam, konsep "Habluminallah, habluminannas" dan hubungan dengan alam menjadi kunci untuk memastikan keseimbangan dan keamanan wujud di alam ini. Sebuah hakikat. Selagi mana kita menjaga hubungan kita dengan Allah, InsyaAllah, segala urusan kita di DUNIA ini akan dipermudahkan...

Globalisasi, modenisasi, hak-hak asasi semuanya disinonimkan dengan keadaan DUNIA hari ini...Hakikatnya, semua itu hanyalah istilah. DUNIA yang kita diami ini hanyalah sementara malah dalam hadis nabi menyebutkan DUNIA kian tua. Biar hebat manapun DUNIA kita, jika tidak disandarkan pada akhirat, ianya akan sia-sia. Ingat, DUNIA ini diciptakan untuk manusia dan manusia diciptakan untuk akhirat. Lalu, gunakanlah DUNIA ini dengan semaksimum mungkin untuk akhirat kita.

Dalam Falsafah pula, kita belajar ahli falsafah itu adalah orang yang cinta akan ilmu pengetahuan. Maka, orang yang DUNIAnya berkaitan dengan ilmu pengetahuan ini dikenali sebagai ahli falsafah. Mereka menjadikan pengetahuan sebagai tujuan hidup, berikhtiar mencari hakikat tentang sesuatu, mentafsir untuk memahami kebenaran diri dan dunia mereka, dan cuba juga memahami dunia dan orang lain. Kita lihat, dunia mereka seakan-akan membosankan, bukan? Tapi itulah kebahagiaan buat mereka.

Dunia Falsafah ini hanya akan difahami apabila kita mulai berfalsafah. Sebab itu, Pakcik Russell (1946) menyebutkan falsafah ini terletak di antara teologi dan sains. Sebagai teologi, falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara-perkara yang belum nyata manakala sains pula digunakan untuk menaakul bagi membuktikan kebenaran yang terkandung. Kesimpulation? Dalam kita berfalsafah, kita kena bersandarkan kepada AL-QURAN dan HADIS (teologi) dan buat kajian-kajian (amal) agar apa yang kita perkatakan itu diterima oleh logik akal serta praktikal untuk memenuhi kehendak metafizik, mematuhi aksiologi dan sejajar dengan epistemologi.(Rujuk buku hijau FPK M/s 78) Hehe.

Namun begitu, Bak kata seorang kawanku, Dunia ini, falsafahnya mudah..."kau kejar, dia lari...kau tinggalkan, dia ikut"...jadi, tak payah main kejar-kejar, nanti jatuh tersungkur.

Dongakkan kepala ke langit, lihatlah kebesaran Allah...

Fikirkan seketika. Apa yang kita lihat di dunia ini, samakah dengan apa yang dilihat oleh orang lain? Kita selalu menyatakan "kembali ke dunia yang nyata". Nyatakah dunia ini? Sedangkan para ulama menyatakan dunia ini adalah mimpi dan kita hanya akan terjaga apabila kita mati. Dalam al-quran menyebutkan, "Hidup di dunia ini tidak lain hanya sekadar senda gurau semata-mata..."Tapi, siapakah yang mahu mengambil pengajaran?

Ada telinga, kena pandai mendengar. Ada mata, kena pandai melihat, Ada hati, kena pandai merasa. Apa yang lebih penting, gunakan semuanya untuk mengenali sang pencipta Yang Maha Esa. Allah s.wt...

Masa terus berlalu...

Melihat perkembangan dunia hari ini, aku teringat akan subjek Perkembangan Kanak-kanak. Dunia kanak-kanak adalah indah. Setuju? Heh..tidak ada paksaan..

Si John Piaget bilang, Ketika kita dalam peringkat sensori motor, kita diberikan layanan dan perhatian supaya tidak terjadi "lekatan". Dalam masa yang sama kita mengalami pelbagai fasa dan peringkat sama ada fizikal mahupun dalaman. Pada ketika ini, menurut Sigmund Freud, kita banyak dikuasai oleh id, sedikit ego dan superego kita belum berfungsi sepenuhnya. Sebab itulah, dunia kanak-kanak kita adalah dunia yang "free" dari sebarang tanggungjawab, "free" dari segi masalah dan "free" dari segi kewangan (no charge).

Bestkah dunia yang free ni? Lumrahnya, ketika kita kecil-kecil dulu, kita selalu teringin nak cepat besar...apabila besar, nak kembali kecil.

Dalam memahami dunia kanak-kanak ini, aku melihat satu senario yang seharusnya kita sama-sama fikirkan. Melihat kepada situasi semasa yang mengamalkan konsep "Layan budak kecil macam orang dewasa, layan orang dewasa macam budak-budak..."akan menyebabkan kekeliruan identiti dalam proses pertumbuhan dan perkembangan seorang kanak-kanak. Bayangkan, seorang kanak-kanak yang fitrahnya suka bermain, dilarang bermain...seorang kanak-kanak yang suka bertanya, dimarah dan dikatakan "pengacau". Memanglah. Budak-budak. Apalah yang dia faham...Lagi teruk, remaja yang dilayan seperti budak-budak. Of courselah, dia memberontak. DUNIA remaja adalah berbeza dengan DUNIA kanak-kanak. Bak kata saidina Ali r.a, "Didiklah anak-anak mengikut zamannya...". DUNIA kita telah berlalu, ambillah ibrahnya sahaja...buat panduan dalam mendidik bukan sebagai "the only" cara untuk mendidik.

Sebab itu, kita belajar perkembangan kanak-kanak untuk memahami mereka...Bila sudah faham, barulah kita boleh mendidik dengan baik..InsyaAllah.

P/s: Terfikir, nak update blog tapi nak belajar..jadi aku buat kedua-duanya..hehe.

No comments: