Thursday, September 5, 2013

Kata-kata yang menyentap hati

"Kalau nak tahu amalan kita diterima atau tidak, tengok macam mana amalan kita selepas bulan Ramdhan...adakah masih sama, adakah makin bertambah, atau sudah hilang rentaknya..." kata murabbi ini menyentap hati.

Merenung hari-hari yang dilalui...
Apakah aku bangga dengannya? Atau semakin malu untuk menghadap-Nya...?
Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Mendengar...
Tetapi, adakah hati mengimaninya...

Semua yang punyai suara boleh berbicara. 
Namun, tidak seperti bicara itu. 
Bicara yang mengugah jiwa. 
Membawa hati-hati kepada Rabb-Nya...

Menyedarkan, 
Pada kalam-Nya bukan untuk dilagukan semata-mata.
Dia memahami makna untuk apa al-Quran dibaca...
Dia memahami nilai bait-bait ayat-Nya..
betapa ayat itu akan berbicara,
andai kita ingin mendengarnya...

Pesannya,
Kita tidak seperti mereka.
Kita diberikan hidayah melalui peristiwa demi peristiwa..
bangkit dari kepekatan jahiliyah...
maka, syukurilah...
bukan dengan lidah semata-mata,
tetapi pada perbuatan..

Ingat kembali sirah baginda..
Islam hebat bukan kerana Islam lahir dalam tamadun yang hebat...
Tetapi kehebatan Islam pada bagaimana sinarnya mampu menerangi hidup insan-insan yang terkurung dalam kesempitan dunia jahiliyah,
membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia,
pada merdekanya sebagai hamba,
membebaskan manusia dari kesempitan dunia, kepada keluasan akhirat..

Ya Allah, teguhkanlah hati kami...
sepertimana teguhnya hati Nabi-Mu, Yusuf  a.s...
cinta-Mu terlalu agung..
Namun, hanya pada-Mu aku berlindung...

1 comment:

Bijen M. said...

Agama akan muncul hebat bila adanya pengamal yang mengamalkan agama dengan cara sepatutnya.