Ya Allah...Sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku, dan matiku, hanya untuk-MU ...
Denyut nadimu adalah ibadah. Tidur rehatmu adalah ibadah. (Terima kasih untuk peringatan ini). Kadangkala kelalaian menjelma apabila alpa bahawa diri ini adalah hamba Allah s.w.t...Apakah sebenarnya makna hamba itu? Mengapa perlu untuk kita menjadi hamba kepada Allah s.w.t?Ingat lagi, firman Allah "Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" Ingat? Alhamdulilah. Masih ingatkan...
Sebenarnya, dengan menjadi hamba yang sebenar-benar hamba kepada Allah, kita akan bebas. Bebas daripada menjadi hamba segala jenis makhluk. Tidak kiralah apa jenisnya, Harta, dunia, hawa nafsu malah orang lain. Segalanya ini adalah makhluk Allah...
Sebagai seorang hamba, sedarlah betapa lemahnya diri tanpa rahmat-Nya. Mujahadah melawan nafsu tidak semudah menuturkan kata-kata... Apabila merasa diri hebat, timbullah riya'. lalu, rosaklah amalan. Apabila merasa diri sudah sempurna, disitulah bermulanya kekurangan.
Sebagai hamba, kita semua mengharapkan Rahmat-Nya. Tanpa rahmat-Nya, kita tidak akan merasai nikmat Islam dan Iman ini. Tanpa rahmat-Nya, kita tidak akan bertemu dengan kebenaran...
Alhamdulilah. Bersyukur. Berbanggalah menjadi hamba kepada Yang Maha Esa kerana di situlah letaknya kunci ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat...
No comments:
Post a Comment