Tuesday, July 6, 2010

Ketika aku mengingati seseorang.

In the name of Allah s.w.t, He is the first and He is The Last...

Sebatang anak tangga bukanlah tempat untuk merehatkan kaki si pemanjat, tapi untuk membolehkan dia pergi ke tempat yang lebih tinggi..


"U will make mistakes. But if u don't try, u will have never going to make any progress. Just remember, if u feel insecure as u try to move up the ladder....everyone feels the same.In fact, everyone makes mistakes. Nobody who has ever succeeded has ever gotten it 100% right. It's ok to make mistakes, but it's not ok not to try..."

Ini adalah sebahagian daripada kata-kata seorang guru yang amat kuhormati..Sehingga ke hari ini, dia sentiasa di ingatanku. "Belum cuba, belum tahu"..Hakikatnya, kita menjadi takut kerana kita tidak mengetahui mengenainya.

Dia bukan seorang pakar motivasi, tapi kata-katanya sentiasa memberikan motivasi. Guruku ini hanyalah seorang yang biasa, tapi punyai pemikiran yang luar biasa.

Suatu ketika dahulu, aku sering tertanya-tanya mengapa dia tidak pernah ada di bilik guru sehinggalah satu hari, aku menemuinya di surau ketika waktu rehat. Pelik. Lalu aku bertanya, "Cikgu buat apa kat surau pagi-pagi ni..belum masuk waktu lagi(waktu tu tak kenal lagi dengan soalat Dhuha)..cikgu tak rehat?"

Sambil tersenyum,dia berkata,"Cikgu tengah rehatlah ni..rehat bagi cikgu adalah apabila dapat berjumpa dengan Allah dan mengadu kepadaNya.."

Dia mengajarku ilmu tawakal dan berserah diri..

Pernah, aku melihatnya tidak ke kantin. Aku yang ingin tahu bertanya..."cikgu tak makan?"

"Hari ini,cikgu berpuasa..Sunat puasa Isnin dan khamis.."

Sekali lagi,dia mengajarku dengan mengamalkan perkara sunat tanpa menyandang gelaran ustazah..Puasa tak semestinya bulan ramadhan...

"Tak penatkah, cikgu? Hari ni kan ada sukan.."

"tak, kalau dah biasa..lagipun,bukankah pada masa zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat dahulu, mereka berpuasa sambil berperang.."

"Tapi,mereka kan lain.."

"Tapi,mereka pun manusia juga,kan? Mereka pun macam kita, perlu kepada keperluan asas manusia...

Aku terkedu. Seketika itu, aku merasai hebatnya para sahabat. Agungnya Rasulullah s.a.w...

"Macamana nak jadi hebat seperti mereka,cikgu?"

"Jaga yang wajib, percantikkan dengan yang sunat...Apa yang penting, sentiasalah tambah ilmu di dalam dada, amalkan dan ajarkan kepada orang lain..."

SubahanAllah...Aku merinduinya. Senyumannya, tutur katanya yang berhikmah, kata-kata nasihatnya yang menusuk kalbu. Apabila menjelang musim peperiksaan, aku akan tenang apabila teringat akan raut wajahnya yang sentiasa tersenyum walau ketika bebanan kerja bertimbun. Guruku yang sentiasa istiqamah. Kekal bersemangat dari awal tahun hingga hujung tahun. Kekal memberikan semangat kepada setiap orang anak muridnya...

Kata-kata terahir beliau...

"I don't want a present, because it won't last for long..but I want to see U'll be somebody, someday when I meet U..In that time, even tough U remember me or not, I'll proudly to say.. I have teach U all.."

TERIMA KASIH CIKGU...

P/s: Nukilan ini buat semua guru-guruku sama ada yang mengajarku secara langsung mahupun tidak langsung. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian kerana mendidik diri ini.

No comments: